TIPS MENCARI KERJA PART-TIME & MY STORY – 3:26 AM

TIPS MENCARI KERJA PART-TIME & MY STORY

(Sambungan dr part awal yg saya dah terhantar earlier. Nama Kakak Alumni UIAM jgk. Maaf admin. Terklik Send sblm siap karang post =P)

…Saya kantoi dgn parents yg saya asyik tahan lapar dgn tidur bila kakak dtg squatting di UIA & dia pelik kenapa asyik tidur & tak makan. Nak mintak duit dgn kakak segan sgt2 sbb dia pun student & on study loan. Waktu tu baru saya mengaku xde duit. Bila kakak bagitahu parents, mmg kena leter panjang & ayah pesan, klu xde duit makan, mintak. Tapi still segan nak mintak lepas tu. Dari situ saya sedar susah sgt nak survive di kampus dgn duit belanja cukup2 utk makan je.Byk lagi keperluan lain utk guna duit. Fotostat/print nota, brg keperluan harian selain mknn, nak beli ubat kt farmasi luar bila sakit (klinik UIA pulak dgn polisi 'panadol utk semua penyakit').

So, ini antara senarai kerja yg saya (dan kawan2) pernah buat selama 5thn di UIA. Dan saya tiada kenderaan. Semua dgn berjalan kaki & public transport shj. Dgn side income kerja2 ni lah saya hidup selesa sikit sbg student. Even ada beberapa kali saya tak mintak duit tambahan lgsung dari parents, sampai my parents fikir saya buat kerja mengarut di KL ni utk dptkan duit. Haha.

WAJIB ADA: KERAJINAN & KEHENDAK NAK DAPATKAN SIDE INCOME

1. Babysitter anak lecturer/staf, atau kerja di nursery Educare.

– Saya start buat kerja ni bila ada seorg lecturer tanya dlm class, ada tak student nak jaga anak dia (umur 5tahun) for few hours atas sbb yg tak dpt dielakkan. Dia offer RM10 sejam tp saya ckp nak RM20 je walaupun lebih 3jam. From there, saya & kawan saya buat small advertisement & tampal kt softboard depan office lecturer2. Pernah ada staf yg call marah2, tanya siapa bagi kebenaran buat kerja ni. Dan pernah jgk staf dan lecturer hantar saya dan anak2 dia ke zoo or shopping complex on weekend. The parents bagi duit utk beli tiket/anak2 belanja, saya bwk anak diorg jalan2, cukup waktu, parents diorg dtg pick up. Tapi usually, saya cuma jaga di mahallah atau di cafe HS tu je sbb jaga waktu gap between classes & gilir2 dgn kawan. Untuk kerja di Educare, mostly for sisters only. Brothers sgt jarang ada vacancy. Admin Educare akan request your class schedule & assign waktu kerja korang. Selalunya, students akan diarahkan jaga kanak2 umur setahun ke atas. Yg baby, diorg tak bagi sbb penjagaan yg rumit & tak nak ambik risiko kecuaian. Hampir setiap sem ada offer for part-timer. Gaji dibayar mengikut jam.

2. Tukang bersih rumah
– Ni bukan kerja yg saya buat betul2. Cuma few times tolong kawan yg buat business cuci rumah. The customers were among lecturers & staffs, and their relatives. Payment bergantung pada tuan empunya business. Pandai-pandai lah nego. Kerja taklah berat sgt, mcm bersihkan rumah sendiri. Ada jenis standard cleaning & deep cleaning (ni termasuk steam carpet, sofa, bantal & tilam). Tak pernah kerja sbg cleaner, bila rasa sekali, mmg bersyukur dgn hidup yg selama ni selesa org lain yg duk bersihkan utk kita. Kadang2 ada few advert. di IIUM Online yg mencari part-timer cuci rumah ni.

Alright, job2 seterusnya memerlukan korang plan your class schedule and kewangan for coming semester very well. Dan igt, nak dapatkan side income utk bantu diri sendiri ni kena plan dari awal, dan ada 'modal'nya. Jgn dah terhabiskan duit PTPTN pergi shopping handphone baru waktu awal sem, tgh sem dah semput & perlukan duit segera, baru menggelabah nak cari kerja part-time (Nota: Sindiran utk mereka yg berkenaan shj)

3. Part-time di office2 dlm kampus
– Banyak sgt sebenarnya kerja part-time dlm UIA ni. Boleh dikatakan hampir semua office. Mahallah office, admin offices, office masjid dll. Yg ni korang mmg kena rajin cari & tanya. Jarang ada iklan kt mana2. Bayaran mengikut jam & bergantung pada jadual kelas.

4. Part-time kedai/kiosk dlm kampus
– Ni plg mudah utk korang cari. Jadi cashier/tukang fotostat/tukang jual/tukang promote & lain2 jenis tukang.

5. Mengajar tuisyen
– Saya tak pernah buat kerja ni. Ramai kwn2 yg prefer mengajar sbb diorg penyabar dgn budak2. I don't like teaching & I'll definitly eat my students' head. Benefit sbg student UIA, sbb English adalah wajib utk kita, so student utk setiap course blh mengajar Bahasa Inggeris & Bahasa Malaysia, plg kurang. Lain pada tu, Sejarah & Geografi. If Sciences & Econs students, blh mengajar Maths & Science subjects. Iklan berlambak2 di IIUM Online, MyIIUM & papan notis dlm kampus.

6. Promoter (ini kerja No.2 yg paling byk saya buat).

MAJOR REQUIREMENT: JGN MALU WAKTU BEKERJA & ENJOY WAKTU KERJA.

– Promoter atau 'Brand Specialist', nama lain utk kerja promoter. If korang pergi TESCO, AEON, Watson & Guardian semua, perasan tak ada promoter2 yg bagi food sample siap ada mini kaunter di aisle pasaraya, bagi free gift atau sample pack, or approach korang suruh beli produk2 yg tgh harga murah, ada promotion beli 1 percuma 5 (kidding =P) atau ajak korang join pertandingan sempena Tahun Baru Cina, Hari Raya dll. Itulah kerja promoter yg saya buat dulu, mostly for daily products (Sunlight, Softlan, Prego, sup Campbell, susu Fernleaf & Dutch Lady, Nescafe, Milo 3-in-1,Colgate, brand biskut Munchy's, DIGI & Celcom for festival, dan baaaaanyak lg produk.

REMINDER: BUKAN PROMOTER JUAL BARANG ELEKTRIK GORES & DPT HARGA MURAH, PROMOTER CALIT KRIM SENGKUANG KAT TANGAN ORANG TANPA MINTAK IZIN DAN SEWAKTU DENGANNYA.

If korang search contohnya 'Promoter Job in KL/Wangsa Maju', gaji yg diorang offer RM80 ke RM120 sehari. Dan ada contact person with their phone no., usually, itu adalah Project Supervisor. Tolong, tolong, tolong, mesej dahulu tanya utk produk apa or utk company apa. Jgn berani yakin je ckp sanggup buat kerja sbb payment mahal. If diorg ckp major brands/company, korang blh try pergi interview. Attire: Smart casual. No sandal/slipper.

Di office, diorg akan mintak fill in borang, personal details & paling penting, area mana (utk student Gombak, tulis Wangsa Maju, Wangsa Melawati, Setapak, Gombak & Pinggiran Gombak. Klu korang rajin nak kerja di KL city centre, silakan), hari apa (full day ye adik2) korang blh kerja, serta full-time atau part-time. Utk selamat, korang pilihla hari Jumaat-Sabtu-Ahad atau Sabtu-Ahad shj, dan few days only per week tu considered as part-time ok. Dan bila part-time jgk, task job korang usually utk few weekend shj. Minimum 2wknd, maximum 16wknd (i.e. 4bln. Saya tak galakkan max. sbb sbg student, byk lagi tugasan kelas). Selalunya job di pasaraya 12tghri sampai 9mlm. Tp korang akan diminta oleh supervisor utk standby sejam sebelum, i.e. pukul 11pagi. Utk student yg ada kls CCAC hari Sabtu, please arrange your schedule awal2 waktu pre-reg klu berminat nak buat kerja ni. Saya register kls 8-10pagi. Lps tu terus pergi kerja.

Back to interview part, sgt mudah:

Stage 1: Diorang mintak korang introduce yourselves & ceritakan ttg diri korang depan semua calon2 lain yg dtg interview jgk. Ini utk diorg tgk korang jenis yg outspoken, friendly, confident or not. Calon yg malu2, cakap mcm berbisik, confirm, TAK DAPAT.

Stage 2: One-by-one interview with Project/Brand Representative Manager. Usually depan sorang atau 2org staf company tu. Diorg akan bagi korang 1 produk & korang kena buat role-play to promote that product. Cth: Diorg bagi susu kotak Dutch Lady. Korang sebutlah khasiat/vitamin susu tu ada, bagus utk pembesaran fizikal & otak kanak2 dll. Waktu ni korang aci sebut jelah sbb belum betul2 study pun produk tu.

Ditakdirkan korang dpt job ni, supervisor akan call korang & inform ada projek utk brand sekian2 di pasaraya sekian2, tarikh & tempoh sekian2. If korang setuju nak kerja utk projek tu, DIWAJIBKAN utk korang pergi 'product training' dulu, di office.

Waktu product training ni, Brand Rep. Manager akan bagi korang nota ttg produk tu utk korang study & hafal. Lepas tu diorg akan explain projek ni sempena apa, ada promosi apa & korang perlu promote guna keywords apa. Kdg2 cara nak sebut nama produk pun masuk dlm training. Serious, mcm nak jawab mid term pun ada bila dpt brand yg payah. Bergantung pada company brand, either diorg bagi uniform atau tak (t-shirt yg ada nama brand akan diberi atau dipinjamkan, dan kena pakai black pants sendiri. Utk sisters, with white or black scarf). Training ni sejam je. Tp perlu masa, tenaga & duit utk korang pergi training, itulah namanya modal nak dptkan income. Ingat,semua task instruction diorg akan bagitahu waktu training. If produk tu korang kena bagi free sample, bagi free sample lah. If produk tu korang kena bancuh susu tepung utk every 3hours & bagi sample pada customer, buat mcm tulah. Jarang2 projek, korang akan diminta buat kiraan shelf stock every few hours & berapa kuantiti yg dah dijual hari tu. Semua brg for promotion purpose akan disediakan. Tp tolong jgn berani2 bawak keluar produk2 tu keluar dr pintu pasaraya, atau waktu korg nak ke bilik rehat pekerja. Bawa keluar sebarang produk dikira mencuri & security pasaraya ada hak utk tahan korang, melainkan, supervisor bagi different permission.

Dah hbis training, blk UIA, studylah produk tu & tunggu hari kerja.

Utk kerja promoter di festival2 pulak, mmg lagi seronok. Kadang2 dpt bayaran lagi mahal (basic payment RM80-120, tambah komisyen klu sales korang tinggi). Festival yg selalunya perlukn org mcm MIHAS, Sure Heboh, Festival Hari Belia dll. Ada company yg akan buat iklan cari part-timers, dan kadang2 company yg korg dah kerja earlier tu mmg jadi consultant company utk dapatkan pekerja waktu festival. TAPI, waktu festival ni akan lagi penat. Berkemungkinan, supervisor akan mintak korg dtg awal utk set up booth atau pasang bunting di kwsn sekitar festival, org lagi sesak compare di pasaraya. For outdoor festival, bertahan la dgn panas atau hujan ye.

Saya tahu job promoter ni bukan utk semua org, tapi ni antara kerja part-time yg income paling tinggi. Basic payment around RM80 tu sbnrnya adalah utk newbie promoter. Kdg2 dipanggil Gred B or Junior Promoter. Bila gaji korang dinaikkan RM100-120, tu maknanya korang dah naik pangkat lah tu. Kerja mmg penat berdiri, senyum utk 8jam smpai sakit rahang, lps tu asyik repeat ayat sama pada customers. Tapi worth the payment & experience gained. Gaji RM100++ sehari tu dah hampir sama kerja executive atau gaji pegawai kerajaan kot. Klu korg kerja 2wknd, dpt hampir RM500. Siapa nk bagi kerja 4hari dpt byk tu. Waktu kerja di pasaraya, korang pandai2 la berjimat utk duit makan. Plg murah RM10 sekali makan. Dapatla KFC atau mkn kt food court. Again, itu modal. Klu rajin, bawaklah bekal ye.

*Part 2 akan bersambung dgn part-time job yg plg byk saya buat, sekali dpt payment trus blh buat bayar yuran utk 1 SEM. For now,nak tidur dulu & wassalam.

– Kakak Alumni UIAM

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *