TIPS MENCARI KERJA PART-TIME (PART 2)
Assalamualaikum semua. Maaflah ye psl introduction Part 1 hari tu tergantung. Bkn salah admin, saya yg excited tertekan send cerita tak habis karang.
Alright. So ni nak share kerja yg korang boleh buat either inside campus or outside campus, even sambil berjalan2 makan angin tengok kampung orang, bergantung kepada keperluan kerja. If kerja promoter is quite tiring sbb kena berdiri lama, the next job that I will suggest, will cause these: Too tired staring at laptop screen or paper sheet, or too tired to walk, to travel, and if you not a sunblock user, extreme sunburn. Kerja ni perlukan perancangan masa dan kewangan yg baik. Bkn waktu terdesak perlukan duit, baru nk cari job. SEBAB, kerja ni memakan masa utk disiapkan, dan payment bergantung kpd bos anda. Ada yg dpt payment cepat, ada yg dpt payment lambat. Kdg2 ada bos yg baik hati faham korang student perlukan duit cepat, diorang akan bagi advance dulu. Klu yg tak bagi bkn bermaksud sbb tak baik, tp mmg selalunya sgt jarang advance payment diberikan in case ada student yg khianat or tak amanah, dapat duit tapi kerja tak buat. Even yg dah dpt offer kerja, boleh bagi beribu alasan tak siapkan kerja lepas tu confident tanya bila nak dapat gaji. Offer kaki nak?
7. TUKANG SURVEY
– Tukang survey, atau bahasa standard dipanggil 'Enumerator'. Kdg2 ada iklan yg letak Research Assistant, Research Crew, Pembanci dll. Tapi kerja as tukang survey ni, korang kena buat survey lah. Survey yg saya maksudkan ni adalah face-to-face survey. Bkn survey melalui FB, online etc.
Dlm mana2 universiti, ada baaaaaanyak research unit. Klu di UIA sendiri, yg plg besar of course Research Management Centre (RMC), bangunan dpn library tu. Tp dlm setiap kuliyyah sendiri, kdg2 ada sampai 4,5 research unit. Even ada few groups of lecturers yg ada research project sendiri. Mcmana nak dptkan/cari kerja as enumerator ni?
Cara plg mudah, cari iklan sekitar kampus atau dlm sosial media universiti. Tp even ada iklan pun, selalu je org terlepas pandang. Lagi2 klu iklan di information board, selalu org tak nampak sbb iklan plg tak menarik yg tak bgtau berapa gaji korang akan dpt. Ni nak bgtau, kerja sbg enumerator ni, klu korang buat byk, or kebetulan dpt projek yg 'special' (nanti sy bgtau apa jenis projek special), gaji bkn setakat dapat buat mkn sebulan, tapi kadang2 boleh buat makan 1 sem or bayar yuran 1 sem siap bagi duit kt mak ayah lagi.
Cara lain utk dptkan update ttg kerja ni, hantar resume korang, atau plg kurang details korang kpd SEMUA research unit dlm universiti. Tuliskan siap2, terang2, yg korang berminat nak join coming survey project and please contact for any openings in future. Usually, diorg akan simpan contact korang sbb mmg sentiasa perlukan student yg nak buat job ni. Research unit yg conduct survey face-to-face ni selalunya Art stream kuliyyah mcm IRKHS, AIKOL, ECONS, EDU, KAED etc. Tp ada jgk kuliyyah lain2 collab atau ada research unit conduct this type of survey. Mcm pernah KAED's lecturers collab with HS & Engineering lecturers conduct survey on Kemudahan & struktur bangunan tempat kerja bagi pekerja OKU.
Bila korang dipanggil utk interview, selalunya very quick interview lah. Kdg2 xde interview pun. Yg berminat, terus dipanggil utk briefing kerja. Lps tu terus start. Tempat buat survey bergantung kpd keperluan projek. Ada yg tmpat jauh sampai seluruh Malaysia, ada yg sekitar KL, ada yg dlm kampus sendiri.
GAJI? Gaji dibayar mengikut berapa set soalan yg korang berjaya siapkan. Selalunya, semakin byk jumlah soalan dlm setiap set soalan, atau semakin pyh target responden korang, semakin mahal lah bayaran utk setiap set soalan. Mengikut pengalaman saya, ada yg semurah RM5, ada yg semahal RM75-100 per set. Yg plg common, range harga sekitar RM8-25. Utk projek yg 'special', projek mcm ni selalunya janjikan gaji yg lebih mahal bbanding projek lain. Sebabnya, projek2 ni perlukan target responden yg lebih detail, atau sukar dicari/didekati. Cthnya, responden di kalangan OKU, gelandangan (homeless people), responden yg gay, mak nyah/bapok, pelacur, pengidap penyakit merbahaya, divorced people, dll. Ada jgk projek yg aim for responden dr kumpulan profesional shj. Just to share, waktu saya buat survey with OKU & prostitute as target resp., payment yg kami dapat adalah RM70 & RM100 per set soalan. Dan kami cuma dptkan 10/20 responden je bagi setiap enumerator. My senior pulak, dia pernah join projek survey di kawasan balak sekitar Pahang, dan projek kajiselidik terhadap pengkid & lesbian. As lady, very challenging to meet this type of respondents. Di kawasan pembalakan tu, ramai responden di kalangan lelaki2 yg once in few months baru dpt jumpa isteri & family. Even during projects with lesbians, she faced hard time too, but survived. Dan bayaran pun mmg tinggi.
Transport. Bila buat survey, mmg perlukan transport (klu dlm kampus tak perlulah). If dlm area KL, using public transport still reachable. Tp in my case, even pnh join byk projek luar KL, saya lg byk guna public transport, tp di bandar2 yg public transport dia quite ok. Cth di Penang, Johor & Melaka. Kdg2 saya & kwn2 sewa or pinjam kereta. Minyak tol semua, tong tong lah.
Bila survey tu jauh dr kampus or rumah korang, kena consider tempat tinggal. In my experience, saya pnh tumpang rumah kwn, saudara, sewa bilik (i.e. bilik sewa utk rumah sewa bagi tempoh buat survey tu – bilik yg blh disewa minimum utk seminggu atau 2mggu), atau sewa hotel kongsi dgn kwn2 yg buat survey sekali.
Kadang2 je projek survey yg jauh2 ni sediakan transport & penginapan utk enumerator. If both are not provided, semua tu adalah modal. TAPI, korang kena buat calculation dr awal. Klu kos transport+penginapan melebihi separuh dr jumlah bayaran yg korang akan dpt, pada pendapat saya tak worth it. Unless korang plan nk buat kerja smbil makan angin di kwsn sekitar tempat survey tu.
Bila buat survey, klu korang tak berani buat sorang2 (quite risky coz anything can happen. Especially when it is your 1st time to do the job in new areas), ajak kwn2, create a group, atau partner plg kurang. Dan group/partner ni mestilah yg sanggup hadap susah senang bersama. Orang selalu ckp, cara nak kenal hati budi org dpt dilihat bila kita travel dgn dia. If dia jenis selfish tak nak spend duit dia, asyik suruh korang tolong dia, byk songeh atau kepala duk cari idea nak buat benda lain instead of siapkan kerja, better korang cut off je manusia jenis camtu dari life korang. Tak perlu simpan lama dlm senarai friendlist, tak membantu, menyemakkan lg ada.
Definitely bila buat survey ni, you'll meet with many types of people. Ada yg responden korang cari di shopping complex, ada di tepi stesen LRT atau luar bank, di pejabat diorg, dan ada yg korang kena cari rumah ke rumah. Ice-breaking skill is very important. Awl2 mmg akan rasa gugup, tp lama2 korang akan rasa mudah je. Klu jumpa responden yg mesra, siap jamu makan, bwk jalan 1 kmpung, or promote anak dia yg single lagi.
Last but not least, korang kena jujur buat kerja ni. The researchers/lecturers who conduct these survey projects, they have high knowledge to do their study. That means, they know if there is something wrong with the answers provided in the questionnaire set; they design the questions to trace any faulty answers. There were cases students were suspended from study for 1 semester due to fraud committed in survey job. University & kuliyyah will not tolerate such behavior. The job supposed to train you for your future job, bkn latih korang menipu utk dptkan duit. After all, duit tu korang nak guna utk study, makan kan.
8. DATA ENTRY
– Awl2 tadi saya mention psl kerja yg blh buatkan korang letih melampau sbb asyik tengok skrin laptop. Kerja ni related dgn kerja survey. Lps survey dah siap dijalankan, the research team akan buat proses data entry pulak. So, this part of job pun perlukan part-timer. RMC projects kdg2 guna Kertas Jawapan komputer (mcm kertas jwpn objektif zaman sekolah dulu), so jarang2 shj RMC open for data-entry part-timer. Upah byrn utk data entry ni pun bergantung pada kepanjangan set soalan. Plg murah RM1, plg mahal RM5. Selalunya korg blh buat kerja ni di bilik/rumah sendiri, dgn laptop/komputer sendiri. Sgt jarangla diorg suruh korg buat di office dgn gunakan komputer di pejabat. Sehari, klu slow, maybe boleh siapkan 30-50 set soalan. Ada sampai beratus set. Then darablah dgn upah per set. Imagine RM5 x 100set, buat kerja dlm bilik kt mahallah. Ka-ching. Wassalam
– Kakak Alumni UIAM