Assalamualaikum semua. Nama aku Laila. Sekitar 4 tahun lepas aku ada tulis confession tentang hubungan aku dengan ibu mertuaku. Link : https://iiumc.com/hanya-kerana-menantu/
Banyak juga nasihat dan teguran yang aku terima dari sini, tapi tak tahu apa jadi dengan comments tu semua, dah tak boleh baca lagi sekarang.
Selepas 4 tahun berlalu, alhamdulillah, aku jauh lebih matang dan bahagia dengan kehidupanku.
Ibu mertuaku juga sudah banyak berubah selepas ada beberapa musibah besar terjadi dalam keluarganya… agaknya bila ada masalah yang ‘real’, masalah-masalah drama remeh ciptaan kepalanya sendiri yang berkisar tentang aku terus lenyap begitu saja.
Kadang-kadang, bila dia buat perangai lamanya, aku lebih kuat untuk mempertahankan diriku. Sudah tak takut takut macam dulu lagi.
Kalau dia sound aku dalam group Whatsapp keluarga tentang benda yang aku tak bersalah, aku terangkan disitu juga dengan sopan, jelas dan tegas.
Kalau dia buat salah dengan aku lepas tu dia buat tak tahu dan tak minta maaf, aku tak lagi berkecil hati. Aku terus move on dengan bahagia.
Kalau dia sound aku depan orang ramai, perli perli tentang benda yang aku tahu sebenarnya aku tak salah, aku pekakkan telinga dan terus senyum bahagia bermain dengan anak-anakku.
Tujuan aku sambung confession ni adalah untuk beri tips untuk para wanita, bagaimana untuk melayari kehidupan berumahtangga bila ada suami yang penyayang tetapi mertua yang bukanlah jahat, cuma seolah sengaja mahu memperbesarkan setiap kelumit kesilapan yang kita lakukan.
Sebab dulu, ibu aku tak pernah berikan tips pada aku, dan aku terpaksa mengharungi saat saat hitam kemurungan kerana tekanan dari mertuaku sehingga selalu bergaduh dengan suamiku, hantukkan kepala ke pintu almari di waktu malam…
Because its easier to feel physical pain than to hurt from the emotional pain.
Selepas bertahun baru aku faham macam mana caranya, aku harap perkongsian aku ini boleh membantu wanita lain di luar sana.
Tip #1 Terangkan Pada Suami Perasaan Kita.
Orang lelaki ni, sebab dia tak pernah kena dera mental sebagai seorang menantu, dia tak akan faham apa yang kita lalui. Jadi, kita kena terangkan. Cerita pada dia apa yang kita rasa. Bila dia dah faham, baru dia boleh ‘backup’ kita bila tiba masanya.
Tip #2 Warning Pada Suami Tentang Susunan Ayat.
Haha…lepas terangkan, terus warning. Suami ni, sebab dia tak pernah kena macam kita kena, dia cakap tu main lepas saja. Tanpa dia sedar, benda yang dia cakap tu boleh mendatangkan kemarahan mertua pada kita.
Contohnya: “Along Raya kt rumah mak ayah Laila dulu tahun ni, Laila cakap yela Ummi kan baruuu je balik dari rumah kami, so kami balik ke rumah mak ayah dia lah dulu, lepas tu baru balik rumah Ummi.”
Ayat ni SALAH dan menempah maut. Warning suami yang ayat macam ni SALAH. Ayat sepatutnya ialah- “Along buat keputusan untuk raya di rumah Laila dulu sbb Ummi baru je balik dari rumah Along. Laila ikut je Along cakap.”
Semua keputusan atas segenap segi kehidupan, bila diceritakan kepada mertua MESTILAH DATANG DARI SUAMI. Kita sentiasa isteri patuh yang ikut saja.
WARNING suami jangan sesekali salah susun ayat kalau tak PADAH menanti…haha. Aku guna perkataan WARNING sebabnya kalau kita pesan saja, ianya tak makan saman ya. Kemungkinan untuk dia terlepas cakap sangat tinggi. So kena warning baru lekat dalam kepala suami.
WARNING suami jangan tanya soalan yang memerlukan keputusan depan mertua, contoh: “Laila, boleh ke kita balik rumah mak ayah awak lepas dinner?” SALAH.
Ayat yang betul ialah “Laila, lepas dinner kita balik rumah mak ayah awak ya” Tak apa walaupun keputusan yang dia buat secara spontan tu bukan keputusan yang kita harapkan, yg penting jangan tanya kita.
Tip #3 Lihat Dan Tiru.
Kenalpasti siapa antara adik beradik ipar yang paling disayangi mertua. Perhatikan lenggok bahasa bila mereka berkomunikasi dan cara ipar tu mengambil hati ibunya.
Kemudian, tiru. Ini cara paling mudah. Kalau dia selalu hadiahkan bunga, kita minta untuk join share duit hantar bunga yang lebih besar atau hantar bunga secara berasingan tapi letak nama suami dan kita.
Jangan nampak terlalu try hard, buat secara chill chill je tetapi secara berkala dan berterusan.
Tip #4 Jangan Sesekali Tunjuk Lebih Tahu
Kalaupun mertua menerangkan pada kita tentang sesuatu yang kita sudah lama tahu, kita perlu angguk tanda faham dan buat macam kita pertama kali dengar tentang perkara tu.
Walaupun mertua puji masakan kita dan tanya resipi, jangan nampak macam nak mengajar mertua cara untuk masak resipi tu.
Mulakan dengan “Biasa je Laila buat ni Ummi, Ummi masak jauh lebih sedap. Resipi pun tak ada yang istimewa” kalau lepas tu mertua minta resipi secara lebih terperinci, baru kita bagi.
Sentiasa jaga tona suara dan susunan ayat bila mertua bertanya pendapat kita, kalau isunya tak penting, setuju sahaja dengan pendapat mertua atau suami kita.
Tip #5 Jaga Hubungan Intim Dengan Suami
Maaf sangat kalau ada yang rasa tak sopan aku cakap macam ni.
Kalau mertua kita jenis suri yang perfect – masak pandai, kemas rumah pandai, merias diri pun pandai sangat2 – kita akan susah nak menang dalam hal ni. Suami yang baik pun terkadang dia akan tak sengaja rasa nak compare dengan mak dia.
Apa yang dia tak akan boleh bandingkan dan tak akan boleh dipenuhi oleh ibunya ialah hubungan intim. Bagi yang terbaik untuk suami, tanya suami apa yang dia selalu inginkan dan berikan dengan hebat, selagi halal.
Dengan cara ini, suami akan terlalu sayangkan kita dan akan lebih bijak mengemudi kehidupan dalam menjaga hati ibunya dan juga isterinya.
Tip #6 Ingatkan Suami Untuk Jaga Hati Ibunya
Sentiasa tanya suami, dah telefon mak dia tak? Dah wish Happy Birthday ke tak? Bila dia cakap telefon acuh tak acuh, tegur dia jangan cakap macam tu dengan mak dia.
Sebabnya, logik fikiran mak mertua ni, kalau anak dia tak layan dia dan seolah lupa pada dia, yang salahnya adalah kita. Walaupun memang sejak dari dulu hubungan dia dengan anaknya mmg dah macam tu. Sabar jelah.
Tip #7 Ingat Siapa Yang Besarkan Suami Kita
Bila perkara yang mertua lakukan tu agak menyakitkan hati dan kita rasa tak boleh terima… pujuklah hati dengan mengingatkan diri kita yang ibu mertua itu lah yang membesarkan suami sehingga menjadi insan yang membahagiakan kita dan melengkapkan hidup kita sekarang.
Tanpa ibu mertua kita tu…tiadalah suami kita. Maafkanlah dia dan berdoalah pada Allah supaya kuatkan dan tenangkan hati kita. Yang penting, suami dan anak-anak sayang pada kita.
Tip #8 Keraskan Hati Apabila Tidak Bersalah
Bila mertua buat hal dengan kita atas perkara yang terang-terang bukan salah kita, jangan takut untuk menerangkan perkara yang sebenar dengan sopan dan jelas dan jangan biarkan air mata kita jatuh dengan perlian dan herdikan yang datang.
Keraskan hati, pekakkan telinga dan teruskan kehidupan dengan bahagia. Sama je dengan cara kita ‘handle’ pembuli zaman sekolah dahulu, kalau kita buat bodoh, lama-lama dia akan cari target lain.
Ok lah, itu saja dari Laila, dah panjang sangat dah ni. Good luck pada semua yang bakal mendirikan rumah tangga, aku doakan kebahagiaan yang tidak bertepi untuk semua wanita di luar sana.
Menantu Yang Kian Matang,
– Laila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Susah juga.sy dpt suami yg mmg akn menangkan mak dia.suami Sy jnis smua benda suka tnya Sy.seolah² dia xde function.sy yg penat sgt smua benda ats kepala.sbb suami jenis nk sng jer.smua benda dia xnk pikir.kecualu mak dia jer betul.mak mertua Sy suka mrh, maki tengking sy.smua benda slh sy.sumai curang Sy ug slh.ank demam Sy yg slh.suami xde duit Sy yg slh.pd Hal Sy yg taggung suami ngn anak anak..letih sungguh hidup ini..baik mati jer..