P/s : ( Admin letak juga link confession yang sebelumnya, takut ada yang tertanya-tanya. Maaf ya Faris. Jangan marah )
Boleh juga baca:
Part I, (https://iiumc.com/hanna/).
Part II, (https://iiumc.com/hanna-ii/).
Part III, (https://iiumc.com/umi-dan-ayah/).
Hi aku Faris. Semoga pembaca semua dalam rahmat Allah selalu. Firstly, aku harap admin tak payah lah paparkan lagi link utk confession2 aku yg terdahulu, we move forward. Sesuai dgn isu yg aku nak kongsikan pada hari ini, tips to move on. Cheewahh! Harini ada ruang masa sikit, sambil2 monitor anak2 buah buat kerja, aku ambil masa utk menulis.
Sebelum aku berceloteh, thanks to all the readers/commentors from my previous confession. Dlm byk2 komen yg ada, aku tertarik dgn komen yg minta aku share tips utk move on. Aku tahu dlm kalangan pembaca, mungkin ada juga yg tak fit dgn tajuk ni. Mungkin sebab belum pernah ada pasangan, ataupun belum pernah berkahwin. Harap dgn confession ni, takdelah yg sampai rasa annoying kata confession aku ni level krt pulak :P Sometimes as a human being, we need to tolerate, mungkin ada sesetengah confessions tak sesuai utk kita, tp bermanfaat utk orang lain. As long as admin pandai seimbangkan, insyaaAllah page ni akan jadi page yg bermanfaat utk semua orang. (Aku suka word “seimbang” sebab bagi aku, itu definisi bahagia yg sebenar, keseimbangan dlm segala aspek hidup).
Bagi korang yg belum ada experience lagi tu, take this as your additional knowledge, mana tahu blh apply utk tolong kawan2 yg sedang mengalaminya (semoga dijauhkan dari diri sendiri). Aku doakan semoga korang semua dijodohkan dgn orang yg baik2. Dan bagi yg sedang melaluinya, mudah2an tips ini sedikit sebanyak dapat membantu. Most of the tips yg aku nak share adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan juga pembacaan, yg mana aku kira insyaAllah sedikit sebanyak boleh membantu kita semua utk move on after divorce/seperation.
Pertama, allow ourselves to mourn. Bagi ruang kepada diri kita utk berduka. Aku percaya, tak ada siapa pun yg waras di dunia ni, bila bercinta atau berkahwin, akan wish utk berpisah suatu hari nanti. So it’s normal utk rasa frust bila berpisah. Aku pun sama. Bagi ruang utk feeling tu, tapi janganlah forever. Apa2 benda sekali pun, kalau overdose adalah bahaya walaupn benda tu baik pada fitrahnya. Ubat kalau overdose pn boleh jadi racun. Makan kalau overdose blh jadi obese. Hatta ibadat sekalipun kalau overdose (sampai lupa t’jwb dunia) pun adalah salah. Sebab itu, it’s okay utk rasa sedih dan merasai kesedihan. Feel it, because it makes you a human.
Kedua, setelah puas bersedih, it’s time for us TO WORK ON THAT FEELING. Recognize and admit it. “This is the feeling that I feel now, sedihnya rasa hati ni ya Allah, peritnya rasa hati niii, menci menci menci.” Ikut suka hati koranglah nak ratap macam mana. Kuncinya adalah kita SEDAR tentang perasaan itu, kita AKUI itulah feeling yg kita rasa, dan kita TERIMA. Usah terlalu lama hanyut dgn perasan, cukuplah kita recognize perasaan itu, belajar dari pengalaman dan plan how to move forward. Kalau lama sgt hanyut, ia blh buat emosi + personaliti kita jd paralyzed. Ada orang boleh kendalikan fasa ini dgn baik, dan ada orang tidak.
Ketiga, belajarlah utk mencintai diri sendiri. Aku percaya daripada pengalaman aku bersosial, manusia ni banyak memberi masa utk mengenal orang lain, tapi sangat sedikit masa diberikan utk mengenal diri sendiri (especially kekuatan dan kelemahan diri). Kalau tnya pasal Zamani Slam, A-Z boleh jawab, tp bila tnya pasal diri sendiri, banyak yg kita sendiri pn confious dan tak confirm. Kadang-kadang hikmahnya perpisahan ni, buatkan kita belajar utk lebih mencintai diri sendiri. If we take time to think, logically bagaimana nak harapkan orang utk sayang diri kita, sedangkan kita pun tidak sayang dan menghargai diri kita selayaknya.
Sometimes sedar ataupun tidak, sejauhmana hormatnya orang pada kita, berkait rapat juga dgn sejauhmana kita hormat kepada diri kita sendiri. Orang yg mengormati diri, tidak akan membenarkan orang-orang lain utk membuli dirinya. Tiada sesiapapun yang boleh membuat kita berasa rendah diri, tanpa mendapat keizinan dari kita. Sebab itu, sejak dari confession lepas lagi aku tekankan, utk sesuatu perkara itu berubah, mulakanlah dengan menyayangi dan mengubah diri sendiri. Let’s start loving ourselves and be firm with it okay!
Keempat, kenalpasti balik siapakah kita yg dulu. Kadang kala, selepas bercinta/berkahwin, banyak kualiti2 positif kita yg ada dahulu beransur hilang disebabkan komitmen pada hubungan. Ada orang sebelum bercinta/kawin suka travel, suka hang out with friends, suka attend majlis2 ilmu, tp bila dah kawin semua hilang. Sebab tu nasihat aku pada diri sendiri, juga kepada pasangan2 yg dh berkahwin sekali pn, dont let your relationship/marriage totally eliminates your hobbies and other important things in your life (off courselah selagi mana xlanggar hukum syarak).
Kalau dulu suka hang out with friends ke, siblings ke, after kawin pn teruskan dgn hobby tersebut, tapi mungkin dari tiap2 minggu tukar jadi sebulan atau dua bulan sekali. Jangan mudah lupa diri atau sacrifice everything, sebab nanti kalau anything happened, kita juga yg akan susah utk move on sebab dah kehilangan SUPPORT SYSTEM! Ramai orang merindui dirinya yg dahulu sebelum perhubungan/berkahwin, tetapi tidak berbuat apa2. So track down what qualities we owned before the relationship, and try to get it back.
Kelima, teroka sisi baru yg ada dalam diri kita. Percayalah, tidaklah sesuatu itu berlaku secara sia-sia melainkan semuanya ada hikmahnya. Begitu juga dgn hidup kita ni. Kadang kala perpisahan membuatkan kita menjadi insan yg lebih baik, lebih mengenali potensi diri, yg barangkali sebelum ini, mungkin diri kita sendiri pun tidak sedar. Banyak orang yg aku jumpa/baca, after seperation baru bertemu potensi diri dan jadi orang yg berjaya. Cthnya macam oprah winfrey, bonda rozita, rozita che wan dan chef wan (kikiki, janganlah serius sangat walaupn contoh aku bagi sikit sebanyak pn betul apa). Sometimes, bila kita buat sesuatu aktiviti baru, baru kita sedar yg kita ni sebenarnya quite good dlm benda tu.
Macam aku sendiri, after working on perasaan sedih/kecewa aku dulu, aku disiplinkan diri belajar Quran secara bertalaqqi one to one dengan seorang ustaz ni (dia lepasan Qiraat dr University Al-Azhar Syoubra, aku belajar perbetulkan makhraj, tajwid dan tarannum), dan alhamdulillah after khatam aku rasa knowledge aku pasal Quran ni dah bertambah. Kadang2 bila aku dengar someone mengaji, aku boleh evaluate bacaannya bagus atau tidak, dimana kesalahan tajwid dan makhraj yg dia ada (bukannya saja2 aku nak judge orang tu, tp bila kita selalu latih diri utk fix kelemahan diri sendiri, automatically kita akan jadi particular dgn persekitaran yg berkait dgn rutin yg kita amalkan).
Dulu aku rasa aku ni dah pandai bab Quran ni, rupanya tidak. Ilmu Quran ni sggh luas, dan aku bersyukur sebab after seperation, Allah lorongkan aku utk belajar sesuatu yg baru dan kini aku cuba belajar perkara lain pula which is aku rasa sangat enjoy dan meaningful utk improve diri. So mungkin hikmah perpisahan ini, adalah ruang waktu yg terbaik utk kita learn something new about ourselves!
Keenam dan yg terakhir, beranilah utk bersendirian. Ia lah selama ni mungkin ada teman utk berborak, ada teman untuk merujuk, mungkin bagi yg berkahwin, sstengah part urusan rumah tangga tu bekas pasangan buatkan, tp skrg semuanya terpaksa dilakukan seorang diri. Sometimes, mungkin akan ada rasa nervous juga, boleh tak aku menghadapi segala liku2 dihadapan seorang diri? Personally bagi aku, dari azali lagi kita lahir seorang diri dan nanti kita mati pun akan sendiri. Alam kubur nanti, lagi lama kita akan bersendiri.
Nak atau tak, mmg itu setiap dari kita akan tempuhi. Yakinlah dgn Allah. Ulamak kata, sayangnya ibu kita pada kita, berganda2 lagi sayangnya Allah pada kita. Sebab itu kesemua surah dlm Al-Quran dimulakan dgn lafaz bismillah (kecuali surah at-taubah), nk menunjukkan bagaimana melimpahnya sifat kasih sayang dan rahmat Allah pada kita, walaupun kita ni hari2 buat dosa. Jadi tak perlu khuatir dan bimbang, yakinlah dgn Dia. Sebenarnya, kita tak pernah berseorangan pun dlm hidup ni, sebab Allah ni sentiasa ada bersama dengan kita. So, don’t afraid to be alone.
Yakinlah dgn Dia, minta dgn Dia sggh2, pasti Dia tunaikan. Permohonan iblis (sejahat2 makhluk) minta panjang umur sampai kiamat tu pn Allah tunaikan, takkanlah permintaan kita Allah reject. Cuma bagaimana Dia bagi tu berbeza2, sebab hanya Dia tahu apa yg terbaik utk kita. Jadi jangan takut untuk bersendirian, sebab Allah sentiasa ada bersama. Dan mana tahu, lepas perpisahan, Allah akan kurniakan kita jodoh yg lebih baik. Doa dan Yakinlah!
Dan sebagai penutup, bagi yg baru berpisah tu kalau boleh janganlah cepat sangat jump to a new relationship dgn niat nk ubatkan kesunyian dan kesedihan. Ambil masa bersendirian yg ada utk lakukan muhasabah, upgrade diri dan learn from our previous experiences. InsyaAllah bila dah ready, open your self to a new relationship with new spirit and paradigme.
Moga bermanfaat.
P/s : Menulis sambil monitor anak2 buah tu, perenggan tu je lah yg habis. Yg lain semua aku tulis dkt rumah, hihihi..
With love,
– Faris
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit