Tips Move On Bila Dilupai Kawan

Assalamualaikum semua. Pertama sekali saya nak terima kasih jika admin siarkan confession saya ni kat IIUM Confession. Ok straight to the point jelah. Pernah tak korang rasa sedih yang amat sangat bilamana diri sendiri semakin dilupakan oleh kawan-kawan yang korang pernah rapat sebelum ni? Ataupun kawan yang kau pernah kerja sekali, belajar sekali apatahlagi berkawan sejak kecil?

Aku yakin pasti ramai yang lalui pengalaman sedih ni. Susah kan korang nak move on sebab kenangan dengan mereka tu bermain-main je kat fikiran. Even dengan kawan yang tak berapa rapat pun kita still ingat. Lebih-lebih lagi bila kita ni jenis yang tak ramai kawan. Kadang-kadang kita rasa down sangat bila tak ada kawan lama yang sudi mesej kita whatsapp walaupun kita pernah mulakan mesej tanya kabar dan tanya update tentang life diorang.

Oklah, selalunya diorang akan jawab based on apa yang kita tanya sebagai kawan lama. Tapi perasan jugak bila mana hanya kita je yang akan mulakan dulu tanya kabar. Bila lama tak mesej, diorang tak ada pun nak mesej kita dulu. Ok yang ini satu point yang banyak buat aku rasa sedih bila fikir tentang kawan lama. Rasa macam kita je yang ingat kat dia. Kita je yang selalu mulakan whatsapp tanya keadaan dia.

Satu point lagi kat laman sosial. Contohnya facebook. Ramai kawan-kawan lama yang kita pernah rapat dan tak rapat dalam friend list kita. Yang tak rapat sangat tu oklah..kita bagi excuse. Tapi macam mana pulak kawan yang pernah rapat, pernah chit chat sama-sama, makan sama-sama, belajar sama-sama, tidur sama-sama, tiba-tiba bila masing-masing dah ada life sendiri, dah ada keluarga, dah ada anak, diri kita dilupakan? Kadang-kadang tu rasa seolah diri tak pernah wujud bila tak ada sorang pun yang nak tegur sapa kat kat media sosial.

Aku tahu ramai yang sedih bila rasa diri dilupakan oleh kawan-kawan. Rasa down sangat kadang tu sampai boleh menangis, kecewa, marah, benci, dendam pun ada. Selalu terlintas di kepala

“Kenapa diorang tak pernah nak tegur aku?”
“Kenapa diorang macam tak nak kawan dengan aku?”
“Kenapa diorang semua jauhkan diri dari aku?”

Ok, sekarang aku nak bagi tips untuk get rid all the bad, dissapointed, sad and anger feelings tu. Takkan korang nak terus bersedih selamanya kan? Benda ini akan buat kau kemurungan jika dibiarkan lama-lama. Sebab benda ni kadang-kadang kita tak tahu kenapa orang start lupa dan mula tak hargai kita sebagai seorang kawan. Lebih-lebih lagi bila diorang jenis kawan yang tak berterus-terang tentang apa-apa kesalahan kita yang mungkin tak senang pada padangan hati dan mata mereka. Untuk part ini, korang leave it to Allah sepenuhnya. Serahkan hati mereka tu pada Allah s.w.t. Sentiasa berbisik

“Ya Allah..aku serahkan tentang apa-apa perasaan tak suka, tak senang mereka kepada aku itu kepadaMu Ya Allah. Kalau mereka tak mampu nak tegur apa-apa kesalahan aku, maafkanlah mereka Ya Allah dan perbaikilah diriku ini”

Tips ke-2, korang kena teruskan BERSANGKA BAIK dekat semua kawan-kawan yang korang rasa dah tak sayang dan hargai korang macam dulu-dulu. Mungkin semuanya berpunca dari salah kita. Yelah..lebih baik kita salahkan diri daripada kita salahkan orang lain. Sekurang-kurangnya kita dapat cermin balik atau muhasabah diri. Mungkin ada perangai atau kesilapan kita yang kita sendiri tak nampak, tapi diorang tak berani nak tegur.Ingat, sentiasa bersangka baik pada semua orang-orang yang menjauhkan diri dari diri kita. Kecuali jika memang ada sebab nyata yang jelas-jelas berlaku krisis korang dengan seseorang.

Tips ke-3 ini paling akan buat kau rasa tenang. DOAKAN MEREKA. Berdoa lepas solat supaya Allah s.w.t berikan rahmat, kebahagian dunia dan akhirat dalam hidup semua orang yang jauhkan diri dari kita tanpa sebab yang jelas. Macam aku cakap, kadang-kadang ada salah kita yang orang nampak, tapi kita sendiri tak nampak. Bila kita doakan semua orang-orang ni, hati kita akan lebih tenang. Yang penting doa dengan ikhlas. Kalau boleh sambil menangis pun tak apa. Rahsiakan doa ini dari orang yang kita doakan. Biar kita dengan Allah je yang tahu.

Rasa ikhlas tu bernilai bila kita mendoakan saudara kita secara rahsia tanpa pengetahuan dia. Bayangkan jika orang tu akhirnya dapat lihat kat Akhirat orang yang pernah mendoakan mereka dalam diam. Biar Allah s.w.t je yang simpan dan bukak pada pandangan mata orang tu kat Akhirat nanti. Ya Allah…Best sangat bila fikir macam tu. Bila kita doakan secara rahsia kat orang-orang berkenaan, hati kita akan lebih tenang.

Tips ke-4, MENGADU pada Allah s.w.t tentang kesedihan hati kau kerana tak dipedulikan lagi oleh kawan-kawan. Tentang kesunyian hidup yang korang lalui tanpa kawan. Aku sendiri mengadu sampai menangis-nangis. Kesannya, korang akan rasa leeeegaaa sangat. Percayalah! Tenang dia tu lain macam. Tambah lagi bila kita ikuti dengan doa yang baik ke atas mereka. Hati tu rasa bersih sangat. Otak pun tak serabut dan tertekan fikir pasal ni.

Tips ke-5, JANGAN MENGELUH atau MARAH-MARAH kat media sosial, facebook, instagram, whatsapp, status whatsapp dan sebagainya. Elakkan status ugut nak remove friend kawan yang tak nak tegur, like, komen dan sebagainya. Just diamkan aje perasaan tu. Mengadu sepenuhnya pada Allah s.w.t. Tahan diri dari marah-marah tentang ni kat media sosial. Jangan tunjuk kekecewaan kita pada sesiapa.

Tips ke-6, ini terpulang sama ada korang nak buat atau tak sebab ini susah sikit. Aku pun susah nak amalkan benda ni. Teruskan berhubung tak kira apa cara sama ada kat media sosial, whatsapp atau call dengan mereka semua TANPA MENGHARAPKAN BALASAN. Tips ini kalau korang tak mampu buat lebih baik jangan buat awal-awal. Aku takut korang susah nak istiqamah bilamana timbul hasutan syaitan untuk harapkan balasan. Biarkan je…Sebab apa? Sebab setiap hari bila kita main dengan media sosial ini, kita akan rasa tekanan bilamana kita komen dan like status orang, sebaliknya orang tu tak pernah like dan komen status kita. Atau tak pernah nak whatsapp tanya khabar kita.

Percayalah! Kalau korang follow semua steps ni, hati korang akan rasa lebih redha, ikhlas dan tenang. Korang tak ada dah rasa kecewa, marah dan sedih kat semua orang. Yang penting sebenarnya ialah ia sebagi terapi pada diri kita sendiri untuk elakkan dari terus fikir yang bukan-bukan pasal kawan kita dan orang lain.

Ok, itu ajelah yang aku nak share. Semoga korang boleh MOVE ON dengan penuh positif dan hati yang bersih. Harap tips ini akan kurangkan kesedihan korang ok.

– Lily

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *