Tips Pemilihan Cermin Mata

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Nama saya Aira dan sedang bekerja dalam bidang cermin mata selama hampir setahun. Tidaklah lama tapi berbagai-bagai ilmu yang dapat saya perolehi sepanjang bekerja di bidang ini. Saya bukanlah seorang pelajar optometri jadi mohon perbetulkan jika salah. Dari tulisan saya ni saya harap anda semua boleh jadi lebih bijak dalam memilih dan mendapatkan cermin mata yang terbaik mengikut keperluan anda semua. InsyaAllah.. Maaf juga kerana tulisan ini agak panjang.

Kebiasaannya perkara pertama yang dibuat dalam pemeriksaan mata, Eye Consultant akan memeriksa mata pelanggan dengan menggunakan mesin yang dipanggil Auto Refractometer/ Auto Refractokeratometer. Melalui mesin ini anggaran bacaan mata yang boleh diperiksa cumalah untuk rabun jauh (-), rabun otot mata (+) dan juga silau (-) sahaja. Rabun dekat (+) (40 tahun ke atas) pula perlu diperiksa secara manual. Simbol biasa pada kertas Auto Ref machine pula adalah:

R- right eye
L- left eye
S- rabun jauh (myopia) / rabun otot mata (hyperopia)
C- cyl/ silau/ astigmatism
A- axis/ kedudukan silau pada mata

Pertama sekali biar saya sentuh mengenai pemilihan bingkai dari segi jenis2 bingkai dan material. Untuk menerangkan secara detail saya kurang arif jadi biar saya beritahu setakat mana yang saya tahu saja ya.

Material bingkai yang paling basic terdiri daripada plastik dan besi. Ada bingkai yang plastik penuh, besi penuh atau separuh plastik dan besi. Setiap satu mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Plastik (Kelebihan & Kekurangan)
* selesa dipakai, lebih trendy, ada yang flexible (boleh lentur), banyak corak dan warna, tiada masalah gatal2/alergik

#mudah patah jika terduduk/terpijak dll (kecuali yang flexible), warna boleh terhakis dalam masa yang lama

Besi (Kelebihan & Kekurangan)
*lebih tahan berbanding plastik, ada nosepad (ada yang suka dan ada yang tak), bingkai lebih nipis, ada jenis titanium (lebih tahan berbanding besi biasa, tak menyebabkan kegatalan)

#boleh menyebabkan gatal jika ada alergik pada besi, tak mudah dilentur jika nak adjust, bingkai kurang corak (design hanya pada tangkai/ temple), nosepad yang perlu ditukar selalu kerana cepat berlumut

Bingkai juga boleh dikategorikan kepada tiga iaitu bingkai penuh (full frame) , separuh (half frame) dan tiada bingkai (frameless).

Full frame adalah lebih selamat digunakan kerana cermin lebih terlindung di dalam bingkai, elok digunakan oleh mereka yang tinggi power rabun & silau (-4.00 ke atas) kerana boleh tutup sedikit ketebalan cermin (atau boleh guna cermin yang index 1.61 ke atas- lebih nipis)

Half frame lebih cantik digunakan kerana tiada bingkai di bahagian bawah. Nampak lebih matang dengan pandangan yang lebih jelas di bahagian bawah.

Frameless lebih cantik dari segi pandangan, tiada halangan dari bingkai di sekeliling namun agak leceh untuk dijaga kerana cermin lebih mudah pecah/chip (half frame juga), harga cermin juga agak mahal kerana perlukan cermin yang lebih kental untuk ditebuk (index 1.53 dll)

Bagi yang lasak atau ada anak yang selalu main cermin mata sampai selalu patah, boleh cuba cari bingkai dari material yang flexible (boleh lentur dan dibuka hampir 180°), ada yang jenis plastik/ besi, yang ni memang susah patah jadi sesuai untuk orang yang lasak.

Bagi yang ada alergik pada besi boleh cari material titanium, lebih tahan dan tak menyebabkan gatal2

Pemilihan Cermin
Terdapat beberapa jenis cermin yang boleh kita tahu.

Satu pandangan/single vision. Ini untuk sama ada jauh / dekat saja.
Dua pandangan/ bifocal. Ini untuk jauh & dekat dengan garisan pemisah pada cermin (kebiasaannya berbentuk separa bulat tapi ada juga jenis lain)
Banyak pandangan/ multifocal. Jauh, pertengahan & dekat dengan dua kawasan gangguan. Tanpa garisan pemisah pada cermin.

Cermin yang biasa digunakan adalah dari material plastik tapi ada juga dari kaca (customer request, lebih terang tapi mudah pecah dan berat)

Berikut saya terangkan jenis2 cermin yang terbaik digunakan mengikut keperluan anda:

1. Blue coating. Cermin ni ada lapisan tambahan pada cermin untuk tapis cahaya biru yang dipancarkan melalui gadget seperti handphone, tv, laptop dll jadi sangat sesuai untuk students, mereka yang kerja di office, gamers, dan mereka yang selalu menggunakan screen devices. Cuma cerminnya kelihatan sedikit kuning kerana cahaya biru yang dah ditapis tadi.
2. Transitions. Banyak nama lain tapi istilah ni worldwide jadi lebih mudah faham. Cermin ni bila terkena cahaya uv/matahari akan bertukar menjadi gelap dan bila masuk indoor akan bertukar cerah semula. Sesuai untuk mereka yang selalu bekerja outdoor macam traveler, mereka yang selalu pergi tapak pembinaan, petani, dll. Ada yang cepat ada yang lambat bergantung pada material transitions ni tadi.
3. Drive safe lens. Cermin ni yang saya tahu dari jenama cermin Zeiss tapi jenama lain tak pasti. Cermin ni boleh tingkatkan kejelasan cermin pada waktu malam.
4. Anti fog lens. Cermin ni buatkan cermin tak berkabus walaupun sedang berpeluh, sejuk berwap, dan air tak tinggalkan kesan pada cermin (tak perlu lap sangat)
5. Tinted. Cermin dicelup dalam larutan warna untuk hasilkan warna yang kekal pada cermin. Bagi yang tak mahu cermin transitions boleh guna ni cuma warnanya kekal. Terdapat pelbagai jenis warna dan kepekatan ikut kemahuan. Bagi yang nak buat sunglass ada power mata pun boleh request macam ni juga.

Kejelasan cermin berlainan ikut kualiti, design, jenama, dll. Bagi yang power tinggi boleh request cermin yang index 1.61 ke atas dan aspheric untuk pandangan yang lebih jelas.

Akhir kata sebelum membeli pastikan tahu dahulu harga cermin dan bingkai kerana ada yang mencecah hingga ribuan ringgit dan mintalah yang terbaik untuk mata anda. Sekian.. Moga bermanfaat pada anda semua dan jangan lupa share pada orang lain biar jadi saham akhirat kita semua.

Assalamualaikum..

– Aira

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit