Untuk part I, (https://iiumc.com/tips-
Hello Atiqah is back! Thanks baca tulisan aku dulu noh, tak perasan aritu dok ralik tulis2 sampai 4 page, huhu. Ok ni last, so admin tolong la approve my confession ni, hehe. Mmg dulu aku ada travel blog tapi dah delete sbb tak active. Sibuk sgt, takde masa nak tulis dgn buat picture editing, byk ambil masa, at last delete jelah. Jadi aku mencelah2 jelah kat page mcm ni. Lagi satu aku tgk topic kat IIUM sekarang ni semuanya serius belaka, jadi mai la baca topic yang santai ini kikiki.
Ok sambung, time travel la kalau korang nak kenal orang tu macam mana. Berdisiplin ka, selfish, pengotor, jenis take for granted, tak boleh bertolak ansur, morning person ke, pemalas ke, semua boleh nampak. So pls find travel buddy yang ok, sbb kita boleh elak byk masalah. Antaranya kawan2 yang suka berangan. Like jom pegi Seoul, jom pergi Singapore, jom pergi Taiwan. Plan bagai nak rak, tapi bila nak beli tiket, errr tak jadilah, anak i nak UPSR la, alah igt mmg nak pergi tapi i renovate dapur sikit haritu, tak bolehlah, and ada yang senyap sunyi sepi. Pernah kawan2 aku plan nak ke Europe, dah discuss tarikh, budget berapa dan kebetulan kawan aku yang lain ajak aku jalan ke Istanbul, so aku tanya dalam group wassap, confirm ke Europe, tapi krik krik semua orang diam? Aku jadik mcm orang bodoh je. Meh???
Ada juga aku dgr sorang budak ni plan nak ke Ho Chin Minh group 4 orang last2 yang pegi travel haritu, cuma dia seorang diri je. Kawan2 dia cancel last minute. Kesian gila, tapi dia pegi juga even sorang2. Kawan aku pulak dia nak ke Beijing, asal group 8 orang pastu tinggal 6, then seminggu nak fly tu tinggal 4 orang je. Kawan2 dia cancel last minute jugak. Kelam kabut dia terpaksa cari tour guide lain kat Beijing. Dia pun hampir cancel trip tu, padahal dah bayar mcm2. Kita ni jgn la buat orang mcm tu kesian tgk orang yang beria nak pergi, urus itu urus ini, bukan senang.
Bayangkan la mcm mana diorang nak urus, itinerary, hotel, tour agent, guide kat sana, transport, luggage berapa kg nak beli, visa lagi. Tak baik lah susahkan orang, jgn la selfish, kalau tak boleh berjanji tak payahla berjanji, lainlah betul2 emergency. Ada kawan aku seorang lagi, suka berangan jugak like, i nak pegi bercuti ni kat Kuching dgn my friend tapi tak pegi2 pun, then jumpa dia lagi dia cakap lagi i nak ke Perth dgn my boss, next time jumpa dia, dia cakap nak nak ke Jakarta pulak. Tapi, kantoi passport pun dia takde. Dia suka berangan je and budget org have2 gitu, to me biarlah sbb dia tak susahkan orang, dia berangan seorang diri je. Yang broke janji ni ye aku betul2 tak suka.
Ada juga kawan2 jenis yang demanding tapi tak kena dgn budget sendiri. Like kalau nak travel semua nak yg hotel yang berkelas2, flight kena yang standard, private tour etc tapi nak yang murah sbb dia tak mau bayar lebih. Semuanya nak discount. Meh??? Best dia mintak kita tlg cari, pastu mcm2 peel, tak nak la yang tu tak nak lah yang ni. Eee ni mahal sgt. Kelakar kan, travel ni ajar kita jadi practical means berapa u bajet tu lah yang u dapat. Kalau u ada duit extra you dapatla extra. Mmg ada hotel mahal mcm Hilton, Sheraton, Sofitel buat sale tapi itu nasib. Kalau dapat rezeki lah. Kalau tak kita tgk la kemampuan kita.
Macam haritu aku pi Tokyo, kawan aku tak nak duk hostel, taknak share dorm, atau share bathroom, dia nak duduk hotel betul. Last2 duduk Airbnb. AirBnb Tokyo pun mahal. Bayangkan seorang bayar RM900++ untuk 3 malam, kalau sewa hostel boleh dapat RM500 je. Hostel kat Tokyo takpa, sbb sgt bersih. Toilet diorang korang boleh tidur. Lepas tu nak makan semua tempat exclusive. Sekali dua bolehlah tapi bukanlah hari2. Travel pun tak nak naik public transport tau, nak naik taxi. Pergh, stress betul. Aku cakap dgn sorang lagi kawan aku, tak tahan la asyik keluar duit mcm ni. Then kawan aku pujuk takpalah, sabar je, kita bagi muka kat dia kali ni je, lepas ni mmg taklah. Itulah, kalau dah jadi kes macam ni mmg kena sabar je. Takkan nak bising2, habislah mood cuti kan. So be mature jgn emo2, wink wink.
Normally kalau aku tau dia ni jenis travel luxury, aku cakap siap2, bajet aku byk ni je. Kalau lebih takpalah aku tak follow. Haa kalau kawan kita ok, diorang faham, mereka akan cari jugaklah deal yang within the budget. Kalau baru tau time travel tu lah masalah. Nasib la kalau mcm tu. Kawan aku pun terkena, dia pegi Lombok, travel buddy dia hari2 pegi spa yang exclusive kat hotel diorang tu. Ok je kan, tapi yang masalahnya kawan dia tak cukup duit nak bayar bil. Nak tak nak kawan aku terpaksa pinjamkan 500ribu rupiah, utk settle bil. Gila malu dia cakap. Yang kesiannaya, kawan aku left with empty hand. Dia takde duit dah, nak beli apa2 even souvenir pun dia tak boleh beli, dia balik mmg tangan kosong je. Sampai Malaysia, bukan terus bayar, tunggu gaji, tunggu lagi, dan lagi, lama baru bayar habis. Sadis.
Queen of grumpy. Sepanjang trip dia complain, complain and complain. Non Stop. This food tak sedaplah. Masinlah. Eee kotorlah beach dia. Adui bosannya tunggu queue ni, lah macam ni je ke tempatnya baik tak payah datang, oh gosh panasnya cuaca. Kat Hong Kong kawan aku asyik complain pasal hotel like, this hotel is ok but the area like sh!t. Meh??? Sape pernah pegi sana tau lah situasi kat Hong Kong mcm mana. Hotel mahal, sempit, kena lalu lorong2 kecik especially kat Sheung Wan. Tp mainly Hong Kong mmg camtu, lain lah high class area, yang demand2 sgt igt permaisuri agung kah. Nak itu ini, cari lah sendiri kan. Sudahlah tak sabar time kitaorang tgh cari2 hotel, google maps tiba2 jadi ngok nget, tak sedar kitaorang pusing2 tempat yang sama.
So mulalah dia membebel, eh korang bila nak sampai ni, dah la lapar ni. Sabar jelah. Dah la useless like, semua benda tak tau atau buat buat tak tau. Sampai je airport mula lah start tanya flight kita yang mana, mana gate kita, hotel kita kat mana, harini kita buat apa, semua kita dah forward copy kat diorang tapi non stop duk tanya2. Dia juga yang beria ajak kita travel. Aigo, aigo aigo!!! Jenis ni mmg tak nak buat research walau dah di beritau, serah2 bulat2 je kat kita. Sebelum pegi like takpa tiqah, you arrange je. Kitaorang ok je. Ok la sgt masa travel semua benda dia nak complain. Boleh hilang sabar juga.
Lagi kalau tak pembersih. Hmmm ko duduk bilik sama dgn diorang taulah. Setakat tisu, resit2, main campak aje merata2. Aku tgk pun penat. Nak kena ikut kepala dia je pun ada. Kawan aku time dia kat Bangkok, travel buddy malas bangun pagi. Abis masa gitu je. Kawan dia kata mereka perlukan tidur yang cukup that is 9 ke 10 jam. Time travel? Meh??? Kawan aku cakap dia bengang sgt, dia cakap kat kawan2 dia yg tgh tidur tu, dia nak jalan seorang je, dia bagi sim card, dia cakap jalanlah sendiri, kita berpecah jalan asing2.
Diorang takut nak jalan sendiri. Terus kelam kabut diorang mandi dan siap2, tapi keluar pukul 2pm juga. Kawan aku sorang lagi kena kat Amsterdam, travel buddy dia tak nak bangun pagi jugak, nak tidur. Malam sebelum tu diorang pegi tgk live band, lepak2 minum coffee, so balik lambat. Kawan aku tu boring la tunggu. Melanguk pagi2 takde buat apa. Orang semua tidur. So dia terpaksa kuatkan diri, keluar kat city dan jalan2 sorang. Sambil tu dia keep wassap aku mengadu, kesian sbb trip dia jadi tak best.
Aku pun kena juga. Kat Bangkok, kitaorang follow tour. Kalau pick up pukul 9 pagi, patutnya sebelum pukul 9 pagi la kita dah ready kan. Takkkk, ada je yang lambat, tour guide kami tu pegi ketuk bilik hotel, ada satu family tak bangun lagi. So satu van kena tunggu. Dalam 30 minit juga, aku tgk tourist lain dah buat muka! Itu tour agent tu baik tunggu, kat Krabi geng aku lambat kitaorang kena tinggal. Terpaksa la aku arrange balik itinerary. Orang yang lambat tu, dia buat bodoh je selfie2, sakit hatinya, kau yang lambat, semua kena tinggal, aku yang kena settle. Sbb dia tahu alah tikah mesti boleh settle. Eeee gerammnya. Satu lagi yang jenis slow, yg ni mmg aku tak boleh tahan. Mandi lama smp orang tertunggu2, makan lambat, bangun lambat, jalan lambat, kalau dia tak susahkan orang takpe, like dia dah tahu dia jenis slow, dia bangun awal, mandi makan, dia on time ok. Ni tak semua orang kena tunggu dia. Boleh stress sis!
Always remember prevention is better than cure. Flight pukul 5.30pm, 1.30pm dah on the way. Jem sikit pun takpa sbb byk masa. Ada kawan aku ni dia mmg suka buat kerja last minute, kalau jumpa dia pun, mmg dia akan lewat. Dia kata this is my habit. One day dia tertinggal flight dr KK nak balik KL, dia cuma lambat 2-3 minit je tp mmg Air Asia tak tunggu. Dah kena beli ticket baru-rugi je duit kat situ. RM300-RM400 jugak, even one way ticket. Haa, habit la sgt kan. See kalau dia plan masa betul dia takkan rugi kan. Sorang kawan aku tertinggal flight kat Singapore, syok sgt jalan2 tak tgk jam, then dia ambik public transport MRT pegi airport, tapi tak sempat. Dia patut ambik taxi/grab tapi sbb nak jimat pakai MRT tapi terlepas flight dah kena bayar flight ticket baru yang lagi mahal. Sbb tu adik2 kena rancang perjalanan betul.
Aku suka pegi sendiri dari follow tour atau ikut orang. Sbb kita boleh budget ikut kita punya keperluan. Aku pernahla ikut sorang kakak ni pegi Jakarta-Bandung, all inn aku kena bayar RM3 ribu, waktu tu aku budak lagi blur2 je. Then aku realise dia pukul harga gila , guna rate RM-Rupiah paling tinggi, duduk pulak hotel sadis tau, 1 star je, kotor pulak tu. Next year tu aku buat sendiri, Jakarta-Bandung duduk Hotel Novotel lagi tapi budget tak sampai RM1600 je. Start dari tu la aku arrange trip sendiri je. That why adik2, compare prices, buat research juga, then kita boleh tau harga tu reasonable ke tak.
Bagi aku travel ni nak happy je sbb tu aku tak suka gaduh2 ni. Tapi kadang tu bila kita lembut sgt orang ambik kesempatan jugak. Like kita dah bayar semua duit hotel, ticket,time bayar balik lambat je dia nak bayar. Buat2 lupa pon ada, kadang tu sedara sendiri, sampai malu aku nak mintak balik, huhu. Travel ni paling penting kita kena tolak ansur, boleh berlebih kurang, tak berkira, selfish sgt tak kemana lah. Kita sama2 setuju dgn prices, plan, budget etc. Baru ok.
Aku plan nak ke Europe lagi next year, dgn travel buddy yang aku tau mmg jenis tak banyak hal. Haritu meeting kitaorang finalise budget tak boleh lebih 10k for everyone, dan country nak visit. Kelakar juga sbb aku nak London, Spain, tapi kawan aku tak nak, dia nak Paris ngan Germany, atau Milan, aku mmg tak nak countries ni. Discuss punya discuss, at last aku terpaksa mengalah ke Morroco, dia terpaksa mengalah ke Portugal sbb aku nak Lisbon. Ada lah few countries yang kita finalise, budget sikit jadi negara pun tak banyak.
Last but not least, kalau dgr kawan2 kita travel tak payahlah pesan beria2. Office mate aku pegi Sarawak, boss dia lukis pasu, suruh kawan aku beli pasu yang mcm dia lukis tu. Instead of dia seronok2 bercuti, masa dia dgn famili dia habis melawat kedai pasu kat Kuching . Dia tak jumpa, tp dia beli juga design yang nak sama tapi bos kami tu pompuan boleh buat muka. Aduhai kesian orang tu. Dah la habis masa, letih lagi. Tak appreciate lansung usaha orang tu. Kawan aku pulak pegi Bali, member dia pesan baju Hard Rock Cafe, so dia dok ulang alik hard rock cafe kat Kuta tu duk cari design yang member dia pesan, berhari2 juga.
Kawan aku sorang lagi pegi London, member dia order kasut clark, bila balik je tak nak pulak, dia cakap design tak berkenan so dia tak nak, padahal takde duit, simple sbb kasut tu RM300 lebih. Aku terkena jugak member pesan baju budak primark, baby guess, semua tu tp bayar tak habis, ada lagi balance. Dah 2 tahun dah. Tu lah kalau orang pesan apa2 mmg aku mintak duit tak leh la baik sgt. Dan kalau orang nak travel diorang tanya (kadang tu diaorang manis mulut je) nak pesan apa2, aku cakap takde apa, kalau nak beli jugak cari postcard je, atau fridge magnet. Kalau takde takpe.
One more thing, kalau keluar mana2 especially nak travel tu baca la doa, ayat kursi tu wajib ya, takut apa2. Kat Rome, beg syilling aku hilang, tak sedar orang seluk beg. Yang curi tu perempuan, dia buat nak tunjuk2 jalan. Nasib baik beg syiling, ada dalam 8 pound je. Mmg la rugi tapi takdelah byk. Kat Barcelona paling bahaya, kalau buat report kena pick pocket polis ketawa je tau. Kawan aku wallet dia hilang, beg kena toreh, kawan aku sorang lagi kamera hilang, dan aku sendiri nampak 2 orang perempuan remaja cuba buka beg while aku tgh jalan dekat La Rambla.
Time tu malam gelap, mmg licik sbb kita tak sedar. Cuma time tu aku terperasa eh kenapa budak ni nak bukak beg aku, aku terus jerit lepas tu diorang jalan laju2 sambil gelak2. Orang kat situ buat dek je. Kat Paris pun sama, aku perasan ada perempuan remaja cuba buka beg aku, tapi aku tersedar and aku tegur dia eh tapi dia terus jalan laju2. Kawan aku husband dia pun beg kena toreh dalam train kat Athens. Kebanyakkan yang buat kerja2 ni budak remaja perempuan, orang kata bukan rakyat diorang, byknya Romanian. Tapi entahlah, mmg kita jgn syok2 jalan sgt kena hati2.
Dgn scammer pun hati2 mcm kat Ho Chin Minh, orang yang offer kilat kasut, bawak beca, teksi ramai penipu. Aku nak pegi hotel kat area Ben Tanh dari airport boleh dia offer RM300. Aku dah check (research penting) harga dia mmg dlm RM40. Geram je. Kat Istanbul pun sama, byk sgt scammer kat situ. Kawan aku hampir kena tipu dgn orang yang offer nak kilat kasut, tapi dia bagi duit yang dia ada je, dan aku pulak kena tipu time beli kebab, haha. Aku tunjuk yang 5 lira utk 2 orang jadi 10 lira kan. Dia pergi prepare yang special punya 10 lira satu, so dua orang 20 lira. Tak pasal2 duit aku habis. Depan Hagia Sofia tu kalau ada orang offer tour guide free itu pun penipu, kena bayar sebenarnya.
Kat China pulak, Beijing ke Guangzhou ke, taktik orang jual jade ni sama je, dia akan cakap harini special sbb birthday anak dia, atau dia baru dapat anak lelaki wife dia baru bersalin so dia offer special prices haritu. Padahal hari2 dia cakap benda yang sama. Macam mana aku tau, sbb semua kawan2 aku yang dah pegi China akan cakap skrip yang sama. Dan ada one day tour agent bawak kami ke kedai herbsdan orang kedai tu mcm marah sbb dia igt tour agent tu bawa student sbb muka kitaroang mcm budak. Byk kali orang kedai tu tanya are student or working. Sbb dia anggap student takde duit. Crazy kan.
Itulah what I want to highlight is, travel ni bukan kenangan indah semata, byk juga sweet and sournya, best is always we come prepare. And travel buddy ni mcm cari jodoh jugak, we may good as friend but not to walk together in a journey. Giteww. Ok till then bye, thanks again baca my story mohon maaf atas kekurangan ya.
Wallahualam.
– Atikah
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit