Tips Untuk Berkawan/Bekerja Dengan Jenis Macam Aku

Hai semua hai everything. Nama aku Nia. Aku baru lepas menangis sebab kawan kerja aku yang sorang ni bakal bertunang.

Nangis sebab apa? Sedih ke gembira? Entahlah, aku pun sendiri keliru. Kami dah setahun berkerja di tempat yang sama. Aku sangat selesa bekerja dengan dia.

Aku namakan dia Lia. Tapi jarak umur kami agak jauh, 5 tahun. Lia ni seorang yang tegas tapi dalam masa sama dia baik hati dan memahami.

Okay, satu perkara yang aku nak highlight disini, aku diuji dengan perasaan suka terhadap sama jantina sejak aku dibangku sekolah.

Aku memang cepat jatuh cinta dengan kaum sejenis dan perasaan ini aku pendam je. Yelah, perkara taboo dan sensitif ni kalau dibuka, ibarat menabur nila di muka mak ayah.

Habis rosak muka depa, orang pun duk mengata dan perkara ni susah nak hilang. Lagi-lagi kita muslim kan.

So, aku hanya pendam perasaan dan minat dalam senyap sahaja. Aku cuba untuk buka hati pada lelaki, tapi sampai sekarang tak jatuh-jatuh hati pun pada mana-mana lelaki.

So, bila start bekerja ni, aku berharap sangat dapat hilangkan perasaan tak normal ni. Tapi… lain pulak jadi, bila aku mula rapat dengan Lia.

Lia senior ditempat kerja beberapa tahun dari aku. Jadi bila aku buat salah, memang dia akan marah dan tegur aku. Tapi, aku ni jenis pentingkan profesionalisme.

Biar teruk macam mana pun dia maki/ marah aku, aku terima kesalahan aku, aku betulkan dan kerja macam biasa. H

ari ni kena marah, esok dah boleh gelak-gelak dengan Lia atau mana-mana senior staff. Memang prinsip aku, kerja is kerja. No hard feeling.

So mungkin sebab tu kut aku dengan Lia ni cepat serasi dan senang bekerja sama-sama. Aku mula rasa dia sukakan aku melalui Lia punya physical touch, face expression and verbal communication terhadap aku.

Okay, mungkin korang fikir aku mungkin syok sendiri fikir si Lia ni suka aku dan diawal cerita aku memang akui aku ada perasaan pada sesama jantina kan.

Aku pun keliru dia suka aku as a special person atau memang nature dia begitu bila dengan kawan perempuan yang dia selesa. Jadi, biarlah cerita aku dengan Lia ni sampai di sini saja.

Point utama aku tulis di IIUM Confession ni adalah untuk kongsi tips untuk kalian terutama perempuan untuk berinteraksi dengan rakan sekerja perempuan. Kita tidak akan tahu apa masalah atau perasaan yang sedang bermain di hati kawan kita tu.

Nanti dapat pulak perempuan macam aku yang suka sama jantina ni, naya kang nanti dia tergoda. Haha. So ni antara tips yang aku rasa kalau Lia buat, mungkin aku tak jatuh cinta pada dia. Hmm mungkinlah.

1. Jaga percakapan.

Kurangkan guna panggilan manja seperti sayang, dear, baby.

Ya Lia memanggil aku dengan panggilan sebegitu. Tapi jarang sekali bila dihadapan ramai orang. Hanya bila kami berdua dan bila kami bermesej. Aku pun layankan dan panggil dia yang sama. Ya aku pun salah.

Tapi susah woo nak elak, rasa disayangi dan menyayangi gitu. So, kalau kerja tu, elak2kan la guna romantic words macam tu. Takut salah faham walaupun kau tak bermaksud pun untuk tackle. Haha.

2. Jaga non verbal gesture.

Cuba la bayangkan kau tengah buat kerja, tiba-tiba ada yang peluk dari belakang, letak dagu kat bahu kita..

Aduhaiiii, lemah iman aku. Rasa nak balas balik. Haha k tu gila.  Kadang aku tepis, kadang aku biar je, kadang aku acah-acah marah dia, kadang aku pura-pura geli.

Padahal dalam hati, tuhan je tahu. Dia suka paut lengan, peluk bahu, tarik tangan aku. Dan perkara tu buat aku tersenyum sendiri di malam hari. (creepy tak?)

So girls, nak manja-manja tu bertempat lah. Bukan terus tak boleh bersentuhan, tapi ada limitnya dan kalau bukan keperluan, toksah la ngada-ngada nak manja lebih-lebih.

3. Jangan cakap berbaur lucah.

Si Lia ni dah start lawak lucah dengan aku. Ni bila aku berdua je dengan dia atau personal whatsapp dia. Aku layankan. Mungkin bagi dia lawak. Ya aku pun anggap sebagai lawak. Tapi nasihat aku kat korang, better elakkan lah.

4. Don’t say it if u don’t mean it.

Ada satu hari tu, aku dapat mesej. Si Lia ni tiba-tiba whatsapp aku out of blue. Mesejnya berbunyi,

Lia : Nia

Nia : Yes?

Lia : Good morning, I love u.

Adududu, tolonglah jangan serabutkan lagi perasaan aku. Daripada aku tengah fasa denial tentang perasaan aku terhadap dia, bila dia whatsapp macam tu, terus la hilang denial aku tu. Terus mekar cinta aku pada dia. Duhh. Serabut!

Beribu kali aku cuba move on dan berubah untuk jadi wanita sejati. Tapi bila jadi macam ni, aku berperang balik dengan perasaan aku.

So girls out there, tolong jangan mainkan perasaan kami yang punya naluri songsang ni. Kami pun tak minta perasaan sebegini. Cuma kami akan lebih terangsang bila perkara-perkara diatas terjadi.

Mohon doakan aku guys. Aku pun nak berkahwin dan jalani kehidupan normal. Takut juga nanti anak-anak aku jadi macam aku. Nauzubillah.

Aku banyak kali juga fikir nak pindah kerja, tapi isu covid ni membuatkan aku fikir banyak kali. Sekarang kerja bukan senang nak dapat kan.

So, buat masa ni, aku tahan je la nafsu. Bagus juga dia bertunang, biar aku lepaskan dia dengan tenang. Haha.

– Nia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit