Tips untuk Confessions “Duit Keluar macam air”

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku baru je terbaca pasal post confession "duit keluar macam air" oleh salah seorang student. Dia tanya tips ?

First of all, parent hang bagi hang RM100-150 seminggu tu dah kira banyak tau dak ? masa aku belajaq dekat salah satu universiti betui-betui memang dekat tengah bandaq KL, aku hanya akan minta/dapat duit dari parent aku bila aku teramat perlu dan terdesak (contohnya macam nak kena print project studio). Haa time tu lah baru aku minta dan dapat dari parent aku. Parent aku selalu tanya ada duit ke tak, aku akan terpaksa tipu kadang-kadang sebab aku taknak menyusahkan diorang. Parent aku biasanya akan bagi dalam RM100-Rm150 tengok keadaan lah. Tapi selalunya aku akan minta cukup-cukup untuk lepaskan print project studio dah. Jumlah yang parent aku bagi tu untuk sebulan dua punya pakai. Makan minum pakai duit apa ? pandai-pandai lah cari. Kita sebagai mahasiswa kena pikiaq macam mana nak survive. Aku pun bukan peminjam ptptn dan penerima mana-mana biasiswa masa belajaq dekat KL sana. Aku bukan budak pandai pun tu tak dapat biasiswa. Aku pula tak suka meminjam, jadi aku tak minta ptptn. Macamana aku survive hidup tiga tahun lebih dekat KL ?

Cari kerja. part time bersepah dekat KL dan lembah klang ni. Penat ? mana ada kerja yang tak penat. Mak ayah kita kerja pun penat tau. ingat tak penat ka ? Kita sebagai mahasiswa kena usaha sendiri. Takde masa nak kerja part time ? Hang takyah tipu. aku student yang ada project studio yang memang azali dari first year busy memanjang , tak cukup tidoq pun boleh susun masa nak cari kerja part time, takkan hangpa tak boleh ? *senyum sinis.

Next tips, hang kena lah pilih mana yang prioriti dalam nak berbelanja. Shopping, wayang, beli barang makeup, makan mewah, lepak mall,lepak cafe hipster, beli iphone 6s, beli gadget dan sebagainya. Benda yang aku list ni adalah benda terakhir yang hang kena pikiaq nak buat dan beli. "Alaa bosan lah kau ni" . Dah tahu nak saving dan takde duit, hang kena lah bekorban untuk tak buat semua benda tu. Nafsu je semua tu. Nikmat dia sekejap je. Bila duit dah habis takde nikmat dah weh. Saving buat cara saving. Hang tau dekat mana aku dengan kawan-kawan aku shopping baju ? dekat Jalan chowkit dan sekitarnya tu. dekat situ malam-malam ada bundle. Naik motor ramai-ramai, shopping dekat situ. Baju uniqlo pun ada tau.

Next tips untuk makan. Part ni paling hang kena teliti. sebab selalunya tirisnya wang hang (cewwwah bahasa hahaha). k sambung. tirisnya wang hang tanpa hang sedar dekat makan lah weh. So hang kena pandait bajet part makan ni. Aku buat macamana masa dekat KL dulu ? Kitaorang akan survey kedai/warung paling murah makan dekat area Kolej kitaorang. Mesti ada punya. Bukan semua dekat KL dan sekitarnya mahal. percaya cakap aku. dah jumpa ? buat apa lagi makan dekat situ jela setiap hari. Takyah order air maneh maneh ni, hang order air suam je sihat pun sihat. Tipu lah kalau aku kata aku dengan kawan-kawan aku tak pi makan mahai masa dekat KL. ada, tapi satu sem dalam 2-3 kali je. Tu pun nak celebrate yang dapat dean list ke, takpun project studio dah approve untuk submit. Kalau bulan puasa ? apa lagi setiap hari kitaorang pi masjid-masjid area KL lah. Malu ? hang nak malu buat apa. orang nak bagi makan free. Kita makan jela. Sebulan kitaorang buka puasa dekat masjid tau.

K tu je kot. Nak saving ni boleh sangat. At the end, terletak dekat diri hang juga. Aku cuba bagi cadangan je. Memang banyak kena bekorban. Sakit memang sakit, tapi disebalik sakit tu mesti ada manisnya. Alhamdulillah aku dan kawan-kawan aku yang lain satu studio dengan aku semua dapat survive hidup dekat KL dan dapat berkonvo sama-sama sambil pakai blazer yang kitaorang sama-sama beli dekat bundle area Chowkit dengan Jalan Hj Taib tu :)

– budak studio

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *