Tips Untuk Job Seeker sila baca!

Salam. Aku nak bagi tips sikit kepada job seeker. Aku seorang HR exec di sebuah syarikat swasta di ibu kota dan bertanggungjawab sepenuhnya utk mencari staff tak kira apa jawatan. Memandangkan company aku bukan la company besar sangat jadi aku selalu cari staff hanya melalui portal2 free dan bukan berbayar seperti Jobstreet, Mudah atau mana2 website bbayar. So kalau dah post jawatan aku akan tinggalkan no fon je untuk aku terangkan skop kerja atau apa2 info berkaitan kerja. SEBAB tak semua info aku boleh post di iklan. Sebagai contoh gaji dan kelayakan. Jadi aku akan mintak job seeker ni untuk whatsapp aku dan aku akan bagi syarat2. Jika setuju baru aku bagi emel untuk hantar resume. Aku takkan post emel aku awal2 sebab beribu aku kena tapis resume nanti. Tak larat weh memandangkan aku pernah ada pengalaman.

Tapi aku dapat tengok Job Seeker sekarang ni tak ada adab (bukan biadap tapi u know kalau kita nak cari kerja n berhubung dengan bakal majikan jadi la lebih professional sikit). Ini tips dari saya dan saya bagi contoh situasi skali.

1. Sila perkenalkan diri

Bila kita contact BAKAL majikan walaupun hanya dalam whatsapp/mesej, tolong lah perkenalkan diri dulu. Perkara wajib masa perkenalkan diri Nama, Umur, Lokasi, jawatan apa yang mintak. Ini sebabnya.

Nama (kalau dah kawin tulis puan, kalau belum tulis cik bagi perempuan. Kalau lelaki takde masalah kalau tak tulis. SEBAB sy sebagai wakil majikan lebih selesa utk panggil cik/puan/encik sepanjang mesej/whatsapp). Lebih proffesional. Lagipun kalau profile picture whatsapp awak2 tu paparkan jantina tahula sy nak adress sebagai puan/encik. Ni tak, DP gambar kartun la, ayat2 la, batman la. Takkan la sy nak tulis awak, saya, aku, kau dgn bakal staff kan? Awak2 pun as bakal employee tak rasa ke tak proper guna ayat tu. Ingat ni apa? Mintak kerja kat pasar malam ke? Tak kisah la mintak kerja kat mana pun, adab mana adab? Boleh fikir x wahai pencari kerja yang budiman?

Umur. Biasanya majikan ada target umur berapa dia nak. Contohnya kalau sy nak cari setiausaha, target umur anggaran dalam 18-30 (contoh). Sy tak kata taknak staff yg terlalu tua untuk jawatan tersebut tapi kalau tak inform awal2, saya panggil interview, jadi bukan ke buang masa awak dan buang masa saya? Nak2 kalau awak2 semua tu datang dari jauh. Ini cara sy buat tapisan awal. Yang akan contact bakal majikan2 ni bukan sorang dua tapi beratus.

Lokasi. Ini penting. Katakan saya nak cari kerani. Gaji 1200. Tapi awak semua datang dari kawasan jauh2. Berbaloi tak? Mesti tak kan? Dapat kerja jauh tapi gaji sikit. Mana nak bayar tol, nak bayar minyak, nak sewa bilik. At the end datang kerja seminggu dua berhenti tanpa notis. Selidik2 rupanya gaji xcukup nak survive dan nak cari kerja lain. Masa interview bukan main lautan api sanggup redah kena maki jadi makanan je. Kononnya. Bila da dapat kerja semua yang 'saya tak kisah dan saya sanggup' dulu jadi kisah dan tak sanggup. Stress tau tak nak cari staff baru! Nak kena ajar balik dari A to Z. Saya sebagai wakil majikan dan wakil staff tak akan berlaku kejam pada staff. Kalau company bagi gaji rendah saya takkan cari staff yang duduk jauh. Kalau boleh nak rumah bakal staff tu dekat sebelah ofis je. Tak payah bayar tol xpayah bayar minyak. Senang kan?

Jawatan yang mintak. Sila mention jawatan apa yang awak nak mintak. Dalam sesebuah syarikat bukan ada 1 je jawatan. Awak pun tahukan. Banyak. Kerani, despatch, manager, branch manager, area manager, accountant, project manager. Macam2. Kalau dalam satu masa saya post 3 jawatan tapi awak tak mention jawatan apa yang awak mintak macam mana saya nak tahu jawatan awak tu available lagi atau x? Kalau sorang je tak bagitahu boleh lah saya tanya. Tapi kalau ada 100 orang yang apply, kau fikir aku ada masa nak call sorang2 tanya kau nak kerja jawatan apa? (Sori teremosi plak..haha)

2. Tolong bersabar.
Bukan awak sorang je yang mesej/ whatsapp bakal majikan. Kalau awak dah perkenalkan diri dan bagitau tujuan apa insyaallah bakal2 majikan ni akan reply tapi ambik masa sikit sebab bukan whatsapp awak je saya perlu reply. Ni tak, di marahnya kita balik sebab tak reply. Ehh, awak ni mintak kerja ke mintak maki?

3.Buang penyakit PM. Kalau ada bakal majikan post di facebook, siap bagi no telefon suruh contact, call/whatsapp je la. Yang kau mintak dia PM kau ape hal? Kau ingat bakal majikan kau ni tengah jual barang ke? Suruh whatsapp pun malas.

Tau tak wahai job seeker sekalian, bakal majikan awak ni tak pernah kenal awak, jadi apa2 yang awak lakukan pada pertama kali memang sangat penting dan dari situ awak di nilaikan. Orang kata first impression. Tunjukkan betapa sopannya awak semasa nak minta kerja walaupun hakikatnya tak sopan mana pun.

– Wakil majikan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit