Salam gais. Aku mintak maaf dulu sebelum mesej yang aku nak sampaikan ni boleh menyakitkan hati korang.
First thing aku nak bagitau, aku still belajar on my final year. Jadi mungkin korang akan kata aku tak rasa lagi masalah ni.
Okey masuk isi mesej.
Aku sebenarnya rasa kesian kalau dengar orang yang terpaksa turun naik banggunan cari kerja, sebab masa aku sekolah lagi, aku punya niat, ambil kos yang aku belajar ni sebab aku tak nak jadi macam tu. Aku punya harapan, aku tamat je boleh terus kerja dengan kerajaan, tak perlu pening2.
But guess what? Aku tak pernah fikir pasal macam mana suasana kerja aku masa tu. Bila aku fikir balik, aku takda kelebihan untuk buat banyak pilihan.
Lepas tamat belajar aku boleh pilih tempat aku kerja, tapi belum tentu aku dapat tempat yang aku nak. Mungkin bakal tercampak jauh dari family. Kalau aku tengok nasib senior2 aku sekarang ni, mereka semua masih tak dapat panggilan untuk kerja lagi. Dah la bounded dengan kerajaan.
Kalau aku tengok senior yang atas lagi, dah dapat kerja, tapi kerja kena maki dengan orang atas. Memang seronok sangat la. Nak quit? Kau nak kerja apa? Selagi tak habis latihan, kau layak menganggur je. Tak pun tukar jenis pekerjaan. Yang tu lagi haru, kecewa mak ayah kalau tahu.
Situasi yang aku nak bagitau, korang kena faca it. Segala cabaran. Betul mungkin akan ada rezeki akan datang yang kita tak tahu, tapi setakat mana usaha kita? Kalau temuduga tanya kenapa kau quit? Sebab saya tak tahan orang jeles dan marah2. Main bertambah la pekerjaan. Orang meniaga pun ada yang kena maki dengan customer.
Sorry to judge, tapi sebelum kita buat keputusan untuk quit, dah mintak pertolongan Allah? Dah buat istikharah?
Dear job hoppers, kalau semangat kita tak kuat, sentiasa minta bantua Allah. Kadang2 Allah dah tunjuk jalan dan buka peluang kat kita, cuma jalan tu agak berliku, tapi kita yang lari dari landasan, kita tak nampak apa yang Allah tunjuk, kita cuma nampak yang depan mata je.
Be strong gais, and try to face it untill you reach your limit. Jangan sekat limit kita. Sedangkan masa belajar macam2 dugaan kita dah hadapi, setakat orang jeles marah2 tu, esok2 boleh sejuk. One small mistake isn't a sign for you to quit. But it's a sign for you to improvise.
My sincere appologise if i hurt anybody.
– nina
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Bukan nak menidakkan kate adik yang confess ni… Habiskan belajar dulu dan masuk dunia pekerjaan dulu, Sebab rezeki semua orang tak same.. kadang2 kita tak turning back but take another junction for survive..
Orang yang jadi job hopper ni banyak sebab.. Syarikat tu mungkin bagi benefit yang sgt2 kurang… jgn tekejut ye ade company bagi medical rm18 je..
antara sebab lain setengah tempat sgt susah survive sebab persaingan tak sihat.. bukan takat kipas bos, jilat bos and tahap aircond bos pun ade.. aka tikam belakang orang..
Sebab lain.. tahap kerja dah mengalahkan foreign worker sebab muka kene aim wanted dgn bos sebab tak tau kat mane dia tak puas hati dgn kita.. aka penderaan emosi.. bnyak ye..
Sebab lainnye… managment yang macam haram… Nak keluar sembahyang pun susah…
Yang lain smbungla sendiri…
haha..com
jgn terlampau yakin ngn bidang anda..btw i have part time job .. pleasa pm me if intrested
Pm
NiEna Hailani part time apa itu.?
Baru first job dekk – maybe u love it – lom ada mahluk lain kacau piuk nasi u – job hoppers ni mencari peluangnlebih baik – gaji lebih baik – environment yg baik – keje dulu 5/6 tahun pastu konfess balik yerr
Rs cm knl je sp y confess ni.hee.
Smlm i ad g interview guru kafa jais, itupn calon y g interview nk dkt 200 org. Y dia nk 50 je. Klykn spm je, tp y g student master belaka.hee.
Dorg kata spa 8 bekukn pgmbilan this year.xtaula.
Ms tu i pn fikir, xpela tggu interview spp je. Rs xhrp da..tp rzki allah utk kita xtau lg kn. If allah da tulis itu rzki bt kita, rezeki kita la.y pntg berusaha n xbhnti bdoa n yakin dgn allah taala.Btw, i pn final sem n tgh practicum skrg.
Dik.. Satu benda akk nk bagitahu.. Setiap orang itu berbeza dan mempunyai limitasi yang berbeza. Siapa nak keje asik berhenti. Keje sekejap dan lompat. Siapa yang nak resume dia setaun, 6 bulan pastu stop. Adik belum jumpa yang supervisor yang keluar ayat kesat dan *tuut* walaupun tak marah kita, tp kita kena dgr org lain dimalukan. Hidup dlm environment tu, adik rasa jiwa adik mcm mana?
Belum lagi jumpa yang suruh kita tipu sbb nak claim lebih. Tuka sini dan sana. Kita pikir berkat ke tak je dik duit gaji tu. Macam2.. Kemungkinan besar, setiap org yang pernah alami tu dia punya limitation sampai kat situ. Tp kalau saja2 setakat jeles2 dan marah2 pastu tuka tempat keje akk tak pernah nampak lagi. Semua ada cerita sendiri. Cerita masing2.. Ada yg ada anak 2,3 org, pn ada tuka2 keje.. Sbb kondisi yg memaksa. Tak pasti adik tgk job hoppers yg mana satu..
Kebanyakan org, kalau boleh mmg malas nak tuka kerja.. Environment baru, kena interview balik. Kena bonding balik. Bos baru lagi. Taktau dia mcm mana. Solat mcm mana.. Diorg ok ke tak, kalau time meeting lari pegi solat.. Tanya je org dik, siapa yg nak lalui benda tu berkali2..
Tapi. Memang betul adik ckp.. Kita mmg kena istikharah before kita resign dan terima job lain.
Akk cuma nak adik tahu, pengalaman mengajar erti kehidupan.. Bila adik dh berada di dunia ni, adik akan faham :) selamat datang dik, ke dunia realiti.