To All The Lost Souls

Assalamualaikum. Hai semua. Kebelakangan ni banyak betul benda yang merunsingkan fikiran. Padahal the controller of everything is Allah kan.

Tapi, itu lah, complicated nya seorang manusia bila mana dia masih juga nak fikir semua benda tu even out of her/his control.

Now, I’m taking a pause for a while from my works. Pernah tak korang tengah-tengah buat kerja tu tetiba anxiety attack datang?

Next week saya ada presentation in which presentation ni saya tak patut hadir dah pun, tapi disebabkan progress kerja agak lambat, jadi nama saya tersenarai juga (by the time this confession got published maybe dah lepas dah kot).

Terfikirkan nanti kena attack dengan examiner lah, supervisor yang almost give up dengan saya, dan macam-macam lagi buat hati ni asyik susah je.

Lupa nak kenalkan diri. Saya seorang pelajar Master dan bekerja juga. Both work and study ni unrelated. Saya kerja cuma nak cari duit dan hilangkan stress. Seorang perempuan yang masih single.

Sekarang kan musim convocation. Sepatutnya ikut perancangan saya kena graduate tahun ni. Tapi, itu lah, bukan kita sahaja yang merancang, Allah juga merancang.

I am battling a lot inside. Saya jadi lost di pertengahan jalan. Ini salah satu cabaran sebagai postgraduate student. This is a lonely journey for some of us. Itu pentingnya hidup dalam community supaya boleh motivates each other.

Put aside pasal study. Tadi baru dapat jemputan kahwin dari kawan baik. Feeling bila kawan baik nak kahwin ni betul-betul buat saya tersentuh. Seharian ni asyik terfikir pasal dia je.

Walaupun dah tak rapat sebab kami bawa haluan masing-masing sejak habis sekolah. Tapi kehilangan tu tetap ada. She is one of my precious bestfriend.

Untuk orang macam saya yang tak ada ramai kawan, circle sangat kecik, so bila ada kawan yang kahwin memang akan rasa lonely sangat-sangat.

I am 27 years old by the way. Belum ada rasa nak tamatkan zaman bujang sebab I am struggling to finish my thesis right now.

Tapi bila tengok kehidupan orang lain yang jauh ke hadapan berbanding saya (i know, I shouldn’t compare my life with others, but please let me embrace this feeling first, saya taknak rasa terlalu selesa), kadang buat saya rasa tercabar.

Dan asyik tertanya bila kehidupan saya nak masuk fasa-fasa macam tu? Ada stable job and ada partner ni everyone’s wishlist kot termasuklah saya. Most of us ada desire macam ni.

Sampai satu tahap, saya tak tahu pun apa path yang saya nak pilih. Kehidupan yang macam mana? Saya tak tahu. Nak kerja apa pun saya tak tahu. Kalau masa umur 25 tahun boleh lah nak follow the flow.

As time goes by, umur pun tak semakin muda, dekat job qualification pun ada yang set limit age 18 – 27 y/o lah 18 – 29 y/o lah, of course akan sentiasa hidup dalam kerisauan selagi tak settle down betul-betul.

Pasal relationship ni, only recently saya decide untuk buka hati dan mencuba. So, masih tak nampak bayang.

Then, I read a love letter from Aida Azlin:

“To not just throw ourselves into a long list of to-dos, when we have not even given our hearts the space and the time to breathe and to catch up.

Because contrary to what society is telling us: we are not running out of time, we are not “too late” nor “too slow”. We are exactly where we are because this is where Allah SWT wants us to be at this very moment.”

Bila baca part “We are exactly where we are because this is where Allah SWT wants us to be at this very moment.”, buat saya terkesan dan hati tenang sekejap. Betullah, kehidupan kita ni dah tertulis dah pun. Allah dah susun semuanya dengan baik. Jangan risau sangat.

Ada stable job, partner, house, car, or whatever it is tu semua bukan happy ending pun. Itu cuma satu achievement dan commitment yang akan ada consequences lain lepas tu.

Kalau ada stable job, mesti akan stress pasal workload ke apa, kalau ada rumah or kereta kena fikir nak bayar loan bulanan. Kalau ada partner, lagi macam-macam hal yang kita tak boleh jangka. Semua ada cabarannya.

Tapi itu tak bermakna kita tak boleh persoalkan bila nak dapat semua tu. Kita tetap kena usaha. After all, kesusahan yang kita rasa sekarang ni semua sama je.

Tujuan dia semua satu je, Allah nak kita ingat Dia, bergantung cuma pada Dia. Apa yang kita doa hari-hari tu Allah dengar.

Satu masa nanti, kita pasti akan terfikir balik apa yang kita ada sekarang, apa yang kita tengah lalui sekarang, ni semua doa-doa kita yang dulu. Maksudnya apa?

Maksudnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat setiap keluh kesah kita tu. Allah is the Master of knowing everything.

Kata Maher Zain, “Don’t despair and never lose hope. Cause Allah is always by your side. InshaaAllah you’ll find your way…”.

Doakan saya dapat habiskan thesis tahun ni yang berbaki tak sampai sebulan ni, dipertemukan jodoh yang baik pada waktu yang terbaik dan dipermudahkan setiap urusan dalam kehidupan ini. Semoga doa yang baik-baik berbalik kepada semua.

Let focus dengan apa yang ada depan mata. Teruskan buat yang terbaik. Allah akan guide satu persatu inshaaAllah, have faith!

– QWERT (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *