Harga Sebuah Talak

Assalamualaikum.. Aku terpanggil plak nak share masalah rumah tangga aku ni. Cerita yang aku nak share ni agak panjang juga, tapi insyaAllah aku pendekkan ye.

Aku telah berkahwin selama 12 tahun dan mempunyai dua cahaya mata. Aku posting ke utara tanah air mengikut suami pulang ke kampung halamannya setelah dia diberhentikan kerja dalam unifom kerana bahan terlarang. Aku masih lagi memberi peluang padanya.

Aku pula sorang kakitangan kerajaan. Demi membantu suami yang ingin memulakan hidup baru, aku membantunya memilik sebuah kenderaan pelbagai guna.

Dia sanggup membayar downpayment kenderaan tersebut berjumlah 15K, hasil duit saguhati sepanjang suami aku berkhidmat.Dan kenderaan tersebut diletakkan atas nama aku memangkan aku sahaja yang layak dan sesuai.

Suami aku hanya bayar downpayment sahaja, manakala ansuran bulanan dan kos-kos lain ditanggung oleh aku sendiri. Kenderaan tersebut aku telah membayar selama 7 tahun.

Buat pengetahuan pembaca, aku telah memiliki kenderaan sendiri sebelum berkahwin sebenarnya. Kami ada 2 kenderaan la atas nama aku. Ku sangakan panas smpai ke petang, rupanya ntah la sambung sendiri la ye.

Kenderaan pelbagai guna yang dibeli hangat-hangat tahi ayam ja. Buat bisnes lingkup, tak balik modal. Cuba plak bisnes lain, aku pun dengan niat nak bantu suami, aku pun buat loan bank la. Nasib tak baik, modal pun kelaut China Selatan. Sis sabar lagi.

Dia mintak nak try lagi skali buat bisnes, bidang yang sama, tapi cabang yang berbeza. Aku buat hutang lagi ye. Juga tak balik modal. Tinggal la aku menanggung hutang sorang-sorang.

Suami plak mencuba macam-macam perkerjaan, tapi tak kekal lama memandangkan dia tak bersungguh-sungguh nak kerja untuk membantu aku, malah memilih-milih pekerjaan.

Pilih punyer pilih, dalam 7 tahun juga tak kerja. Aku still lagi menanggung dia. Nafkah tertunggak tak yah cerita la, tak cukup tangan nak claim. Aku ibaratkan suami aku ni mcm biawak hidup la senang. Dah aku yang menanggung semua kan.

Suami nak bantu uruskan anak pun payah apatah lagi urusan hal-hal rumah tangga lain. Anak-anak membesar dengan aku sepenuhnya. Suami ada, tapi macam tiada. Semua aku urus sendiri.

Last sekali, dah tak sanggup nak tengok suami sendiri takde kerja, aku bantu dia lagi tanggung dia pergi kursus dalam bidang swasta plak.

Habis kursus, Dia pun diterima bekerja setelah bertahun-tahun tak kerja dgn jayanya. Aku dah tak sanggup nak hadap dan telan.

Bayangkan, dia dah kerja, gaji ok je aku tengok, mampu,tapi kedekut memberi nafkah. dia dah kerja, aku still lagi kena bagi duit sebab katanya gaji tak mencukupi.

Dia dah kerja tapi still tak dapat nak bayar bil-bila dan keperluan-keperluan lain. Disebabkan tempat kerja jauh, makan modal yang besar, aku kesian kan dia lagi, aku dengan rela hati sekali lagi membeli motosikal baru. Sebelum tu dia pakai motor cabut aku ja.

Nak dijadikan cerita, aku mintak berpisah. Sebab utamanya nak berpisah, dia menuduh aku curang dengan lelaki lain, sedangkan tiada bukti aku curang pun.

Aku cabar dia untuk buktikan, sampai kesudah tiada bukti. Sebab kedua aku nak bepisah, suami aku ni tak nak berubah sikap, panas baran, cemburu memvavi buta. Pernah menampar aku 2 kali. Dua-dua aku buat report polis.

Sebab ketiga, dia penampar anak sulung aku. Yang ni aku akan ingat sampai bila-bila. Anak masih sekolah rendah kot. Sebab keempat, dia didapati curang. Aku simpan semua mesej-mesej kecurangan dia tu.

Nak dipendekkan cerita, suami aku tak nak lepaskan aku cara baik. Aku terpaksa mintak fasak. Ingatkan macam senang, dia pula buat tuntutan untuk lepaskan aku dengan tebus talak dengan jumlah yang tak masuk akal.

Habis dia tuntut sepanjang perbelanjaan yang pernah dia keluarkan dalam tempoh perkahwinan kami termasuk la downpayment kenderaan pelbagai guna yang dia bayar walaupun kenderaan tu kegunanan bersama.

Logik ke, aku yang menangung dia selama ini, aku plak nak kena ikutkan apa yang dia minta semata-mata nakkan lafaz talak dari suami aku.

Bukti aku dipukul, tidak memberi nafkah dan bukti kecurangan suami tu rupanya tak mencukupi untuk dia lepaskan aku.

Last sekali, aku tidak akan bayar satu sen pun, lawan tetap lawan. Aku akan tuntut habis habisan, biar pun ambik masa bertahun-tahun.

Pengajaran disini, harta mu nama mu lah, harta aku nama akulah bayar sendiri-sendiri. Yang baik datang dari Allah SWT, yang buruk datang dari kelemahan aku sendiri.

– Sis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *