to dental students/graduands/graduates

salam.

entry ni khas di tujukan buat kawan2, adik2 dalam bidang dentistry.

baru2 ni kecoh negara kita pasal tempoh menunggu yg lama sebelum penempatan. kawan sy sendiri kena tunggu lebih 1 tahun baru dapat posting. menggigil tangan nak drill gigi orang >.< yea, i know. been there, done that.

jadi kat sini sy nak cadangkan beberapa perkara yg boleh di buat berkaitan dentistry;

1) DSA (dental surgery assistant)/ admin staff

check online, di fb ke, mana2 klinik yang memerlukan DSA atau administrative staff. boleh juga risik2 melalui lecturers yang ada kawan di private clinic.

sambil menyelam minum air. dapat duit bekerja, dapat juga ilmu macamana nak handle private practise. manatau boleh buka klinik sendiri nanti..

zaman student tak sama dengan bekerja. kerja kat kkm pun tak sama dengan kerja di universiti atau private clinic atau mindef. learn whilst you can.

ada yang berani buat locum. ops! tapi kena bear with the consequences la ya.

2) join seminar/workshop

cari seminar yang murah2 atau free. yang murah biasanya ada collaboration dengan university. atau dari dental materials companies. free pun ada siap goodies & makan2. kita kan suka barang2 free ni :p jadi rajinkanlah mencari ya. paling best kalau ada hands on workshop.

3) community service/CSR

buat team untuk community service sesama rakan universiti. ajak NGO/private practise/university/pihak berkuasa tempatan collaborate sama.

contoh;

a) free dental checkup semasa sports day university

b) free dental checkup masa jumbo sale/preloved items sale

c) free dental checkup di rumah2 pelindungan/orang tua

d) free dental checkup untuk gelandangan/anak2 homeless

4) bina network

dunia dentistry ni kecik je. sembang sikit je mesti ada yang berkait. ambil peluang sebelum kerja ni untuk kenal2 dengan dunia luar dentistry. kenal dentist yang dah kerja lama, doktor2 pakar ke.

cedok ilmu tentang tips,tricks & techniques masa kerja, how to cater patients yang ramai gila pada masa yang sama bagi optimum treatment. camana nak sambung study, bak amik exam apa etc2.

cukuplah takat ni dulu. tahniah bagi yang dah grad. all the best bagi yang tengah berjuang. best kejee cepat2 la join kami XD

– lady dentist

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit