Toksik Sebuah Perhubungan

Selamat sejahtera pembaca, kenalkan diri aku sebagai A, aku berumur 30 an dan mempunyai seorang anak yang comel.

Aku dan suami berkahwin dalam musim PKP. Kejap boleh buat kenduri kejap tak boleh. Jadinya aku start invite orang seminggu sebelum kenduri. Alihnya di fitnah pula kena tangkap basah.

Nak tangkap basah celah mana acik bawang, aku di negeri lain, suami di negeri lain. Nak dating time tu bukan macam waktu sebelumnya (sebelum PKP).

Jadinya perkahwinan pun berlangsung secara biasa-biasa dengan panggilan dalam 70-80 jemputan.

Dalam tempoh tu aku dah cakap dengan suami (time tu bakal) supaya jangan jemput lagi bukan apa, sebab jumlah jemputan dan bayaran dah dibuat.

Tambahan pula kalau dijemput untuk manis-manis mulut aku risau sekiranya jemputan datang dan makanan tak cukup.

Sudahlah kenduri dibuat di negeri aku dan rakan nya dari negerinya. Naya pak karim orang datang jauh-jauh tapi tak dapat menjamu mereka.

Tapi begitulah, suami aku tetap bermanis mulut nak jemput tapi tak buat bayaran tambahan pun.

Maka majlis yang ku sangka bakal membawa ku ke syurga rupanya angan yang tak sampai ke angkasa, jauh terpalit ke lembah seksa.

Suami aku ni ada kereta sambung bayar, tapi sebab keadaan waktu tu dia tak mampu untuk bayar dan kereta ditarik. Makanya tinggal kereta aku sahaja.

Suatu hari dia bawa rakan dia datang ke rumah, jadi aku yang balik kerja dengan anak kecil lagi dalam 3 bulan lebih, tetap aku masakkan nasi beriani ayam untuk tetamu.

Suami aku bawa rakan dia ke rumah dengan menaiki motosikal, tapi ketika dia nak hantar balik dia nak pinjam kereta aku.

Tak kisah pun nak pinjam, tapi masalahnya dia tak isi balik minyak dan tinggal 2 bar minyak lagi untuk aku ke tempat kerja esok.

Sudahlah aku kerja 7 pagi, mau tak rushing dengan nak hantar anak lagi, isi minyak lagi.. Suami tak bagi pun duit untuk minyak.

Ok fine. Sebelum kahwin aku ada beli rumah, di negeri suami tapi atas sebab faktor ekonomi aku ubah fikiran untuk tidak pindah ke sana.

Sebab aku ada kereta, ada hutang PTPTN lagi aku tak yakin suami mampu pegang tanggungjawab. Peluang pekerjaan di sana agak rendah untuk memiliki gaji tinggi.

Aku beli rumah bukan sebab nak mudahkan dia, aku beli supaya anak-anak aku ada tempat berteduh.

Tapi suami aku canang pada rakan-rakan dia tentang rumah aku beli. Seolah beli bersama.  Siap selfie depan rumah hantar pada keluarga dia. Tapi bulan-bulan aku bayar.

Dia ada minta untuk continue sambung tapi aku iya kan sahaja.

Motorsikal pakcik aku yang dia janji nak bayar bulan-bulan pun tertunggak. Malu aku pada pakcik.

Tak cukup dengan tu motosikal tu rosak dan tak dijaga. Keperluan anak tak payah cakap, sehelai baju tak beli untuk persediaan anak sebelum lahir.

Bil hospital mak aku bayarkan. Bila aku cakap mak tolong bayarkan.. Dia jawab “ookk good good”

Aku dah pesan pada mak aku, jangan sesekali beli atau bagi apa-apa. Biar je aku duduk atas lantai sebab aku nak tengok sejauh mana suami aku tu nak usaha. Tapi hampa.

Nak sewa rumah deposit aku yang bayarkan lebih 70%. Tak cukup ketika aku dalam pantang suami aku boleh berhenti kerja sebab tak puas hati gaji dia dikurangkan.

Tinggal aku sara keluarga dengan makan basic dan kehadiran anak yang baru lahir. Bila dia tak kerja, dia lah jaga anak ketika aku pergi kerja.

Tapi bila malam dia mengeluh…

“U ingat i tak penat ke?” aku ber hu hu sahaja…

Aku dah kerja 12 jam, even kalau malam suami aku tolong jagakan anak pun, aku tetap kena bangun untuk susukan anak. Tapi tak mengeluh pun. Jadinya aku pergi kerja dan malam aku jaga seorang. Malas buang masa aku je.

Dekat 3 bulan aku tengok tak nampak usaha dia nak cari kerja. Aku start push dia. Nasib la dapat. Dah dapat kerja, disiplin ke laut. Sesuka hati dia nak masuk pukul berapa.

Bos dia sejenis yang bukan micromanage tapi tu bukan la tiket dia patut ambil kesempatan. Macam mana aku tahu bos dia bukan micromanage?

Sebab aku pernah interview dengan company dia, itupun dia paksa aku. Padahal bidang jauh beza.

Tapi aku sabar dan turutkan. Itu pun kalau tak taat lagi tak tahulah.

Bila aku tak dapat job tersebut suami aku salahkan aku, katanya aku tak interview bersungguh-sungguh. Aku diam.

Dulu suami ada girlfriend, diorang berkenalan sebelum dia kenal aku. Tapi perempuan tu curang dan berjimba dengan lelaki lain.

Kalau tengok cara dia punya jaga girlfriend dia, mungkin isteri dia pun dia boleh layan sebegitu. Tapi sangkaan meleset. Yang halal ni kadang kurang “Spark”.

Girlfriend dia pernah eksiden, (sebelum berkahwin) suami aku dari utara ni sanggup ke kuala lumpur untuk menziarahi sekali pakej hadiah.

Aku ni yang bersalin dengan sakit belakang, urat belikat, czer lagi dengan duit gaji aku bawalah diri cari orang mengurut. Bila cakap sakit badan dia cuma iyakan je.

Anak aku pula masa baby kerap selsema, aku yang bawa anak pergi klinik sedut kahak. Bila balik aku beritahu kos perubatan anak, dia cuma iya kan juga.

Sedih.. Jangan kata aku kedekut, aku tak kisah untuk anak aku cuma ralat hak perubatan dia dari seorang ayah diabaikan.

Cukup lah pakaian dia, kelengkapan dia suami aku abaikan. Lama-lama hubungan yang tak ada spark dan toksik tu makin melarat.

Kalau gaduh mulut tangan dia naik sebegitu sahaja. Dari aku mengandung lagi senang ja dia bantai pipi aku walau aku cuba halang dengan tangan.

Mulut tu tak payah kata la, segala kata cacian tak pernah gagal keluar dari mulut sebagaimana gagalnya dia jalankan tanggungjawab.

Sampai suatu hari suami kata nak cari lain. Madu untuk aku. Aku boleh agak dia dan ex dia tu masih contact. Tapi aku buat tak tahu.

Mula-mula aku marah gak, naik angin, terasa semua bila dia kata nak cari yang lain.

Tapi bila dah kerap aku kata pada dia, “betul nak kahwin lain? Kalau macam tu bagi no telefon dia.” 

Suami aku bertanya “kenapa?” 

Aku menjawab “Sebab I nak call dia, nak suruh pick up u di rumah dan bawak la u pergi mana-mana. Tak payah hantar pulang pun tak pa” dalam nada relax.

Suami aku terdiam. Bila aku minta cerai suami aku kata, “pergilah, u nak minta cerai sangat” .

Then aku makbulkan la. Setahun juga fight minta keluar dari toxic dan abusive marriage ni.

Tapi alhamdulillah..

Air mata banyak kali jatuh, rasa mengalah.

Adik beradik aku ada berkata aku kuat, aku independent, aku tahu nak ambil langkah. 

Sumpah. Aku pun lost. Tapi aku tak boleh biar anak aku membesar dalam keluarga toksik macam tu.

Dah cukup dah peluang, diamnya aku, taatnya aku menahan sikap dia. Penat tiap kali gaduh kena tampar, kena kunci dalam rumah, tak bagi pergi OT kerja, dikatakan ada sakit mental.

Dikatakan perempuan terburuk, ibu terburuk, isteri terburuk. Nah sekarang ku tinggalkan kamu untuk orang kamu rasa ok.

Tak cukup fitnah aku pada tuan rumah yang aku nak cerai sebab ada lelaki lain. Aiyo, dia seorang pun dah cukup bala untuk aku. Tak kuat nak tambah masalah.

Fitnahnya lagi aku lepas bersalin tak pernah balik rumah. Habis takkan kak ponti pula tolong masak kat dia hari-hari.

Ada 1 video, motivator tu kata “Jika kamu dipermainkan, tidak dihormati sekali, itu masalah orang yang melayani mu, tapi bila orang tersebut mampu berbuat yang sama, melayan mu dengan buruk berulang kali, itu adalah dari diri kamu”

Pesan 1, yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.

Sejujurnya setiap kali teringat dada berdebar emosi terganggu. Dengar biasa sahaja tapi hakikatnya emosi dan mental aku dah lama breakdown.

Doakan aku kuat untuk melawan trauma!

Sekian.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *