Depression is Real

Hai. Nama aku Effi (bukan nama sebenar). Aku berumur 20-an. Alhamdulillah dah hampir setahun aku kerja sebagai kerani di sebuah bengkel.

Sebelum aku memulakan cerita aku, aku nak minta maaf dekat korang sebab kemungkinan cerita aku ini sedikit panjang dan tidak menarik perhatian korang untuk membaca. Tapi, aku cuma ingin kongsi pengalaman aku ketika aku berusia di awal 20-an.

Aku tak tahu ingin mula dari mana ceritaku ini. Terlalu sukar untuk aku gambarkan peristiwa itu melalui penulisanku.

Peristiwa di mana berlaku ketika aku masih menuntut di sebuah universiti awam di negeri sembilan. Aku di semester akhir ketika itu.

Aku sangkakan peristiwa ketika aku masih di sem 4 itu yang paling mencabar. Tapi, sangkaan aku silap.

Semester akhir ini lagi mencabar untuk aku hadapi. Aku mengalami depression yang sangat teruk.

Puncanya sedikit sahaja. Tapi, kesannya sangat besar.

Permulaan depression aku, aku tak boleh tidur malam. Setiap kali aku tidur aku akan terjaga tengah malam.

Bila aku terjaga tu aku akan fikir sesuatu yang aku pun tak tahu apa yang aku fikirkan. Sumpah.

Kepala aku rasa berat sangat waktu tu. Sampai satu tahap aku rasa macam nak hantuk je kepala dekat dinding. Sebab itu yang dapat menghilangkan rasa gelisah di hati aku.

Aku tak tahu nak gambarkan bagaimana. Mungkin orang yang pernah berada di tempat aku je yang faham perasaan aku. Yang faham apa yang aku rasa.

Waktu tu aku memang jadi sangat sensitif. Aku boleh menangis sebab benda yang remeh temeh atau aku boleh menangis tanpa sebab.

Yeahh. Aku tak nafikan tak masuk akal kan menangis tanpa sebab?? Tapi, itu yang terjadi dekat aku.

Waktu aku terjaga tengah malam tu aku cuba untuk tidur semula. Tapi aku tak mampu.

Otak aku ni berfikir dan terus berfikir. Aku penat sangat.

Sumpah aku penat. Bukan fizikal je aku penat tapi emosi aku juga penat.

Kelas, test memang aku tak pergi masa tu. Memang mental aku totally down masa tu.

Assignment aku selesaikanlah sebab assignment aku berkumpulan. Aku tak naklah disebabkan aku kawan aku yang lain jadi susah.

Waktu tu aku memang tak suka duduk dalam keadaan cerah. Aku suka duduk dalam keadaan yang gelap.

Seolah-olah aku sedang berkabung dan aku berada dalam dunia aku sendiri. Benda ni berlarutan sehingga satu hari ni.

Kawan aku ajak aku keluar. Aku pun on je tapi, aku minta dia singgah kedai makan dulu. Sebab aku belum makan lagi.

Selepas kami makan tu kami lepak satu tempat. Sambil-sambil lepak tu kawan aku tanya apa masalah aku. Aku terus terdiam. Sebab mereka perasan aku kerap tak datang kelas. Test pun aku tak datang.

Waktu tu aku rasa terharu. Terharu sangat.Tak sangka kawan aku ambik berat pasal aku. Tak sangka kawan aku boleh perasan kehilangan aku.

Aku cerita semuanya pada mereka apa yang aku rasa. Apa yang aku hadapi.

Kehadiran mereka ketika itu diibaratkan payung yang melindungi aku dari terus basah kehujanan. Aku bersyukur sangat ada kawan seperti mereka.

Mereka dengar satu per satu apa yang aku luahkan pada mereka. Mereka mula menyemangati aku kembali.

Aku kembali ceria. Kelas pun aku pergi semula seperti biasa.

Aku mula sibukkan diri aku dengan aktiviti yang berfaedah. Aku happy kan diri aku.

Aku tak nak layan perasaan aku sendiri. Tak nak fikir yang bukan-bukan.

Kalau aku layan nanti aku murung balik.

Yeahh. Aku sangkakan panas berpanjangan. Tapi, hujan di tengah hari. Aku jatuh kembali. Aku murung sekali lagi. Malah kali ini aku rasa semakin teruk.

Aku diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga ketika itu. Macam-macam masalah timpa aku. Sumpah aku tak tahu nak handle keadaan aku masa tu macam mana.

Mental aku 10x ganda down dari sebelum ni. Dan aku tak nafikan aku ada intention untuk toreh tangan aku.

Aku rasa seperti kesakitan yang aku tanggung masa tu akan pergi bersama torehan aku di tangan. Tapi, Allah tu masih sayangkan aku.

Aku masih dapat menahan diri untuk berbuat demikian. Aku diberikan ubat.

Selera makan aku memang tak ada. Tapi, sejak aku makan ubat aku dah boleh tidur seperti biasa.

Aku dah tak terjaga tengah malam. Selagi jam loceng aku tak bunyi aku tak akan sedar dari tidurku.

Setelah beberapa minggu aku hidup dalam dunia aku sendiri, tiba-tiba aku terfikir sampai bila aku harus hidup seperti ini? ?

Takkan aku nak sia-siakan hidup aku macam tu je?? Aku pun ada cita-cita aku sendiri.

Sejak dari tu aku bangkit semula. Aku kentalkan diri aku. Apa yang jadi aku kena hadapi juga.

Aku dah tak kisah dengan keadaan sekeliling aku. Apa yang aku tahu aku hanya terus melangkah ke depan dan tak akan berpaling kembali ke belakang.

Alhamdulillah. Walaupun semester akhir tu pelbagai ujian yang menimpa aku, akhirnya aku berjaya jugak graduate.

Aku sangat bersyukur. Tak sangka akhirnya aku berjaya jugak habiskan diploma aku.

Aku dapat tunaikan hasrat abah dengan mama aku untuk tengok aku berjaya. Walaupun result aku hanya “Atas pagar” aku rasa happy sangat.

Aku bangga dengan diri aku sendiri. Benar kata orang selepas hujan pasti akan munculnya sang pelangi indah.

Aku juga bersyukur dapat lecturer yang sangat memahami keadaan aku ketika aku murung tu. Mana-mana test aku yang aku tak ambik lecturer aku izinkan aku untuk ambil di hari lain.

Dan assignment aku yang tergendala pulak lecturer aku bagi masa untuk aku selesaikan.

Terima kasih Tuhan. Engkau telah memudahkan urusan pembelajaran aku.

Akhir sekali, untuk pembaca cerita aku dan orang di luar sana, depression is real. Ia bukan satu keadaan yang kita berpura-pura untuk mencari perhatian orang sekeliling kita.

Nasihat aku jika kita tak mampu menyelesaikan masalah orang cukuplah kita menjadi sebuah buku untuk mereka coretkan apa yang mereka rasakan.

Semoga dengan perkongsian aku ni kalian boleh jadikan pedoman dalam kehidupan seharian.

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian aku yang tak seberapa ini.

Sekian daripada diriku yang kerdil ini.

– Effi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *