Sendiri Sakit, Sendiri Tanggung

Assalamualaikum semua… Ini kisah aku.. tak tahu lah best ke tak, sekadar meluah apa yang tersirat dihati ini.

Nama aku Hana (bukan nama sebenar) aku dah berusia awal 30an. Tak capai apa-apa pun dalam hidup ni, just berbangga melihat orang sekeliling berjaya.

Hidup aku ni, tak ada apa yang menarik untuk dicontohi. Aku pun selalu berpesan dekat anak sedara aku. “Jangan jadi macam maksu”.

Aku adalah anak bongsu daripada 7 beradik. Aku ni pulak sama membesar dengan anak-anak saudara, bahkan ada yang lagi tua dari aku.

Kalau dikatakan bongsu tu manja, kena compare tu ibarat makanan jiwa dari kecil dan dah biasa sangat dengan mulut lancang mereka mereka ni bila berkata.

Anak mereka berjaya gaji tinggi kerja government. Tapi hakikatnya (malas nak cerita kat sini panjang nanti jadi novel pulak). Hehehe aku cuma kuat dengan cara aku.

Atas berkat doa mak dan ayah aku. Adalah perkara yang menyebabkan perubahan dan menjejaskan sedikit sebanyak ekonomi mak ayah aku. Mengharapkan makan hasil felda jekan. Biasanya cukup jer untuk sara hidup.

Selepas akak dan suami dia pindah masuk ke rumah mak aku. Semua tu terjadi.

Terkesan jugaklah. Bak kata mak aku dah nama anak kan? Sabar jela. Sikap-sikap lain tu tak perlulah cerita.

Mak ayah aku selalu mengharapkan aku kerja dan kekal. Itu juga yang aku mahukan. Tapi aku terpaksa berhenti kerja. Disebabkan penyakit ni la. Ganggu segala hal dan progression.

Aku ni bila bekerja memang betul-betul fokus dan teliti tau. Aku kalau bab sales and marketing okeylah plus aku memang minat editing capcut semua tu.

Bab kerja aku memang particular. Cuma sedikit lambat laaa. Penyakit yang melibatkan saraf otak ni kan bagi impact pada progression.

Bila ex boss dapat tahu simpati konon tapi… Herm tapi tulah dah tertulis rezeki sampai situ jer. Tak nak ar cerita pasal ni.

Dan sebab tu next² interview aku diamkan saja yang aku ni sihat tak ada apa-apa penyakit.

Bandar tak besar peluang kerja tak banyak. Keadaan tu jadi memaksa la kan. Dan tak semua tempat nak terima orang yang sakit macam aku ni kalau aku jujur.

Aku pulak duduk jauh dari bandar. Ulang alik drive kereta sendiri dalam 30 minit jugak. Mak aku ni dah tua tau 74 tahun.

Masa aku kerja, semua gaji aku, aku masukkan dalam account mak. Biarlah apa-apa jadi kat aku nanti, mak dah ade duit sikit.

Aku ambil yang mana nak buat belanja jer. Yang lain semua simpan kat bank mak. Tapi tu lah hampa yang aku dapat bila jadi macam ni. Sedih laaaa..

Aku ni mana-mana kerja pun takkan tahan lama. Sebab aku ada penyakit. Tiap-tiap bulan pun aku akan sakit.

Bila aku sakit makan masa pulak nak sembuh. 2/3 hari jugalah. Biasanya masa aku sakit, aku selalu sorang-sorang fight sorang-sorang dalam bilik.

Kalau dah okey dah sedar baru lah aku panggil mak aku temankan aku. Bibir bengkak itu tandanya aku kena serangan.

Akak aku? Tak pelah dia nak jadi usahawan berjaya biarkan jela. Memang selalunya aku akan sorang-sorang jela tahan sakit. Duduk ward hospital pun sorang-sorang.

Doctor dah remind aku nak kena serangan tak kira masa tempat. Sampai kena warning la tak bagi drive lagi. Habis siapa jer yang nak drive untuk mak ayah aku. Kalau bukan aku?

Terpaksa juga lah drive mana-mana diorang nak pergi. Buat kering jela.

Nak mengharapkan orang lain faham? Adik beradik sendiri pun belum tentu tak faham.

Semua orang pun ada impian yang nak dicapai. Aku selalu tertanya-tanya pada diri aku sampai bila aku nak jadi macam ni?  Tak kerja. Malu pun yea juga. Hampa tak payah cerita.

Kadang-kadang rasa diri ni tak beri makna apa-apa pun. Jalan jer hidup macam tak de masalah. Itu jela… Negative tu ada tapi tetap kena comeback. Rezeki semua dari Allah.

Itu je lah kisah aku yang tak best ni.

Dari born to fight epilepsy…

– Hana (Bukan Nama Sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *