Assalamualaikum warga iiumc. Aku pun tatau kenapa aku nak konfes kat page ni. Tapi aku nak konfes jugak. Harap admin approve.
Aku seorang pelajar di uni top la jugak. And Alhamdulillah dapat biasiswa dari sem1 1st year(now baru sem2 1st year) But, waktu mula2 aku dapat offer biasiswa tu aku berat hati jugak nak terima. Yelaa aku ni jenis yang lampi untuk fasa awal2 ni. I mean, everytime aku naik peringkat (exp:meningkat dari darjah 6 ke tingkatan 1) pelajaran aku akan merosot for the first year(tingkatan 1) then tingkatan 2 baru markah aku slow2 naik. So, bila dema kata min gpa 3.5 every semester aku macam…. ARGHHH!! Even opkors la kriteria biasiswa mostly nak yang 3.5+ and I already expect it. Tapi, aku tak sangka pula akan dapat sebab waktu iv aku terok gila kot.
So, hasil daripada perbincangan dan pemikiran yang mendalam bersama parents aku, aku terima la kan. Orang kata rezeki tak elok tolak. So, aku terima dengan berat hati. Then, aku jadi downgrade bila aku bagitahu kawan2 aku yang mak aku kerja under company tu and depa macam "laaaa patutlaah dapat". Aku macam ohhh sebab mak aku ke aku dapat biasiswa ni.
So, life continues and result sem1 aku macam haprak. Aku dah kecewa dah. Tak sampai min qualification yang dema nak. Tapi atas 3 la. Then, ada la beberapa prog yang kitorang kena join kan. Aku ni jenis introvert. So, memang krik2 la. Unless kalau orang tu aku betul2 selesa. So, sepanjang semua program yang dema buat tu aku macam sensorang gitu. Sebab aku tak berani nak masuk ngan depa sebabnyaa MasyaAllah depa speaking macam wow! And, depa present pun macam takde benda pun. Yang aku ni pulak, macam krik2 ja. Malu kot. Dah la result entah pape, pahtu communication level budak darjah 1 (budak darjah 1 pun lagi berani ) dengan mulut kawan aku yang kata aku dapat sebab mak aku. Aku rasa down sangat!
So, bulan ni tengah final sem2. Setakat ni dah 3 paper macam kelaut. Kelaut bukan kat bahagian tepi2 tu je ni dah sampai laut yang air dia paling dalam tu wehhh. Sirius aku macam sedih gila. Dok pikir orang lain yang pointer memang daebak, aku sorang je macam entah lah macam apa. So, lagi 3 paper tapi 3 paper ni pun macam takde harapan sebab berderet. Mana sempat nak study.
Aku rasa depress sangat. Rasa macam kenapa lah aku terima offer biasiswa tu. Haihh. Kepada anda2 semua, yang mungkin ada pengalaman macam aku (pihak scholar akan buat ape je ehh kalau result teruk for 2 consecutive semester?) Sebab aku rasa sem ni memang aku jawab macam hampeh. Tak pernah dalam sejarah aku rasa bodoh gila macam sekarang ni. Kemungkinan pointer bawah 3 tu macam ada laa. Dari semalam nangis sensorang. Acane ni?? Aku dah risau ni!! Please give me motivation!
– Miss
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Takpa PTPTN kan ado kak.
Fuh.. Dia punya target 3.5 tu..
3.5 tu wujud ke?
Auto ssh la jawabnya.. Grad atas 3 pn 9 org je batch aku.. Plg tinggi pn x sampai 3.5..
Org uia struggle nk lulus beb, bukan nk score. Hahah
Bleh lps tanpa extend pn da kira otai..
Mesti duk overthinking dgn kata2 kwn tu kan. Haha. Lek dik. Habis kan dulu lagi 3 paper. Dah nak habis sem kot takkan lah nak give up dah. Result ke biasiswa ke pikir bila habis final. Huhu jgn risau Allah kan ada
Ada lagi 3 paper..tk mustahil miracle can happens…doa bnyk2 mana thu apa yg kita baca tu kluar dlm exam..tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yg thu tk gitu…doa ye jgn berhenti…
jgn la cepat down. kan ade 3 paper lagi.. saya dulu pon pernah alami ase down sebb belum habis sume paper lagi tapi ade satu paper ni dah kuar result. paper tu ase konfiden ley jwb n mmg target A. But, saya dapat B tuk paper tu.. alaa.. down ase.. kawan2 satu group sume dapat A. dah la paper lain tu sume killer. tapi hadapkan je. study cm biase.. bile kuar result keseluruhan, sume paper dpt A kecuali satu paper yg mula2 tu.. tak sangka sangat! n sem tu jugak berjaya dapat dean.. teruskan usaha. jgn mngalah. pasal kawan yg dok kata tu, biarkan dye. bukan dye yg tentukan kejayaan kita. okey? :)
Dik doa la byk2 bg apa yg study apa yg focus itu yg keluar. Tgk past year ke mana jenis soalan yg selalu kuar.Target topik mana yg rasa boleh skor, focus yg tu. Doa banyak2 supaya mudah faham mudah masuk apa yg study. Study rehat study rehat study rehat. Jgn cram kan sgt otak tu. Yg lepas tu lepas, paper yg tinggal ni cuba bagi yg terbaik. Fikir cara study mcm mana yg buat adik mudah faham. U can do it!
Minta mak ayah doakan , nak exam, doakan supaya dpt belajar dgn tenang.
biasa yang sembang mcm ni result gempak je. ko tak payah nak cong jawab exam kelaut la weh. hahaha
Kalau CGPA 3.5 tu penanda aras kau sebagai pandai, 90% mahasiswa di Malaysia ialah dalam kategori BODOH. Syukur kerana dapat biasiswa, tenangkan hati, belajar dalam kerisauan tidak akan dapat apa2. Dulu aku pun lambat pickup jugak, tapi dalam diam, semasa kat bilik, aku review dan cerna baik2 apa yang lecturer explain. Alhamdulillah in the end graduate dgn cgpa seperti target kau tu. Awal lagi 2nd sem tu, boleh berusaha. Come on! :D
Doa sungguh2 la k. Doa mintak Allah permudahkan semuanya whatever happened afterward
Dapat 3.0 kira bodoh??tingginya benchmark..ni nak cakap sikit,rasa sedih tak dapat result macam kita expect memang patut.tapi terlebih sedih pun tak bagus juga,lagi-lagi ada 3 paper lagi nak kena hadap..sekarang ni,duduk dalam keadaan paling selesa,pejam mata,tarik nafas dalam dalam,lepas tu tahan seberapa lama yang boleh,ok lepas tu hembus sekuat hati.Ok lepas tu pergi ambik wudhu buat solat sunat taubat,taubat sungguh lepas
tu buat solat hajat minta Allah kurniakan ketenangan dalam hadapi ujian dia.Sesungguhnya allah takkan menguji kita diluar kemampuan kita.Minta Allah kurniakan kefahaman dan ilmu bermanfaat.minta allah berkati ilmu2 yg dikurniakan pada kita.Yang pasal JPA tu tak payah risau sangat.Selagi atas dia punya benchmark ok ja..kalau tersasar pun dia bagi 3 kali peluang.Surat amaran biasa dia bagi untuk kali ke 3 ja..yg 1 dan 2 tu,dia lewatkan bayaran sampai dia terima surat tunjuk sebab kenapa result kita merosot ja.Ha lagi 1 nak pesan,dapat 3 pointer tu tak teruk sngt pun.Untuk lahirkan rasa syukur sesekali lihatlah orang yang result dia lagi teruk pada kita,orang yang lansung tak dapat sambung belajar.Dan untuk jauhi rasa riak dan ujub selalulah melihat mereka2 yang ada di atas.
Ahmad maslan pon camtu gak dlu …relaks ja..
Aku pointer dr awl foundation smpai hbs degree x prnh cecah 3… hahaha.. slalu lecturer pndg sinis kt aku n kwn2 yg pointer bwh 3.. ada kwn2 yg slalu failed lg la.. tp Alhamdulillah.. percaturan Allah.. ktorg yg result bwh 3 ni la blh krja dulu.. kwn aku yg 4 flat smpai skrg tggu result penempatan lg.. bkn mksud aku x pyh nk blaja, tp mksudnya jgn trlampau risaukan cgpa tu.. ingtkn aturan Allah..