Tolong Aku Gais

Confession aku ringkas je. Panggil aku X. Aku sebenarnya nak mintak pandangan & cadangan dari korang.

Begini.. Aku ada masalah bau mulut. Aku syak gigi geraham aku yang jadi punca bau mulut aku nih.

Sebelum ni dah jumpa dentist. Dia dah check. Dua2 gigi geraham aku problem. Satu dia dah cabut sebab dah berlubang & bertindan (impacted).

Satu lagi dia tak cakap pun nak cabut sebab aku cakap tak sakit lagi masa dia tanya sakit ke tak. Jadi dia pesan suruh bersihkan dengan elok je celah-celah gigi tuh.

Gigi geraham aku yang belum cabut ni dia punya senget hampir 180 darjah. Dah macam rupa terbaring dah.

Lately bila aku floss dekat celah situ, rasa macam tersekat. Tersekat yang seolah-olah celah dia dah berlubang. So aku syak tu punca bau mulut aku. Stress wehhh!

Nak kata aku tak jaga kebersihan mulut, aku rasa tak. Hampir semua petua aku cuba demi nak hilangkan bau mulut aku nih.

Berus & floss gigi tak payah cakap. Hampir tiap kali lepas makan aku floss gigi aku. Dah floss then aku berus. Lidah pun aku gosok guna tounge scrapper.

Scalling, makan probiotic, kurangkan pengambilan gula, semua aku buat.

Guna ubat kumur? Macam2 brand dah aku cuba. Therabreath, listerine, oradex semua dah cuba. Memang tak jalan.

So korang tolong aku please.

Tolong bagi cadangan klinik pergigian yang harga berpatutan untuk buat minor operation untuk cabut gigi geraham nih especially area sepang & kawasan berdekatan.

Atau sesiapa yang ada pengalaman buat minor operation kat klinik gov boleh share tak macam mana prosedur dia?

Klinik tempat aku cabut gigi geraham dulu kat borneo, dalam 650-700 macam tuh untuk sebatang gigi. Sekarang aku dah balik semenanjung.

So, tolong aku okay. Aku pun nak jadi macam orang lain yang confident je sembang dekat-dekat dengan member. Stress weh ade bau mulut nih.

Tak hensem takpe, janji confident ade!

– Mr X (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Kadang-kadang bau mulut juga tanda masalah gut health. Tengok pemakanan macam mana. Berat badan ok tak? Check juga until tonsil stones.

  2. nak cite, suami sy sebelom ni ada masalah bau mulut juga. puncanya pun dari gigi dan gusi. gusi dia selalu berdarah. lepas dia buat rawatan berkala di klinik gigi kerajaan, skrg dh tiada bau mulut tu. gusi pon dh x berdarah. tiap kali rawatan bayar rm1 je. awak cuba lah..

  3. Nak tau betul ke tak berlubang minta doktor buat xray gigi. Kalau gigi semua ok takde lubang sila makan probiotic. Sistem penghadaman yang kurang baik juga mungkin jadi masalah nafas beerbau.

  4. Gigi geraham saya pun sama mcm awak, impacted dan terbaring 180 darjah. Dulu selalu sakit gigi, rupanya mknn yg tersekat bukan sbb berlubang. Pdhal dah selalu floss dan berus gigi. Dr suruh saya guna water flosser. Alhamdulillah dah jarang pergi klinik gigi. Plak gigi pon dah berkurang.

  5. Area sepang,saya pernah buat dekat klinik pergigian shaz..mmg puasa hati..area pekan salak lama..

  6. Sekarang ni senang je nk buat appoinment dgn klinik krjn, daftar dlm mysejahtera tu pilih klinik yg terdekat or mne2 yg ada ‘klinik gigi’ n set appointment mngikut tarikh yg ada, klaw walk-in bole, tp kna awal (sbelom pkul 8), sbb yg ada appointment start pkul 9 kot.., then terangkn msalah awk dan apa nasihat doctor gigi tu kpd awak, nk cabut ke, nk tampal dsb.., ada petua yg org tua2 bgitau, setiap pgi berkumur dgn air garam (sbelom or slepas mnggosok gigi), kan garam tu ada ‘calsium’, so scara x langsung dpt bekalkn kalsium n kuatkan gigi n gusi.., lg satu slalu ‘kunyah’ bunga cengkih dlm mulut, selain dari mnjaga gigi, ia juga bole mngurangkn bau mulut, tp rse cengkih ni agak ‘mnyengit’ n mcm pedas ckit, tp ok je, pdas cili pon lg kuat, tp thn jugak kan.., so slamat mencuba.. wallahu a’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *