Tolong Aku Tengah Serabut

Assalamualaikum dan hai readers. First of all, terima kasih admin jika sudi share confession aku. Nama aku Yasmin dan sedang dalam tahun akhir di salah satu universiti.

Seperti tajuk di atas, yes! Aku memerlukan bantuan semua. Bantu aku menaikkan semangat aku yang sekarang ni memang sifar. Aku sudah putus asa dengan segalanya. Biarkan aku ceritakan puncanya.

Sekarang aku berada di semester terakhir sebelum latihan industri di mana semester inilah ada Final Year Project (FYP) yang perlu disiapkan.

Masalah bermula apabila sekali lagi aku terpaksa Open Distance Learning (ODL) atau dalam erti kata lain belajar online di rumah.

Kenapa aku nyatakan seperti itu? Kerana aku sendiri pun tak tahu apa masalahnya. Aku dah ikut satu persatu prosedur permohonan masuk kampus untuk semester ini tapi malangnya aku tak diterima masuk.

Biarlah, bukan rezeki aku. Tapi aku cuba membuat rayuan untuk masuk ke kampus namun sampai sekarang belum ada khabar berita.

Pejam celik pejam celik, dah setahun aku ber ODL. Itu yang membuatkan aku hilang semangat untuk belajar sampaikan aku terfikir untuk berhenti belajar.

Tapi alhamdulillah, aku diberikan sedikit kekuatan untuk menghabiskan pengajian degree aku kerana aku dari keluarga B40 dan aku juga merupakan anak sulung dari 8 beradik.

ODL bagi aku banyak mendatangkan keburukan kerana banyak masalah aku hadapi sepanjang setahun aku ber ODL.

Antaranya adalah mak ayah aku selalu marah aku sebab asyik menghadap phone dengan laptop aje, banyak terperap dalam bilik, kurang buat kerja rumah, gangguan bunyi dan banyak lagi la.

Bukannya aku tak menolong langsung buat kerja rumah, aku tolong yang mana sempat. Yang gangguan bunyi tu tak payah cakap la, apa saja yang tak ada.

Kenderaan, tv, budak-budak bergaduh, adik main game pasang volume paling tinggi (sebab tak suka pakai earphone) dan paling menyakitkan hati bunyi kokokan ayam hutan.

Gangguan ini memang banyak mengganggu aku untuk ber ODL lagi lagi bila kena siapkan assignment yang berbentuk video dan online presentation.

Bab record video tu tak usah tanya la. Nak buat video berdurasi 2 minit saja tapi ambil masa 3 jam untuk dapatkan hasil yang memuaskan.

Dekat mana yang aku tak pergi, atas bukit, belakang jamban, atas jalan tar, tepi parit, belakang rumah, pantai. Serius penat sampai menangis dibuatnya.

Tambah pula dengan masalah laptop aku yang rosak. Untung ada notebook PC. Tergendala FYP aku disebabkan masalah dari notebook PC tu kadang okay kadang tak okay.

Niat aku nak beli laptop baru tapi tak tercapai lagi. Ni lagi satu masalah. Aku boleh dikatakan terlalu ‘mudah’ kerana niat aku untuk beli laptop baru terhalang disebabkan aku pinjamkan duit aku kepada kawan aku.

Janji nak bayar awal bulan ni tapi janji angin sahaja. Jumlah wang yang aku pinjamkan agak banyak. Niat aku ingin memudahkan urusan dia tapi last-last aku yang susah. Mungkin ada hikmahnya.

Seterusnya, part yang menambahkan keserabutan fikiran aku adalah dari keluarga aku sendiri. Awal tahun 2021 ni jer dah masuk 3 kali aku bergaduh bertumbuk dengan adik lelaki aku kerana perangai dia sangat menyakitkan hati aku.

Main game volume pecah speaker, malas buat kerja sekolah, melawan cakap semua orang kecuali abah aku, mulut tu asyik mencarut saja.

Mak aku pula asyik nak bela anak lelaki dia tu. Dah melawan pun tetap nak pertahankan anak lelaki dia. Last-last aku yang menangis sebab aku stress dan rasa berdosa sebab tumbuk adik aku.

Tapi sampai sekarang tak berubah perangai dia. Malas dah aku nak peduli. Sampai tahap baik tak ada adik dari ada adik macam tu.

Ahli keluarga yang lain juga selalu marah-marah aku. Mereka kata aku tahu menghadap phone dengan laptop aje kerjanya, terperap dalam bilik.

Emm entahlah. Aku dah malas nak explain. Bukannya diorang faham. Diorang ingat ODL ni boleh goyang kaki agaknya. Stress lah macam ni. Aku sayang keluarga aku tapi keluarga aku sendiri men-down-kan aku.

Jujur aku katakan, aku dah tak ada semangat. Aku stress dan serabut dengan keadaan sekeliling. Berdoa, zikir aku dah buat untuk hilangkan rasa tekanan ni tapi entahlah. Tekanan itu masih ada.

Cara lain yang aku buat adalah aku pukul diri aku sampai lebam lebam lengan aku.

Hampir setiap hari aku menangis. Dengan cara ni aku sedikit lega. Aku rasa useless. Kadang-kadang terfikir, bergunakah aku kepada manusia lain?

Semangat aku hilang. Sekarang aku macam pasrah saja apa yang akan jadi. Tapi aku takut aku gagal dalam pelajaran.

Tolong aku naikkan semangat aku balik, bagi kata-kata motivasi untuk aku please. Thank you in advance. *Virtual hug*

– Yasmin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *