Tolong aku!! uhuk uhuk

assalamualaikum.. admin harap sangat kau sudi siarkan confession ni. actually nya, aku bru daftar masuk u. tapi susah betul nak cari kawan. org lain semua jalan berpartner. time aku, aku jalan sorg. minggu first ni kan orientasi, roomate aku kos lain n grup lain. jadi takde langsung masa nak beramah mesra. sekarang aku tengah takut and down sangat2.
betul ke keputusan aku masuk U ni? aku dah la tak cantik. risau tul takde kawan . aku jenis gila2. so stress kalau tak dapat buat gile ngan membe2 . hmmmm. sumpah aku down skrg ni. rasa nak tarik diri . balik rumah. tapi sian parents aku. everytime aku teringat nasib aku kat sini, mesti aku nangis.. aku harap2 Allah kuatkan semangat aku. korang share la pape solution weh. camne nak start berkawan n start conversation? please tolong….
aku tengah nangis ni hm

– Newbie

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

55 Comments

  1. Rilex. Ko baru mula masuk blaja. Jgn expect semua org nk kawan dgn kite. Slow2 cari kawan. Kawan tu ade. Aku dulu mula2 masuk uni hari2 aku nangis dlm bilik. Sbb rasa cm loser gile x de kawan. Slow2 aku bertegur berckp dgn org lain. Sudahnya smpai habis 6 semester aku ade kawan2 baik yg sngt best yg buat aku happy nk g class, cuti sem x saba tggu habis sbb nk jmpa kwn2 kt uni. Alhmdulillah, kitrg keep in touch smpai habis blaja smpai skng masing2 dh keje.

  2. In shaa allah nanti mesti ada yg sekepala dgn awk . Saya pun mcm awk jugak dulu rasa down gilaa masa first week tuh tp lama lama nanti dh start class semua mesti semua ok

  3. Aku pun dulu hari hari nangis sebelum tido. Tengah makan pun menitik air mata teringat rumah. Sabar eh, habis minggu orentasi, bila dah start kelas, kau akan dapat kawan kawan. Jangan risau. All the best.

  4. Kepada confessor, benda mcm ni tak perlu risau, permulaan mmg mcm ni, ada yang takde kawan, ada yang terlebih kawan, just follow the flow, InsyaAllah adalah kawan tu nanti, untuk nak start conversation tu, hmm, boleh bagi salam dulu, tanya serba sedikit pasal dia, kemudian minta nombor untuk contact.. Jgn cari kawan yang lain jantina pula, boleh tu boleh, tapi takut jadi lain pulak jadinya.. Masa orientasi nilah untuk berkenalan, carilah kawan2 senior kalau takde yang satu batch pun..satu universiti takkan takde satu yang sudi berkawan kot.. Hahaha

  5. Sabar sis.. Macam saya dulu mula2 masuk hari pertama dah nangis.. Sebab kakak saja yg hantar masuk u naik bas.. Waktu tu plak tgk u gila besar.. Hihi takutnya la xda kawan.. Memang nak balik.. Lastly bila dah start masuk kelas jumpa la kawan yg gila2 macam saya gak.. Kan nur Nur Hazirah Sepitar Nazatul Jasmine Nurul Nabilah puteri.. Alhamdulillah.. Cuma jadi diri sendiri n bykkan senyum..

  6. X kn la sbb tu je smpai terfikir nk tarik diri..sblum pikir mcm tu,fikir dulu perasaan mak bapak yg susah2 hntr blaja kalau nk tarik diri..rileks la,nanti2 ada la kawan tu..pandai2 la buat kawan,bertegur sapa,nanti2 boleh sama2 masuk air la

  7. Mula2 ni tunjuk benda positiv pasal diri sis je dulu. Bila dah ada yang melekat..agak2 dia dah skepala baru expresskan yg gila2 tu pula. But please do not faking it. Positive yang benar2 tentang dirimu. Some people can smell fakers. Elakkan cepat tersenyum orang akan kata sis xserius xkonfiden.

  8. Jalan sorang2 tu benda biasa je. Lagi senang,nak gi kelas nak gi makan tak payah nak tunggu2 orang tu orang ni. Tapi jgn la sampai tahap xtegur sapa dgn orang lain langsung. Chillax.

  9. Senang je..time cuci bj ke sidai bj nmpk org lain hang senyum2 lh ..pastu tanyalah asal mana..course apa..klau ada masa ajk lh dinner sama2 share movie ke.. Duk bus stop buat2 lh tanya bas dh lalu ke..lama ke tunggu pastu smbg2 lh.. Byk kwn kita kenal time2 mcm nilh.. X semestinya kena sekelas je br nk kwn..tp duk u ni kena kental pandai berdikari ..

  10. Orentasi belum ada member? Relax la. Nanti dah msuk kelas, confirm and wajib la berkenalan sbb slalunya 1st sem 1st class, lecturer suka buat pengenalan diri. Hehe.. So, chillex! Cuma satu je nasihat, pilih kawan yg boleh pengaruh awak jd lbey baik. Jgn salah pilih kawan! Huru hara hidup nanti dik. Lastly, tahniah masuk U, belajar elok2, tuntut lah sebanyak ilmu yg mmpu. Good luck!

  11. Saya masa masuk mula² dulu, saya yang lari dari orang. Haha. Jangan risau dik, permulaan memang gitu. Lama² bukan setakat org, haiwan² pun nak berkawan dgn adik. Kunci dia sabar. :) have fun.

  12. Roomate sy ajar. N saya akan igt smpai bila2. Nak roomate / kawan. Solat hajat. Yes die buat waktu nak masuk U dlu. Alhamdulillah Allah tetapkan sy roomate die.kami rapat mcm belangkas 4 tahun. Mmg rumah die dh mcm rumah sy dh. Wlpn dh habis belajar. Time cuti pnjang tiap 2 mggu msti gi rumah die.. bila berubah cari Allah. Sama2 cari Allah. Hasil dr solat hajat die. N doa sungguh2 die tu. Allahu rasa lah nikmat ukhuwah fillah tu.

  13. Be strong, biasalah awal-awal and tempat baru. Tegur je siapa-siapa yang nampak alone takpun time orientasi tu borak la dgn orang sebelah org yang duduk dekat tu. Tanya soalan simple dah lepastu iA boleh engage dengan macam-macam topik. All the best

  14. welcome to the real world! bertabahlah jgn asyik2 fikir nak quit je..meh aku list camne aku break d ice dgn kwn2 aku dlu. Mana tau leh apply
    1. Dia bawa jambu batu ngn pencicah, kitorang duk tgh bilik makan sama2 smbil borak
    2. Berselisih dgn sape2 je sym. Nnti dah biasa sym blh start borak pulak.
    3. Apa2 yg ko rasa nak tnya tanya je. Cth baca buku apa tu? Suka warna pink ke? Mmg biasa tidur kipas laju ke?
    Ala lama2 nnti dpt la kwn tu. Benda biasa kot

  15. Dulu semua housemate aku kos lain. Kitorang buat whtapp group,so bila g class.. kitorang main wsapp2. Buat buat tanya,gurau2,tunjuk yang kita ni gila2 sbnarnya.Bila habis class,dah mula sengih sengih,lepastu ajak keluar beli barang dapur,masak sama sama.dah start ketawa ketawa gedik gedik.

    Kalau dengan classmates tu nanti dah habis orientasi ada class,insyaAllah akan ada group baru.berkembangg dan berkembangg yeayy

    yang penting kita jangan sombong,terlebih malu.

  16. Hi newbie, jangan down cepat sangat. Itu baru permulaan. Aku ni dah sem 5, prefer berseorangan. Sebab ? Banyak sebabnya nanti kau tahulah. Sensorang tak menjadikan kau loser pun. Dia lagi menunjukkan sekuat mana kau boleh survive sendiri kat tempat org. Chill. Jauh lagi nak berjalan tu. Nanti dah start kelas adalah kawan. Tu cuma syndrome newbie je. Aku faham. Goodluck. Jangan undur diri kalau keadaan tak memaksa. Kalau nak aku cerita pape lebih lanjut pm je. Aku suka kawan dengan bebudak sunyi ceni. Aku rasa kita seketurunan. Lol.

  17. Hahaha tingat zaman masuk upm lpas matriks, satu blk 3 org.. just imagine ur roommate both jubah n tdung labuh dr pantai Timur while u ni ngan free hair rambut perang bagai.. mmg mngis la.. awak bwk radio, tgh sesedap dengo lagu Anuar jen ttbe dia p tuka siaran ikim ke ape. Tp dlu la.. tu seme pngalaman hokay. Follow the flow

  18. comel lah kau ni hahahah. alololo jgn la manja sgt, orientasi mmg cmni, rasa homesick je. nnti dh start bljr, dh kenal classmate satu kos, baru best nnti gi kelas sama2, nnti nk puasa dh en, nnti best iftar sama2, pastu gosip2 hahahahha.

  19. aku dulu pon sme cm ko. rilek weh…nnt da msok kls insyaAllah ok pnye..actually kwn2 mse cfs tuh r nnt yg sbnrnye lebey rapat ngn ko bbnding kwn2 kt main campus.btw..aku da final year, prefer to be a lone ranger and TOTALLY fine with it. kwn dtg dan pergi but family always there for u. mnde ni bg ko mgkin big deal but real talk dear, it’s really nothing. ape yg pnting..SURVIVE~

  20. to confessor,aku pun mcm kau dulu,tiap kali pergi tempat baru benda paling aku risau nilah dia,pasal kawan.tapi insha allah,kau dah start kelas,lama lama kau jumpa jugak yg masuk dgn kau.benda mcm ni mmg takes time.anyway gudluck!

  21. salam,
    cuma nak ckp itu adalah perasaan normal apabila mula jejak ke alam universiti. sya rasa smua org mcm tu, tapi nak tak nak kena juga tempuh. kau ikut je jalan yg tertulis dlm hidup kau. lama lama kau akan mula memahami dan menerima. yg penting sabar dan terus sabar, jngn cepat melatah disbbkan perkara mcm tu. ingt kita bljar kerana itu impian kita yg kita hasratkan selama ini.

  22. Sama naseb mcm sy..tp sy pindah group laen ^_^ kira kelas laa..Alhamdulillah dpt kwn yg sgt2 baek…sampai skunk kekal..da nk 6 taon bff..try change course ke,group ke.. cri yg terbaek,jgn sampai merana,jiwa sengsara…

  23. Be yourself dik..akk dulu pn bkn cantik mn..perangai pn jnis happening gtu.alhmdllh ramai je kwn2..yg pntg adk jg diri..jg perangai..jgn buat org xsuka kita.wlpn kita ank manja..skrg kita dh besar.dh masanya kita bdikari dan jenguk dunia luar demi ms dpn kita.kipidap dik .xmo sedih2 k

  24. Beranikan diri tegur kawan2 sekeliling. Masa saya mula belajar saya orang first yang akan tegur kawan2 sekeliling. Dengan cara tu kita boleh cari kawan yang ramai. Hari first dah jumpa kawan dan terus rapat macam dah kenal 10 tahun.. Alhamdulillah sampai sekarang saya ngan kawan2 masa belajar dulu ada 6 orang semua masih rapat. Semua rapat sampai kenal family masing2 walaupun datang dari negeri2 yang berbeza. Kuncinya jangan tunggu orang tegur dulu. Awak yang perlu mulakan perbualan.

  25. haiya jalan dulu la. nanti dah masuk kelas lama2 ada la jumpa yg boleh ngam. next sem daftar bilik sama2. semua org sama je. memula masuk u jadi alien kejap

  26. Weh rilekss. Biasalah tu awal2 masuk Uni. Saya pun mcm tu jugak dulu, lama2 dapatlah kawan. Jangan fikir nak drop dr uni semata2 sebab xdpt kawan plak. Ingat senang ke nak masuk U ?? Tak ingat ke pengorbanan awak utk masuk uni??? Peluang sekali seumur hidup ni tau. And lg 1 awak jenis gila2 kan? So tunjukkanlah gila2 awak tu jangan diam je dlm kelas(tp jgn over sangat nanti orang menyampah). Cer tengok sekeliling, mesti nampak ada orang yg duduk sorg2 (mcm awak lah), pergi approach dia. Ajak sembang blablabla. and lagi 1, Dalam kelas nanti ramah2 lah sembang ngan classmates. Okay? Chill sis chill.

  27. kadang2 bila baca masalah org extrovert kat sini, buat aku sedar berapa bagusnya aku introvert masa kt u dulu. aku pya aim masa mula2 masuk u dulu, cari ‘common factor’ utk setiap kelas yg aku join. maksudnya cari sorg yg mana2 kls aku masuk, mesti nmpk muka dia. lps tu mintak nombor phone dia, alasan utk up to date klu ada assignment or kls. then dia sorg je la jadi “kawan” aku sepanjang sem. tp tu la, org introvert x kisah kawan sorg dua ni. org extrovert je rasa klu kawan boleh bilang dgn jari, dia rasa dia loser lol. tp mntk maaf sgt x boleh nk bg opinion cara2 nk berkawan dgn satu universities sbb aku pening kepala kawan ramai2 sgt.

  28. Alahai ..aku ni dah sem 3..sebab lain sem dengan hosmet dengan romet okay je . tapi kadang rasa lifeless gak ahh . Habis kelas , Duduk cafe sensorg jap gi sesape yg kenal aku dtg kt aku lepak sekali ..Ahaha nak balik hostel jauh plak , So buat lah benda tu tetiap hari . . . Rileks je weh . .Tetiap hari rasa hot pulak sebab lepak ngn org lain2 . Ahhaaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *