Tolong Jaga Hati dan Perasaan Kami

Assalamualaikum semua.. Aku Sara (saja memang suka dengan nama ni). Tak panjang pun aku nak kongsikan harini tapi aku harap cukup untuk legakan hati aku.

Terima kasih admin sudi siarkan cerita aku. Aku dah tahu dengan siapa pun aku patut share ni.

Ok. Aku sara. 26 tahun. Berasal dari pantai timur sekarang merantau ke pantai barat semenanjung.

Setahun menganggur lepas habis degree baru aku dapat tawaran kerja, tu pun bukan guna kelayakan degree. Tapi alhamdulillah bukan main gembira aku maklumlah dah dapat cari duit sendiri.

Aku nak mintak tolong korang semua yang baca ni, tolonglah. Tolonglah jaga hati dan perasaan golongan macam aku ni sekali. Tolonglah jaga jari tu, jaga mulut masing.

Dalam zaman media sosial ni tolong sangat jangan seronok komen macam-macam, mengutuk, mengata, mengecam.

Aku perasan dekat setiap post, tak kisah la pasal politik ke apa ke pasti akan ada manusia-manusia toksik macam ni.

Lagi aku malu yang komen tu semua dah dewasa, tak kira laki ke perempuan. Semua sama.

Aku bukannya nak cakap aku baik ke acah-acah baik. Cuma aku dah tak boleh nak brain, macam mana ada yang boleh komen-komen ibarat malaikat tak kan catit semua tu.

Komen langsung tak pandang kanan kiri ibarat benda tu tak kan jadi dekat korang.

Nak dijadikan cerita, start musim COVID ni hati aku cukup terasa, tersingung.

Aku boleh dikatakan selalu juga baca komen-komen dengan media sosial ni contoh FB. Komen-komen yang aku rasa cukup toksik.

Korang tahu tak apa perasaan kami golongan anak muda yang belum berkahwin ni bila larangan rentas negeri dilaksanakan? lillahi sedih sangat. Ya, semua terkesan. Aku tahu.

Hidup aku kat negeri orang ni sorang-sorang. Dekat tempat kerja pun officemate semua dah nak pencen umurnya. dah berkeluarga. Langsung takde yang sebaya. Berkawan setakat dekat office je la kisahnya.

Pada aku, aku boleh bertahan hidup macam ni sebab rutin aku dari awal kerja, tiap hujung bulan cari tiket bas balik kampung. 2, 3 hari pun dah cukup.

Alhamdulillah. Tu yang buat emosi aku terjaga. Dalam berapa tahun ni, tu la rutin bulanan aku walaupun kos balik tu bukan murah tapi aku puas.

Tunaikan keperluan emosi aku sambil tunaikan tuntutan tanggungjawab aku pada mak ayah aku. BUKAN setakat ziarah. Sampailah COVID ni muncul.

Aku patuh dengan semua arahan. Dari bulan 3 tahun lepas. Tetap sabar, ikut arahan. Walaupun kadang aku rasa ada masa arahan tu tak adil, takde kesamarataan untuk semua orang.

Yang aku sangat sedih bila baca komen,

“eloklah tak yah bagi rentas negeri, yang nak balik tu pun acah2 je’ ,

“aku suka kerajaan tak bagi rentas negeri, bukannya nak jumpa mak ayah sangat, saja nak berjalan’, macam2 lagi…

Allahu. Akuu sedih weh korang bila yang komen tu orang yang keluarga ada depan mata, mak ayah duduk satu daerah satu negeri. Siap bebas berjalan, buat family day, makan-makan.

Korang bebas buat semua tu dalam keadaan risiko tetap ada? Tapi aku. Golongan macam aku ni langsung tak boleh buat apa semata-mata tak boleh rentas negeri.

Masih jugak diam sorang-sorang kat sini. Kadang sampai aku rasa bodoh bila terlalu ikut arahan jaga itu ini, tapi korang boleh buat semua tu. Faham tak maksud aku?

Kitorang ni nak rentas semata nak balik rumah mak ayah je.

Risiko jangkitan ni dia bukan pilih orang tau. Aku faham kita nak kurangkan risiko jangkitan. Tapi tolonglah adil.

Tolonglah korang yang nak komen2 tu, fikirlah dulu sebelum komen. Korang tak tahu sekarang berapa ramai yang betul-betul tertekan dengan keadaan ni.

Yang ada keluarga depan mata tu syukurlah. Tapi tolong jaga mulut, jaga jari. Kesian dekat kami ni.

Sekian dari aku, terima kasih semua sudi membaca..

Aku doakan yang mana sama macam aku mudah2an korang masih kuat dan tetap bertahan ya. Mudah2an ada sinarnya nanti.

– SaraAyuni (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *