Assalamualaikum and hi semua pembaca. I hope confession ni cepat cepat disiarkan bucause i only have 2 days before i have to make big dicision in my career.
Okay perkenalkan diri saya berumur pertengahan 20an, fresh grad dan baru sahaja berkerja di satu company swasta (perhotelan). Saya nak mintak satu cadangan/nasihat/ pendapat daripada pembaca sekalian tentang halatuju kerjaya saya sekarang. Cerita dia macam ni, saya baru je bekerja 2 bulan dekat satu company ni yang boleh dikatakan agak besar jugak la. Memula dapat kerja ni saya mmg excited jugak lah sbb maklumlah saya fresh grad so bila dapat kerja tu rasa mcm bersyukur sangat sangat. Tapi sangkaan saya meleset apabila tak sampai dua minggu saya kerja dekat company ni macam macam cerita buruk saya dengar pasal company ni especially pasal management/orang atasan yang tak okay (sangat tak okay). Okay memula saya terima je mungkin orang yang cakap macam tu saje je nak takutkan saya maklumlah baru 2 minggu kerja. Tapi dah nak masuk 2 bulan kerja ni saya sendiri dah merasai betapa tak okay nya management kat sini dan sekarang saya dalam keadaan dilema sebab kebetulan saya masuk kerja 3 minggu bos saya resign dan saya punya exec pon bakal resign bulan 5 ni. Apa yang tak okay pasal company ni ialah susah nak dapat cuti contoh macam public holiday saya dipaksa bekerja dan tak boleh cuti kalau under department saya sendiri takpe lagi ni dia suruh saya jadi support team untuk department lain dan gaji yang di bagi pon sebenarnya level diploma je walaupon saya ada degree. Baru baru ni (CNY) management dah masukkan nama saya dalam support team untuk jaga outlet (F&B department) dan kerja saya tak ubah macam waiter( buat air, angkat minuman/makanan/ bersihkan meja customer dan jadi hostest). Tak sampai 3 hari buat kerja support team ni badan saya dah lenguh lenguh dah maklumlah saya seorang perempuan dan dah lama tak buat kerja berat dan ditambah saya kena kerja sampai lewat malam selama tiga hari tu dan esoknya kena bangun awal untuk masuk kerja balik dan mmg tak dapat rest yang cukup. Disebabkan buat kerja bukan dibawah department saya, saya rasa mcm buat kerja tak ikhlas dah saya asyik merungut je marahkan management kalau dia bagi saya gaji tinggi saya boleh terima lagi tapi saya hanya dibayar gaji kerani sahaja tanpa bayaran ot (mmg tak berbaloi).
Sekarang ni saya asyik berdoa je supaya saya dapat kerja lain yang tak membebankan fikiran, badan saya dan saya dapat cuti untuk public holiday contoh mcm raya puasa dan raya haji. Sebab company yang saya kerja sekarang ni dah comfirm confirm saya tak akan dapat cuti sebab dah dibekukan sejak beberapa tahun yang lalu. Saya ada jugak apply macam macam company swasta and government sebagai backup plan tapi masih belum dapat jawapan lagi. Dan nak dijadikan cerita sebelum saya masuk company ni saya ada dapat satu panggilan temuduga SLIM under khazanah nasional tetapi through agent kelly services dan memaklumkan saya sekiranya saya berminat dia akan call saya sekali lagi untuk face to face interview tapi saya hold dulu sbb nak tunggu offer lain tapi benda ni senyap mcm tu je. Tapi beberapa hari lepas saya dapat balik call dari agency tersebut menanyakan saya masih berminat lagi ke tak dengan offer ni. Untuk pengetahuan pembaca semua sekarang saya berkerja dalam bidang yang saya belajar di uni dan saya sangat selesa bekerja dekat sini sebenarnya sebab yelah kerja bidang mmg expertise kita kan walaupon jadi kerani je tetap akan suka. Dalam tempoh dua bulan ni saya belum terfikir untuk behenti kerja sebab saya betul betul nak cari pengalaman sekurang kurangnya setahun atau enam bulan. Tetapi bila keadaan dah mendesak dengan susah nak dapat cuti, kena jadi support team dan macam macam lagi masalah lain saya dah mula rasa fed up dan takot. Saya risau kalau kalau saya tak boleh survive untuk setahun tu walaupon saya tahu sebenarnya kat luar sane susah sangat nak cari kerja and dapat kerja yang kita idamkan. Manakala yang SLIM ni pulak bukan bidang saya tapi dia berjanji akan tempatkan saya di company yang ada kena mengena dengan bidang saya belajar sekiranya saya terpilih masa face to face temuduga nnti. Untuk pengetahuan pembaca semua gaji saya kat sini bukanlah banyak mane pon dan sama je dengan elaun SLIM nanti tapi tulah saya jadi serba salah sebab dekat sini dia provide tempat tinggal yang selesa, makan minum and transport ke tempat kerja and even nak balik kampung pon. So duit gaji saya tak lari kemana dan boleh menyimpan. Saya harap pembaca semua dapat bagi saya suggestion mcm mana saya nk elakkan dari benda ni dan adakah dalam tempoh singkat dua bulan ni saya patot behenti kerja cari kerja lain, join SLIM walaupon bukan bidang saya atau stay je dekat sini. Oh ya kalau saya tak buat support team tu dan langgar je cuti yang dah dibekukan saya akan dapat warning letter dari company dan bonus saya akan dipotong dan tak mustahil jugak annual leave saya akan dibekukan (ni menurut senior senior yang dah lama kerja). Teruk kan?
So soalan saya patot tak saya pergi temuduga SLIM tu? Sebab dia bagi tempoh dua hari je untuk saya fikir.
Tolong saya buntu.
– Insan buntu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit