Assalamualaikum dan terima kasih sekiranya admin sudi menyiarkan confession yang meminta pendapat dari ramai pihak yang lebih arif mengenai ini.
Baiklah, sebelum saya meneruskan persoalan tentang kerjaya dan pelajaran saya, saya akan menerangkan serba sedikit tentang sejarah hidup saya. Dari penceritaan sejarah ini, saya nak memohon pendapat dan kritikan yang membina untuk membantu highlight my next journey. Cukup sekadar mengenal diri ini sebagai AGC dan saya anak sulung (perempuan).
2006
Saya dapat keputusan cemerlang UPSR 5A, Alhamdulillah target nak masuk sekolah kluster SMKA Al-Irshad, Pulau Pinang tetapi dapat sekolah Kelantan. Frust, sebab target cemerlang UPSR sebab nak sekolah hebat dekat rumah tapi takdapat masuk walaupun dapat tawaran SMKA AL-IRSHAD. Akhirnya masuk sekolah Kelantan secara terpaksa dan tak suka.
2007-2008
Struggle dengan loghat Kelantan, 21 subjek akademik dan diniah (agama) dan hafal Al-Quran (asal sekolah kebangsaan, bukan latar belakang tahfiz) secara serentak. Mesti tepati silibus Al-Quran untuk tidak ditahan oleh ‘penjara bahagia’ (cuti sekolah yang dipotong dan diadakan kelas intensif untuk habiskan sukatan Al-Quran) . Berhadapan dengan krisis takda air, elektrik, jarang berhubung dengan family disebabkan tiada public phone. Memang terseksa, sebab tak bley selalu balik dan tak selalu outing. Keluarga jauh dan kedudukan sekolah di hulu kampung (bagaikan katak bawah tempurung). Bermujahadah seorang diri, tak mempunyai ramai kawan dan tiada semangat yang kuat seperti masa tahun 2005-2006.
2009
Era PMR, study sendiri disebabkan saya pelajar kelas belakang (tercorot) tiada tuisyen, kekurangan cikgu belajar 9 subjek sendiri kadang-kadang dari kawan sendiri. Alhamdulillah dapat 6A 3B gemuk-gemuk (78-79). Parent kecewa dan tak memujuk diri ini untuk menjadi lebih baik bahkan mengkritik dan membebel kenapa tak dapat straight A’s . Ya Allah pedih sangat hati ini. Rupa-rupanya baru saya tahu tiada siapa disisi saya saat saya gagal. Keluarga dan Sanak saudara yang lain pun buat tak tahu ja dengan saya berlawanan dengan keadaan gemilang UPSR saya dulu.
2010-2011
no goal no life. kalau jadi yang terbaik pun dijulang sekejap, kalau kalah tersungkur tiada sapa yang nak dekat dan setia disisi, so better tak payah susah-susah belajar. Sijil agama cuma ‘jayyid jiddan’ dan SPM 2A 1B 4C 4D sahaja. Keputusan sijil-sijil ini adalah hasil saya tak belajar dan berjaya jugak habiskan hafalan Al-Quran. Memberontak lama dah sebab nak pindah sekolah tapi hanya mengadu pada bapa, tetapi diabaikan dan mama taktahu hal ini. Memberontak sebab seolah-olah saya dijadikan alat pengukur dan konon saya harapan keluarga untuk bawa tahfiz dan akademik sekaligus. Saya kurang kasih sayang, perhatian, tempat mengadu hanya Allah sahaja masa tu.
2012
Terkejut sebab dapat tahu mama done everything that she could dan masa tu baru tahu bapa rupanya nak letak full tahfiz dan mama menentang sekurang-kurangnya anak ni mesti dapatkan juga pelajaran akademik. At least, when I know about that, I must be grateful for whatmama had done good enough for me. Saya ingat mama dan bapa bersepakat rupa-rupanya tak. Baru tahu tentang krisis kewangan keluarga yang dialami pada tahun 2009-2012.
2012-2015
Singkatkan cerita, banyak juga yang saya dah mula memberontak disebabkan kisah-kisah lama. Rasa macam diri ini sakit tapi takdapat dikenal pasti. Masa ni memang gaduh hebat dengan mama, sebab tak bersependapat dan kami berdua terlalu agresif. Orang sangka saya gaduh dengan boy padahal dengan mama sendiri. Envy dengan kawan-kawan sebab dapat ibu, mak yang memahami tak macam mama saya. Ketika ini saya sambung Diploma di Penang berdekatan dengan rumah bertujuan untuk observe saya sesuai tinggal di perantauan atau berdekatan sebab selalu gaduh dengan mama. Akhirnya buat keputusan belajar Selangor (belajar jauh lagi semata-mata taknak gaduh sangat dengan mama)
2016-2017
Was graduated dan takda hutang Diploma . Struggle with bachelor dan berkeputusan nak jalani sesi kaunseling secara sukarela sebab terdetik nak tahu diri ini sakit by psychologically or not. Hasilnya saya dapat tahu saya berada dalam tahap kritikal yang perlu dikaunseling dan milddepression sejak 2009 . Tapi diagnose sendiri dengan selalu dekatkan diri pada Allah, baca Al-Quran, bergaul dengan kawan-kawan dan belajar menerima kelemahan serta membaiki diri sendiri. Dari luar nampak okay padahal dalaman ‘sakit’. Sekarang, selalu rindu mama, dah baik dengan mama, takda gaduh dengan mama dan kami dapat ‘kamceng’ tak macam dulu. Saya dah tak panas baran, ego, sombong, dan semua benda negatif saya dapat baiki dengan baik.
Saya ada 3 relay sebelum ni yang mana membuatkan hati saya remuk dan memerlukan pemulihan dengan mengisi cinta Ilahi. Sedang membaiki hati ini dan masih single untuk tidak menerima sebarang ikatan yang belum sah pada bukan masanya. Sekarang, merancang untuk sambung fast track PHD kat luar negara selepas habis Bachelor 2019 nanti dan pada masa yang sama, usaha cari duit untuk menolong masalah kewangan parent. Mama tak bagi belajar jauh-jauh dah sebab dah lama berjauhan dengan anak ini. Bila saya dapat tahu masalah bapa saya, saya rasa macam nak sangat selalu duduk dengan mama, tolong mama. Makin membesar makin tahu banyak masalah.
Jadi, saya nak minta pendapat adakah saya perlu kerja dulu selepas habis degree tanpa hutang nanti atau saya teruskan sahaja fasttrackPHD dan kerja selepas itu ? kenapa ?
Sebab saya target nak habiskan study sebelum umur 27 dan tiada perancangan nak kahwin lagi sekarang. Fikiran penuh dengan nak travel, cari duit, nak rasa benda baru dalam hidup. Lagipun hasrat belajar overseas tu dari kecik lagi, kang takdapat pulak rasa lain macam orang mengidam ja. Yang penting sekali saya teringin sangat nak bawa mama pergi tempat yang mama impikan masa kecik lagi. Saya usahakan juga cari duit dengan kerja parttime dan freelance memandangkan saya bukan dari keluarga yang senang dan parent banyak betul hutang.
Saya masih lagi menjalani sesi kaunseling dan masih meminta pendapat orang lain juga selain menyiarkan confession ini disini. Pendapat semua pihak diperlukan untuk perancangan teliti yang lebih awal. Itu sahaja, terima kasih kepada yang sudi membaca dan sudi memberi nasihat dan pendapat.
Fi hifzillah, may Allah bless.
Thankyou,
AGC -23y.o