TOLONG VIRALKAN KISAH AKU!!!

Aku nak bgtau hangpa, la ni, aku nak cerita bukan pasal mslh blajaq ka, keja, bukan nak mengata orang, apa lagi nak melemoih dalam ni. Tapi aku ada benda penting nak share and sesiapa tlg la share mslh aku ni. Mak ayah aku pemaustatin tetap kt malaysia ni. Depa mai dah lama. 30 tahun mai malaysia ni. Sebab negara asal dorang masa tu tengah perang, so mak ayah aku kira refugees la ni dulu bila mai malaysia. aku ni ada warganegara malaysia la sbb kira da lahir sini, sekolah sini, blajaq semua apa la sini. so skrg ni the problems, mak ayah aku nak naik haji. tapi takdak passport. sebab kerajaan malaysia tak keluarkan passport utk pemastautin tetap. mak ayah aku penah la balik negara asal depa dulu, tapi masa tu kerajaan malaysia ada buat dokumen akuan surat pengesahan perjalanan. la ni tak buat dah. sekarang ni, bila mak ayah aku buat passport kat negara asal dorg, (pi konsulat kat kl), depa kata mak ayah aku bukan rakyat depa dah. depa tak ambik tau hal ni, since mak ayah aku dah jdik pemastautin tetap kat malaysia, malaysia kena urus. pi imigresen malaysia pulak, ( deme tak ambik tau), kena pi kat negara asal (konsulat kat kl). pi sana, pi sini, semua takboleh. kira la ni, mak ayah aku mmg takda nama depa dah kt negara asal. (negara asal mak ayah aku, mintak surat beranak or kad pengalan la)- mak ayah aku manada, masa tu time perang dulu, lgpun duduk kt kmpg, bersalin bidan mana ada surat2 pengenalan. sekarang ni things get complicated. kesian kat mak pak aku, nak pi haji tapi takdak passport. jangan la dok kecam kata kami bukan rakyat malaysia. habis aku dok bg sumbangan sbgai rakyat malaysia dri kecik dok aktif kat skola, and macam2 lg la. ada pihak mana mana sudi tlg, habaq mai cara. terima kasih na.

– TOO MANY NAMES

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

15 Comments

  1. Kalau permastautin tetap means IC merah MyPR la kan? Actually dah boleh mohon IC biru dah sebab dah lebih 10 tahun bermastautin dekat Malaysia . Kau pun IC biru kan sebab kau lahir ketika status salah satu ibu bapa Permanent Resident. Boleh tu ,cuba mohon IC biru ,lagi-lagi nak PRU 14 ni inshaaAllah tak strict .30 tahun lepas perang apa eh ? Khmer rouge atau Selatan Philippines ?

  2. Hmm. Ok sis utk masalah ni boleh rujuk balik dekat jpn bahagian kewarganegaraan. Macam kes ibu bapa ko, since diorang dah bermastautin lebih drp tempoh masa sepatutnya, maka diorang boleh apply kewarganegaraan di bawah perkara 19(1) borang biru kalau ak x silap. Kalau masih ada itu dokumen perjalanan (pas lawatan klu semenanjung im 5), bawa sekali. Kelulusan x makan masa sampai bertahun – tahun macam perkara 15A. So gudlak.

  3. Kes awak sama cam my dad. My dad lahir kat brunei ngan nenek saya. Nenek dah dpt ic tapi ayah saya sampai skang ic merah. Dah mohon kat jpn tapi diorang suh pi brunei urus pula. Tinggal kat malaysia dah berpuluh tahun. Kami anak2 ayah ni sume ic biru. Mak pun ic biru. Balik pi brunei at least nak try dapat status rakyat kat sana tapi diorang ckp bukan urusan diorang sebab bukan lagi warganegara. Tapi yg peliknya nenek saya dapat ic biru padahal status lebih kurang ngan ayah. Kami pun pening. Sampai skang x selesai

    • Mohon ke jpn semula utk buat semakan. Ada resit permohonan dan tanyakan semula status permohonan. Klu gagal, blh mohon semula. Dokumentasi kena lengkap. Paling penting, masa dtg kena be nice. Peg yg menerima permohonan membuat penilaian. Semoga berjaya.

    • Shironeko Sien keja jpn ka? klau mslh yg mcm ni mcm mna ya? ibubapa sy sma mcm kes confessor. tp da ic biru apa smua. adik beradik smua xmsalh. tp sy pula yg ada mslh dgn sijil lahir.sy renew sijil lahir sbb rupa da xmcm sijil lahir. banjir msa tu. maafkan sy. ingtkan nak gnti la mcm gnti ic bru mcm tu. tp bila cek staff jpn ckp no siri sjil lahir sy bertindih. jd kena buat semula. tp dgn sijil lahir tula sy dftar ic. pelik jg msa dftr ic xckp pun ada mslh. da dpt sijil lahir bru mslah maklumat dlm sijil lahir tu pula xberkenaan..kcuali maklumat sy ja yg ada. tupun kena tulis bkn wrganegara. sijil lahir asal sy da kena tarik blik. tp kwn2 yg ada mslh nak btulkn maklumat dlm sijil lahir jpn x amik pun sijil yg asal. sy diam jala msa tu sbb ingtkan tu prosedur. mslh la ni..sy susah nak mohon keja gov. bila tgok sijil lahir sy..msti akan sangkut bhgian tu. pastu sy nak explain pun xtau nak ckp mcm mna. sy da rujuk semula kat jpn..nak buat pembetulan. bawa smua dokumen sokongan..sorg staff jpn tu advise sy utk xyah tukar.sbb da ic da pun. sedih sy. adik beradik lain elok ja sijil lahir.

    • Ismi : ya. Sy staff jpn. Kita org smnjg ? Sbb utk bhg kelahiran dan kematian, sabah sarawak dan semenanjung berbeza. Sabah sarawak guna ordinans dan semenanjung guna akta. Utk mcm kes cik, sy kurang arif sangat. Sebab benda tu x nampak depan mata dan terms apa yg digunakan. Klu macam dkt sabah, sy bertugas dkt sabah, bila mana org tu dapat buat ic masa 12 tahun tu, maknany dia berstatus warganegara. Sijil lahir yg dibuat cabutan (renew) jg akn berstatus warganegara.

  4. Kat malaysia ada tak peguam yg arif bidang imigresen. Selalu yg aku tau kat luar negara kalau bab urusan migrate nak bawak pasangan ka sedara mara ka, ada peguam bidang ni yg boleh tolong (berbayar la)…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *