tolonglah baca. pesanan penting untuk kamu!

Salam and thanks admin approve story aku. Aku seorang gadis berumur 28 tahun. Sepanjang hayat umur aku ini, aku berkenalan dengan pelbagai jenis lelaki. Baik melayu, cina, India, negro. Bangla saja tiada dalam senarai.

Jujur aku katakan, aku telah tidur dengan hampir semua lelaki yang berkawan dgn aku. Ya, aku mengaku aku bodoh, jahil bab agama, aku terlampau mengikut nafsu. Pada awalnya aku buat semua itu disebabkan aku kesempitan wang untuk bantu family aku. Tapi aku sedar hukumnya haram. Aku berhenti buat kerja tu.

Tapi bila aku cuba berhenti buat perkara tu, macam2 dugaan dan godaan datang. Aku terjebak lagi dan lagi. Ada masa hidup aku rasa tak berguna sangat. Sebab aku rasa semua orang pandang hina pada aku. Selalu kalau kita dengar kes2 begini mesti datang dari " broken family". Tapi family aku tiada masalah. Cuma ayah kurang beri perhatian pada anak sulungnya ini yang membuatkan aku cari kasih Sayang dari orang luar.

Please. Jangan kutuk2 mak ayah aku tak pandai jaga anak. Silap itu dari aku. And sehingga sekarang mak ayah tidak pernah tahu perbuatan aku. Cuma segelintir lelaki yang berkawan dengan aku yang tau. Mula dari bulan 5 tahun 2016, aku berhenti perlahan lahan tinggalkan segala yang haram. Kadang2 aku baca whatsapp dari kawan2 lelaki lain yang mengatakan aku dah tak sporting, open minded lagi. And aku terus senyap. Aku cuma tak berminat ambil tahu lagi, and mereka berang. Terus ckp kalau dah betina dasar murah, selamanya murah. Sentap ayat tu.

Adakah aku yang jahil ini takkan dapat pengampunan dari tuhan selamanya? Adakah aku selamanya akan dipandang hina oleh kaum Adam? Adakah aku langsung tiada peluang merasa kasih sayang yg tulus seperti kaum hawa yang lain?

Mungkin hati ini terlalu sensitif sekarang. Kadang kadang bila terdengar orang berkata depan nampak baik, padahal dia la syaitan. Muka jangan pura pura suci la, dan macam2 lagi. Terus hati jadi sakit.

Tolong berhenti hukum aku. Berhenti menilai aku dari kisah silam aku. Tolonglah wahai kaum adam, buat yang mengenali aku, bukan niat aku untuk menjadi ustazah pilihan ke, tapi andai kau ikhlas dalam berkawan bimbinglah aku ke jalan diredai Nya. Kalau disebaliknya aku mohon pada Tuhan jauhkan mereka satu persatu dari hidup aku.

Mungkin Allah sayang sebab tu Allah minta aku berubah. And aku tahu setiap perbuatan pasti ada balasan. Allah balas pada aku dengan sakit yang menimpa aku sekarang. Tapi siapalah aku untuk menolak sakit tersebut. And aku tidak pernah marah dengan apa yang terjadi. Semua atas kekhilafan aku.

Buat kaum hawa sekalian, tolong, tolong, and tolong sangat2. Jaga maruah kamu. Jaga diri, jaga iman. Biar orang cakap kita jual mahal, sebab sememangnya kita memang mahal luar dalam.
In shaa Allah.

– cik orkid

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

54 Comments

  1. untungnye.. diberikan nikmat hidayah. stay strong sis! abaikan je yg mengutuk. cari kekuatan. elakkan duduk sorang2..
    nak lagi best cari usrah..
    kalau sunyi kat umah. tgk la video2 org yg dh berubah utk jdi sumber kekuatan.
    untungnya berubah sebab Allah, bukan hal2 keduniaan..
    all the best sis. all the best.
    semoga Allah beri kekuatan pada sis.
    aamiin

  2. Assalamualaikum akak,
    Allah itu maha pengampun lagi maha pengasih..
    syukur kerana dapat merasa nikmaf hidayah sebelum terlambat.

    1) tuntutlah ilmu agama dahulu. Jangan terburu2 mencari cinta manusia.

    2) ikhlaskan diri untuk berubah. Berubah kerana Tuhanmu. Jujur aku katakan, jika keredaan manusia yang kau cari. Kau akan penat dan berundur dari medan pertempuran.

    3) berbaktilah untuk keluargamu. Selalu bersama keluarga elak kesunyian.

    4) be strong..

  3. Speechless.

    Berkata buya Yahya, aib jangan dibuka. Bahkan ulama suruh perempuan yang telah diketahui berzina untuk berpindah ke tempat lain agar orang merasakan dia mulia.

    So, tukar nombor phone. Pindah tempat baru. Cari kawan baru. Simpan aib rapat². Dan teruskan bertaubat dan berubah.

  4. Dari Anas bin Mâlik Radhiyallahu anhu ia berkata, “Aku mendengar Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Allâh Azza wa Jalla berfirman, ‘Hai anak Adam! Sesungguhnya selama engkau berdo’a dan berharap hanya kepada-Ku, niscaya Aku mengampuni dosa-dosa yang telah engkau lakukan dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam ! Seandainya dosa-dosamu setinggi langit, kemudian engkau minta ampunan kepada-Ku, niscaya Aku mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam ! Jika engkau datang kepadaku dengan membawa dosa-dosa yang hampir memenuhi bumi kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun, niscaya Aku datang kepadamu dengan memberikan ampunan sepenuh bumi.” [HR. at-Tirmidzi, dan beliau berkata: Hadits ini hasan shahih]

    Sumber: https://almanhaj.or.id/3611-keluasan-ampunan-allah-subhanahu-wa-taala-yang-maha-luas.html

  5. tukr suasna dn kwn sis..kwn yg skrg x membntu sis dlm perubhan ini…nnt dh strong sis boleh get bck dgn diorg (itu pun klau sis dh kuat dn diorg snggup trima) …

    Bile bce kssh ni…sy nk bgi tau sis sngt bruntg…sis prnh melakukan maksiat tp dlm pd tu Allah msih pilih sis untk dibri hidyah dn brubah..jgn la sia2 kan peluang ni..mmgkin x dtg lgi bila Allah dh trik..

    Sis rse sis truk…dn rse kmi yg x lalui ni hebat dn suci…sis silap…klau kami kt tmpt sis..mngkin shngga hari ni kami belum trpanggil untk brubah apatah lgi berubah…sekurgnya sis dh kenal ap itu dosa dn x mggulanginya…sedgkn kami x kenal dosa trsbut..kdg2 kami x sedar pun kami lakukan dosa

  6. Skang, jangan fikir tentang jodoh.. fikirkan tentang cara kamu nk berubah.

    Dan simpan aib tu rapat². Kalau suami tanya, cakap dara hilang sebab lumba basikal nge adik. Please.. dont tell him the truth. Truth will hurt him sooo muchh.. sumpah sakit..

    jangan terlalu bodoh untuk mengaku jujur.

  7. Berhijrah lah kamu….
    Berhijrah adalah baik bagi kamu,
    Berhijrah dari tempat sekrang ke tempat tidak megenali kamu,
    Berhijrah lah luar dan dalam…
    Dan tutuplah aib mu sehingga bakal suami mu pun tidak tahu, biar lah Allah sahaja yang tahu kerana dia adalah Maha Mendegar dan Melihat.

  8. Org yg menghukum dan menghina tu lg hina. Bg dorg awak ni murahan kononnya. Tp di sisi Allah awak tu lebih tggi martabat dr dorg tu. Dipandang allah, Dapat hidayah, Alhamdulillah.

    From now on, just move forward jgn toleh blkg dah

  9. Lelaki yg baik untk permpuan baik.jd mksd nya jika kamu ingn brubh jd baik.allah akn anta y baik untk kamu.
    jgn risau tentg jodoh.allah akn anta y bsesuai dn y kmu perlukan.
    Be a good girl.
    Be a good person.
    remmbr ALLAH SWT nvr sleep.

  10. Mkin bnr adik tsilap, tp jika org kata adik tdk mdpt keampuan allah, org tu yg silap. Sdh sifat allah maha pgampun. Bukan tuhan namanya jika bsifat mhukum. Allah tdk mbalas tetapi mberi ptunjuk n rahmat. Pilihlah jln lain yg lbih baik n jauh drp dosa lalu. Sekalipun kna mjauh n bpindah maka pergilah. Mkin sinar cahaya lbih baik di tempat org, kemuliaan nama n diri adik dpt dijaga n dipelihara. Urusan dosa pahala adik dlm pgetahuan allah, jgn mudah3 mbuka aib n rahsia diri sb byk kehancuran hdup disebabkn dendam seorg kwn. Carilah rezeki halal n bykkn bsedeqah, byk2 buat kebaikan, hrp2 pahala2 itu dpt mhapuskn dosa n mgembirakn hati. Jika seorg pelacur boleh mdpat syurga allah, apatah adik yg telah mdpt ptunjuk hga npk jln akhirat. Lps ini jgn lg bjauh2 drp allah. Sb allah akn jd sumber kekuatan adik. Semoga jln rahmat tetap utkmu hga akhirat.

  11. Chop2..awk cakap fmli takde masalah tp sebabkn ayh kurg bg kasih syg tu punca awk cri kasih syg luar..tp memula awk cakap sebab buat bnde haram tu lantaran kesempitan hidop?
    So yg mana satu asbab yg paling kukuh ni?

    Bagaimana tahap terukk ayah awk neglect awk smpai terpksa cari kaseh syg lua tu? Dia benci2 awk? Dia sumpah2 awk? Dia pukol2 awk? Dia jeling2 awk? Dia tak pelok syium awk setiap hari?

  12. قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

    Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

    (Surah azzumar : 53)

    وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

    Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

    (Baqarah : 186)

    (∩_∩)

  13. Utk pertama kalinya,, komen2 penuh dgn kata2 positif. Tiada mnusia bebas dri dosa. Semoga Allah tetapkn hati konfesor di jln yg benar. Keep strong sis :)

  14. Nak berubah kena tekad..nak tekad harus ada matlamat…bila ada matlamat harus kuat..bila kuat kunci dengan iman..apa-apa berlaku jgn pandang belakang byk berdoa dan berselawat…insyaAllah jln kedepan sentiasa selamat..

  15. bila kita pernah bergelumang dengan dgn dosa, kita selalu salahkan orang lain, mak ayah salah, cikgu salah, orang tu salah, orang ni salah.. yang salah tu diri sendiri.. apa2 pun tahniah sebab berubah dan teruskan perubahan tu

  16. Kakak jgn putus asa ok. Rahmat Allah mendahului murkanya :-). Allah mengampunkan dosa seorang pelacur yg memberi minum seekor anjing (al Burkhari) adakah pelik untuk Dia mengampunkan dosa hambanlNya yg lain. Kakak kena cuba cari sahabat yg dkt dgn Allah InshaAllah keajaiban menunggu dihadapan.

  17. Allah maha Pengampun.. pengakhiran hidup kita hanya Allah yg mengetahui.. pintu taubat sentiasa terbuka.. Allah sememangnya tidak pernah tinggalkan hambanya.. I know you’re strong

  18. Bla bca kish sis ni,tringat kish silam sy dlu..bkan nk bkak pkung di dada..tpi kish sis ni sejibik cm kish hdup sy..smua org xpnah lpas dri melakukn ksilapn sis,.kdg2 org yg bruk kisah silamnya,mmpu mlakar msa dpan yg crah..thanks abg2 & akak2 yg bgi kmen psitif pd sis ni..

  19. Bykkan bersedekah sis..bkn hanya dgn wang tinggit..dgn apa saja usaha yg kita mampu..insyaAllah..rahmat Allah akan sentiasa menaungi walau apapun dosa kita..janji kita dah btaubat nasuha..igt x cite zmn nabi dulu..seorg pelacur dpt masuk syurga krn bg anjing minum..lihatla bgaimana Allah Maha TAHU siapa sbnr hambaNya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *