Hehehe, hi korang. Since part 1 content agak pendek, boleh klik link disini untuk membacanya : (https://iiumc.com/transgender/) dan ianya masih belum sampai lagi penyampaian aku. So aku nak continue to part 2. Maaf kalau content agak panjang.
Okay, jujur aku katakan trans ni memang lawa, badan tiptop dan penampilan mereka of course la lagi hebat dari kita yang perempuan ni. Tapi gais, korang kena faham mereka tu lelaki. Mereka nak menawan hati lelaki, jadi apakah nafsu lelaki? Jadi sebab tu mereka sedaya upaya kelihatan cantik untuk menarik perhatian lelaki.
Trans ni juga dorang punya standard tak nak kalah okay. Dari hujung rambut sampai hujung kaki dorang mesti kelihatan ‘have have’. Pakaian, baju, handbag malah kereta semua kena berjenama. Korang tahu kenapa? Kerana bagi mereka, mereka perlu berpenampilan sebegitu untuk memancing ‘anak ikan’ atau nak dapatkan boyfriend.
Gais, dorang lelaki kot, nak pancing lelaki kena la nampak banyak duit. Kalau tak de duit, tak de rupa nak ke lelaki betul couple dengan trans? Wujud ke cinta sejati ibarat romeo and juliet di antara lelaki dengan trans? Bukannya boleh kawin pun. Hanya sekadar suka suka di masa muda sahaja. Huhuhuhuhu
Kenapa aku boleh cakap macam tu? Sebab aku pernah tengok sorang kenalan aku ni. Seorang trans yang sangat meminati seorang lelaki. Tapi sayang lelaki tu lelaki straight (maksudnya sejenis lelaki nafsu pada perempuan). Lelaki ni ada awek. Tapi trans punya power ni, dia boleh buat lelaki tu cair dengan dia.
Macam mana lelaki tu boleh cair? Hari hari digoda (whatsapp gurau gurau nakal), diberi perhatian (tanya kabar, makan minum) dan yang paling tak boleh blah bila trans mula ‘payung’ lelaki tu macam macam. Dibelikan macam macam, dipinjamkan duit dan lain lain. So, lama lama hati bertaut. Cewahhh. Akhirnya dapatlah trans tu lelaki yang dia minat.
Moral of the story kat sini, wahai lelaki tolong tolong tolong jangan terpedaya dengan segala godaan trans. Kerana sekali korang bercinta dengan diorang, korang tahu la azab nya macam mana. Hidup kena berkepit memanjang, dikongkong, bergaduh sikit je dimaki sehingga petik nama mak bapak korang. Gais, dah nama nya lelaki tak ada nya kelembutan kalau dah marah. Hahahah
Masuk part lelaki ni. Aku nak bagitahu juga pada korang dimana hubungan dengan trans ni bukan hanya tertakluk kepada golongan trans dan lelaki gay atau homoseksual semata mata. Tidak sama sekali ye. Golongan lelaki normal ni juga kadang kadang yang suka melayani golongan trans. Berdasarkan apa yang aku tahu, lelaki normal juga menggunakan perkhidmatan trans bila mereka inginkan ‘sesuatu’.
Bahkan bukan lelaki bujang malahan lelaki berkahwin juga mereka sapu. Seram aku mendengar. Bagi kesimpulan aku disini, seperti aku kata mereka ni bab menggoda memang power. So lelaki straight korang hati hati la ye. Jangan sesekali mudah terpedaya. Ingat Allah ye gais. Ingat anak bini. Jangan bawa penyakit pada family korang. Please.
Macam mana aku tahu semua ni? Mereka ni kalau bercakap tentang aktiviti mereka memang tak segan silu. Sebab tu aku boleh tahu sebab mereka bercakap tak cover, so aku mendengar aku pasang la telinga. Sape suruh cakap suara garau (kuat) sangat. Hahahaha
Aku sedih tengok orang orang kita ni makin lama makin menyokong tindakan tak bermoral mereka. Mereka trans, berpakaian seperti perempuan, lagaknya seperti perempuan. Tayang body, tayang boyfriend, buat statement nak kawin, tayang darah period tapi masih disokong, didorong oleh orang orang kita. Lagi menyedihkan pendorong, pendokong mereka ada insan insan ternama.
Ya Allah, kegilaan apakah semua ini? Dah tak ada usahawan dalam Malaysia ke yang mereka nak dorong? Ada pula tu dipanggil untuk berlakon dan diketengahkan dalam industri seni. Aduhai, adakah Malaysia ni kekurangan pelakon wanita? Apa guna banyaknya program realiti yang ada konon nak tampilkan bakat bakat terpendam kalau last last bakat sotong juga diambil. (Tepuk dahi)
Aku cuma nak cakap dari hati aku sendiri la. Bagi aku korang cukup cukup lah mengagungkan golongan seperti ini. Cukup la mengketengahkan golongan seperti ini di platform media yang dikenali. Apakah Malaysia dah kekurangan celebriti wanita tulen untuk diangkat? Tak faham aku.
Kerana wujud golongan seperti ini lah korang boleh perasan ramai budak budak sekolah baru nak menyotong ni dah berani nak exposed diri mereka. Usia mentah dah berani nak expose, nak tayang itu ini, buat aksi aksi gedik maknyah melampau. Sebab apa? Sebab ada ‘kepala besar’ yang disokong orang bodoh macam kita ni dalam industri kini. Kalau zaman kita golongan macam ni nak tonjolkan diri pon tak berani sangat. Orang terdekat je tahu pasal dia. Sekarang ni dah berani nak tonjol macam macam di media sosial.
Setakat nak mekap mekap nak tunjuk skill mekap tu boleh consider lagi mungkin tu minat diorang. Tapi sekarang makin melampau. Tunjuk aksi aksi ghairah, baju leher besar tutup sebahagian kecik je di dada. Buah dada pun segan tumbuh kecut tak mahu. Tapi apa adahal bak kata diorang, janji golongan kami disukai ramai kerana sikap kami yang kelakar.
Kelakar ke masalahnya? Hanya membawa imej perempuan so mereka consider mereka kelakar dan disukai ramai? Yang merasakan benda tu kelakar dan hanya sebagai hiburan ingatlah, dorongan korang ini membawa trans ke level yang seterusnya. Silap silap membawa pengaruh kepada generasi korang. Lagi korang angkat mereka lagi merebak golongan mereka ni.
Aku tak menghukum orang lembut. Dari dulu pun ramai artis mahupun celebriti lembut. Lembut pada perwatakan dan percakapan tetapi penampilan masih dijaga. Which is bagi aku masih acceptable kalau mereka diketengahkan di platform hiburan.
Cuma yang menyedihkan aku adalah sudahlah jantina itu terang terangan lelaki, berpakaian pula perempuan. Beraksi seperti perempuan, tak segan silu berpakaian separuh bogel, bercinta, memakai tudung dan melakukan perkara perkara yang boleh menyentuh sensiviti agama dan budaya Melayu kita.
Malah diangkat dan dipelawa oleh orang industri yang terkenal. Apakah korang dah hilang kewarasan? Nak bersikap open kena tengok caranya juga. Nak ketengahkan orang sebegini dalam industri hiburan biar dia ber identiti / berpenampilan mengikut jantina. Tak nak ikut campak je kat longkang. Nak dilayan buat apa.
Kita sangat marah bila ada kaum lain menyentuh sensiviti agama dan budaya kita. Tapi bila kaum kita sendiri yang mempermainkan isu ini kita seakan buat tak nampak je.
Semakin kita mendorong semakin mereka ingin melakukan lagi dan lagi. Mencari perhatian di kalangan kita. Meminta simpati, dah ada back up buat pula tahi. Di banned minta simpati lagi. Itu lah permainan mereka. Bukan ke macam pesakit mental disitu? Adakah kita sedang menyokong dan cuba mengagungkan ‘pesakit jiwa’ dalam negara kita sekarang? Tak faham aku.
Aku rasa masyarakat bukannya jahat. Sekiranya golongan ini berniaga dengan cara betul pasti ada je pelanggan yang membeli. Ada je penyokong yang tersendiri. Sebagai contoh Dato Alha, beliau jual barang mekap tanpa perlu jadi lembut, tanpa perlu buat gimik bodoh, tanpa buat lagu. Tapi produknya laris, diminati oleh kaum wanita.
Ini tak, berniaga satu hal tak jujur, terang terangan menipu pengguna. Kita yang perempuan lah yang kena tipu. Lepas satu satu produk diorang kita beli tapi hasilnya sama je. Kita duit beratus habis kat produk diorang je. Diorang dengan duit tersebut pegi Thailand upgrade body. Balik Malaysia buat produk baru konon formula dari Jepun. Jepun makcik dia. (Contoh sahaja) Hahahahaha.
Baiklah sekian, Assalamualaikum wbt.
* Maafkan sis kalau posting ni terabur sikit.
– Sis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit