Hai nama aku Jemah. Sebelum aku mulakan cerita, aku minta maaf jika penulisan aku agak ‘tah hape hape’ sebab aku first time menulis. Ok aku start bercerita.
Kisah ni masa aku bertunang 5 tahun lepas. 2 tahun aku ikat tali pertunangan aku dan suami. Sebab masa tu aku berniaga makanan (cod), tunang pulak kerja merepek repek.
Macam mana nak kumpul duit kahwin. Habis gaji nak survive je. Disebabkan aku ni sejenis wanita yang memahami. Aku delay sampai Dua Tahun. Lama kan.
Sepanjang aku bertunang tu, ok je. Tiada masalah pun. Masalah besar pasal duit lah. Terkontang kantinglah cari duit, nak kumpul duit kawin.
Sambil tu tunang aku apply jugak kerja lain yang ok. Setahun lepas tu, Alhamdulillah rezeki. Tunang aku dapat la kerja kilang omputeh dekat Penang.
Ok lah. Banyak benefit, ada ot. So boleh pulun duit nak kahwin.
Disinilah bermulanya dugaan terbesar dalam hidup aku sampai effect ke sekarang. Aku cerita sikit pasal tunang aku ni.
Sepanjang aku kenal dia dari zaman belajar sampai la bertunang dekat 7 tahun tu. Tunang aku ni sejenis tak banyak cakap, pendiam, cakap benda penting je. Berfikiran positif, tak suka mengumpat orang, cool, tak baran. Sejenis manusia pelik.
Mana mana orang tak kira lelaki atau perempuan tua atau muda semua orang akan cakap dia ni bisu ke, tak reti nak bergaul ke. Haaa, macam tu. Aneh kan….
Sampai la satu haritu, aku p terengganu. Konon nak healing. Pergi rumah member aku, teman member aku sebab laki dia outstation sambil tu aku healing la jugak.
Jalan jalan menikmati keindahan Terengganu. Yelah time tu lagi 2 bulan je nak kawin. Nanti dah kawin memang susahlah nak kemana mana.
Aku p terengganu tu sepatutnya 1 minggu tapi hari ke 6 dah balik. Sampai la hari ke 5 aku dekat Terengganu, tiba tiba aku dapat satu call dari orang tak kenal. Aku ingat orang nak order makanan la.
Kan aku niaga makanan. Rupa rupanya…. ‘Haii, ni Jemah ke’
Aku macam …. Eh kau ni siapa. Aku pelik jugak.
Yang call tu start la bercerita. Aku namakan dia Ama. Dia call okay, terus call.
Ama ni satu tempat kerja dengan tunang aku. (Dalam call) Ama bagitahu yang dia dah 2 bulan berkawan dengan tunang aku, tunang aku pernah sentuh dia la, tunang aku selalu keluar dengan dia, macam macam.
Yang tak boleh blah si Ama ni siap mengaku yang dia Janda. Bersumpah bagai yang dia ni Janda.
Aku memang tak boleh blah waktu ni. Aku packing baju, aku gerak naik bas balik rumah keesokkan harinya.
2-3 hari macam tu, kes ni tak settle lagi tau. Si Ama ni still ganggu aku. Call aku, wasap aku, message aku.
Memang mental aku dibuat. Aku tak puas hati. Aku gigih p penang dengan mak aku. P jumpa Si Ama n Tunang aku sekali dekat kedai mamak.
Tunang aku macam biasa la, diam seribu bahasa. Masa aku jumpa si Ama ni depan depan dia still mengaku Janda.
Aiyoooo. Di cerita la tunang aku raba dia la apa la. Aku time ni tiada la mengamuk ke apa. Steady jelah. Takkan nak hempok orang kan. Belajar la cool.
Walaupun hati ni bara je nak hempok pala dua dua dekat dinding.
Keesokkan harinya, Suami si Ama ni call aku. Marah aku.
Macam aku pulak salah kacau dia. Apoooo laa. Aku sound la laki si Ama balik. Terdiam terus dia.
Mati matian si Ama ni mengaku janda. Rupanya berlaki.
Kes ni kan. Kecoh jugak satu kilang tu. Kesian.
Tapi elok pun, biar dia rasa malu sikit. Takda lah kacau orang lain pulak.
So kes tu habis sampai situ selepas laki si Ama ni warning tunang aku. Acah gengster kan.
Lepas settle kes ni. Aku teruskan jugak perkahwinan aku. Walaupun masatu aku dah batalkan semuanya. Nasib baik tak burn terus. Aku solat istikarah minta petunjuk.
Maybe ni ujian buat kami. Btw laki aku dah berhenti kerja lepas 9 bulan kita orang kahwin.
Sampai sekarang sebenarnya aku trauma kes ni, mungkin dengan kata kata si Ama tu buat aku jadi ketakutan.
Sebab sekarang aku PJJ dengan laki aku. Aku takut jadi lagi. Tapi kalau fikir logik tak ada sebarang bukti kukuh pun yang diorang checkin ke, apa ke.
Tapi aku tetap susah nak percaya sesiapa.
Kepada si Ama, aku nak cakap. Aku tak pernah lupa apa yang kau dah buat pada aku. Effect kesihatan mental aku terganggu.
Aku takkan maafkan segala kata kata kau, takkan pernah lupa. Aku gigih datang penang konon nak settle masalah, rupanya sia sia.
Vacation aku sepatutnya seronok jadi hambar disebabkan kau terpaksa aku balik awal. Dah kahwin, jangan menggatal mengaku JANDA!
Yang besar,
– Jemah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit