Trauma – 10:58 AM

Trauma

Hi Admin, thanks sudi publish.

Alkisah dia macam ni, aku ni mungkin terlalu banyak lihat pengalaman orang sampai jadi satu trauma kat diri aku. Trauma nak berkahwin. Kebanyakan keluarga yang aku lihat, si suami selalu mengabaikan tanggungjawab mereka. Contoh yang selalu aku jumpa abaikan nafkah. Benda memang nampak kecil tapi hakikatnya tu yang selalu buat keluarga jadi tunggang langgang. Cerita berdasarkan pengalaman yg aku lihat dari keluarga aku sendiri, pak cik, mak cik, kawan-kawan dan sebagainya. Si isteri pula bekerja untuk membantu si suami. Malangya atas sebab itulah, suami mengambil kesempatan untuk mengabaikan nafkah dia kepada keluarga. Isteri pula yg perlu membayar semua bil rumah, nafkah anak-anak, kadang duit kereta dan boleh kata semua perbelanjaan keluar dari duit isteri. Isteri pun kerja siang malam juga cari duit. Mungkin sebab terlalu kesian dan niat ingin membantu, sampai suami ambil kesempatan macam tu. Habis ke mana duit gaji suami pergi kalau semua benda isteri yg bayar? Siap ada yg berhutang along sana sini. Untuk apa? Aku sendiri tak pasti. Nak kata tak kerja, kerja memang bergaji. Aku sendiri tak tahu mana pergi duit gaji suami semua pergi. Hal anak-anak lagi tak pernah di ambil kisah. Tak eprnah ambil tahu anak-anak punya pelajaran, perbelanjaan, kadang didikan solat dan agama juga diabaikan. Ada anak-anak yg dah besar, cuba bayang perasaan mereka lihat ayah mereka macam tu? Aku tak kata semua suami perangai macam ni, tapi kebanyakan yg aku jumpa punca keluarga jadi pecah belah sebab benda ini lah. Belum lagi ada yg kaki perempuannya lagi. Macam-macam sangat perangai suami yg aku jumpa ni. Ada yg dah dinasihatkan, sekejap jek okay lepastu jadi balik.Habis isteri pula menanggung semua derita dan masalah. Satu sebab yang pasti dia bersabar, sebab anak-anak. Memang kalau ikut yg aku lihat semua nak minta cerai sebab tak tahan, tapi apakan daya. Sayangkan anak-anak, kasihankan anak-anak. Tapi sampai bila? Sampai bila suami nak berterusan berperangai macam tu? Sebab drama-drama keluarga yg macam ini lah buat aku jadi takut nak kahwin. Dah 27 tahun hidup tapi aku still tak nampak kebahagiaan wanita selepas berkahwin. Ni based on experineces yang aku lihat, sebab keliling aku semuanya menghadapi masalah ini. Sampai satu tahap aku rasa lebih baik hidup sendiri dari hidup berkeluarga. Macam mana aku nak tukar mindset aku supaya trauma hal-hal ini dapat dipulihkan? Tipulah kalau sikit pun tak rasa nak kahwin kan, adalah perasaan tu. Tapi bila fikir lama-lama dia jadi macam "kalau kahwin jadi macam ni, macam mana? Bahagia ke jadi macam ni? Apa yg best nya kahwin kalau macam ni?"

– Cik Bunga

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *