salam semua,
aku sekarang ni berada dalam trauma yang agak teruk kot. trauma takut kehilangan. ceritanya macam ni. aku baru kahwin tahun lepas dan selang tiga bulan macam tu, aku disahkah mengandung. tapi lepas dua bulan, aku keguguran. masa tu aku rasa macam hampir meroyan tapi suami banyak bagi kata-kata semangat. aku kata last ni aku nangis sebab beby lepas ni tak nak nangis dah. tak lama lepas tu dalam dua tiga minggu macam tu, suami aku eksiden. kereta agak teruklah. tapi alhamdulillah suami aku tak apa-apa. cuma badan sakit-sakit je. orang kalau tengok keadaan kereta memang akan ingat driver meninggal, tapi alhamdullilah suami selamat. sejak dari itu aku jadi trauma sangat. bayangkan aku baru aje hilang baby, lepas tu suami pulak eksiden. aku takut gila kalau suami nak pergi jauh-jauh. maksudnya kalau nak kena pergi khusus ke. aku pjj dengan suami. suami kerja seberang laut. dari dulu aku trauma kalau suami naik flight. aku akan tracking flight dia guna flight radar. aku trauma sejak mh370, lepas tu mh17, lepas tu kan banyak kes flight buat pendaratan cemas dan macam-macam. dan sekarang aku jadi trauma dua kali ganda sebab suami pernah eksiden. aku rasa macam suami aku tu bebila masa je akan tinggalkan aku. macam sekarang ni dia tengah ada kursus, esok lusa dah nak balik. disebabkan kereta masih kat bengkel, jadi dia akan balik naik bas atau van. aku jadi takut sangat. aku takut tetiba dapat call kata sekian-sekian. mimpi pulak pelik-pelik.
masa aku keguguran dulu, aku dapat mimpi pelik tiga hari berturut-turut. bila search kat google, makna mimpi tu kata aku bakal kehilangan sesuatu atau seseorang. lepas pada tu terus aku keguguran disebabkan kandungan tak jadi. pastu hari tu aku mimpi suami aku meninggal, lepas tu aku mimpi jugak batu cincin aku hilang. aku fobiaaa bab mimpi cincin ni sebab itulah mimpi aku yg selama tiga hari tu.
ada sesiapa boleh bagi nasihat atau kata-kata tak untuk aku atasi rasa trauma ni. betul, kita tak perlu fikir benda yang diluar kemahuan atau diluar control kita, tapi pleaseeeee aku trauma sangat ni huhuhu.
– nana
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
kita kena berbalik kepada Allah dik…semua benda yg bernyawa akan merasai mati…kita doakan yg baik2…sangkaan ni umpama doa..jika buruk yg kita fikir buruk lah yg kita dpt…maka dengan berbaik sangka…andai kata terjadi apa2 itu semua dah suratan takdir….hidup kite ni singkat dik..maka hiduplah dengan gembira dan tenang…
Ckp kt writter berserah pada allah
Allah akan bagi pada apa yg hamba dia sangkakan
Seorang isteri perlu sgt2 byk2 mendoakan suaminya. Doa keselamatan, doa urusan suami cari rezeki dan lain2 dipermudahkan, doa keberkatan dan keredhaan Allah pd setiap yg suami usahakan dan macam2 lg.. my 2 cents, jgn sangka,fikirkan yg bukan2 sbb kdg2 sangkaan seorg isteri ni boleh jadi doa… sentiasa doakan yg baik2 utk suami dan bila dia keluar cari rezeki atau buat perkara baik, LEPASKANLAH dia pada pemeliharaan Pencipta dia dan kita iaitu Allah. Takde pelindung sebaik Allah.
Find a job and get busy.
innalillahi wainnailaihi rajiun …Orang yang bersabar menghadapi kematian adalah orang yang sentiasa berada di bawah perlindungan Allah. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156-157 yang bermaksud: “Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya. Dan mereka itulah orang yang mendapat hidayahNya
stop being paranoid.Kita nak mati bila2 pun boleh.Sebab tu kena selalu doa yang baik2 je untuk orang tersayang.
bila awak lemah, diri awak mudah dipengaruhi syaitan..
Ni yg dikatakan dah mati seblum mati. Sentiasa dlm ketakutan tu pun mcm satu azab jgk. Kan hidup kita ni dlm peliharaan dan takdir Allah. Minta la yg elok2 utk kita dan keluarga selebihnya serahkan kpd Allah utk hidup yg sementara ni. Patutnya byk takut apa yg akan dihdpi selepas mati sbb yg diterima hasil amalan di dunia utk akhirat yg brkekalan.
Semua milik Allah. Bila2 masa saja Dia boleh amik balik. Pasrah dan redha sahaja ubatnya
point 1 REDHA
atas kehilangan ahli syurga
point no 2
tolong jangan google pasal mimpi boleh??
point nom 3
aku dah lupa(hua3)
Im gonna love you like im gonna lose you – Meghan Trainolll
Please go to get professional help sebelum anxiety makin melarat puan :)
Stiap kali bgn dr mimpi buruk bc auzubillah bt isyarat meludah sebelah kiri 3 kali..klu rase berat sgt terus bt solat sunat hajat minta dijauhkn dr mimpi buruk tu…insya Allah yakin dgn Allah…Allah yg menentukn sesuatu…jgn percaya pd mimpi…
Cinta adalah nikmat pinjaman Allah ntuk kita semua. Tp, dia juga makhluk Allah yg for sure akan pergi satu hari nanti.
Now… what u should do is.. tenangkan diri. Rapatkan diri ngan Allah. Solat di awal waktu n redha ngan apa yg da blaku. Ingat syg, anak tu da tunggu kat pintu syurga da tuh. InsyaAllah