TRAUMA aku cukup takut

Aku harap kisah hidup aku ni dapat bagi pengajaran pada org lain.

Aku bkn nye alim, xpandai agama, biasa-biasa je. perwatakan aku agak pendiam.
Tapi aku xpernah ada kwn lelaki satu pun xde.sbb aku cukup2 takut. Masa aku kecik dulu aku selalu tgk ayah aku marah mak aku. Ayah aku garang sgt2. Aku tgk muka dia je pun dah ckup gerun. Apatah lg klu dgr suara. bunyi tapak kaki dia bjalan dah ckup bt aku terketar2. Aku dan adik bradik aku sllu kna marah. Badan penuh dgn lebam. Abang2 aku pulak sllu bgaduh. Xpernah berbaik. Aku ckup2 takut tgk diaorg bergaduh sampai mahu bunuh membunuh antara satu sama lain.

Tu dulu skrg ni keluarga aku dah ok. Alhamdulillah xmcm dlu. Masing2 dah besar dah matang. Tp kesan dari tu. Aku betul2 takut. Fobia dgn orang llaki xblh tgk. Pecaya @ tak, nk becakap pon aku takut. Mslh tu brlarutan sampai aku besar msuk univesiti. Klu bt assigment ke apa aku hnya bckp bila perlu je tu pun suara aku terketar2. Pernah sepupu llaki aku dtg rmh aku, aku tgk xknal aku takut. Aku trus lari menyorok bersembunyi. Kluarga aku xpenah tahu aku jd mcm ni. Aku xpenah cerita. Dpan mereka aku bt mcm biasa wlpun dlm hti aku ckup2 takut.

Yg aku nak ni cerita lain. 3 tahun lepas. Segar lg diingatan aku tarikh jam smua aku ingat. satu malam ku terima satu panggilan pada jam 2pagi.
Terkejut.. kelam kabut aku sambut panggilan tu. AKu ingatkan emegency dari keluarga. Rupanya hanya panggilan dari orang yang aku xkenal.
Suara lelaki.. aku terkejut terus takut. Aku tak layan dan aku terus ku off.

Panggilan tu berterusan ganggu aku.. minta untuk berkenalan dengan aku.. Kata dia mungkin akulah takdir jodohnya petunjuk dalam istikharahnya.
Sbb tu dia call mlm tu jgk sbb nk thu sape pemilik no.fon yg dia dial.. Betul ke aku @ org lain.
Pelik sedangkan aku langsung xmngenalinya. Aku terus tolak dan sebelum ini aku jugak tolak beberapa orang untuk meminang dan yg nk knal dgn aku.
Bukan sebab aku jual mahal tp aku takut sgt2. Aku takut utk berdepan dgn semua tu. kdg2 bila aku tido terbawa2 sampai dlm mimpi dan aku menangis2. Lgpun dulu sebab aku masih belajar, keluarga aku pun susah dan aku klu blh nak balas jasa mak ayah aku dulu.

Beza waktu ni aku dah habis bljar ijazah. lepas konvo dan tunggu panggilan untuk posting. Keje krajaan..
AKu cerita dekat mak aku tanya pendapat. Than mak aku suruh kenal dulu kali ni jangan terus tolak mungkin itu jodohku.

Entah mungkin dia bakal imamku.
Aku beranikan dri.
Mak aku suruh bt solat istikharah. Aku suruh dia call minta izin sendiri dengan mak ayah aku kalau betul nak berkawan. Lama jugak dia bergayut becakap dgn mak ayah aku agak berani jgkdia. Mcm2 mak aku tanya.
Kami mula berkenalan atas kebenaran mak ayah aku.
Dia nk call bckp dgn aku tp aku xblh aku takut dgr suara lelaki. Masa mlm tu je fisrt aku angkat call bckp dgn dia tupun sbb aku xthu llaki y cll. Lps tu tak. Jarak dia dgn aku jauh. Xjumpe lg. Dan kiteorg kenal dgn msg je dia hntr gmbar. apa2 aku akn cerita semua dekat mak aku pasal dia. aku takut sbb aku xbiasa.

aKu berterusan solat istikharah.. Aku tak tahu nak cakp mcm mne.. Masa tu hati aku pelik sangat2.
Mcm3 aku rasa.
allah gerakkan hatiku membaca surah fussilat.. Dann ku jatuh hati dengan bait-bait ayat surah itu. Aku lg pelik Setiap hri aku merasakan aku kena baca.
Klu aku xbaca aku jd gelisah. Aku xthu knp..
Tapi setiap kali aku baca tiap kali tu jugak air mata aku makin laju mengalir tidak putus-putus.
Ayat dlm surah fussilat betul2 jelas.. banyak menceritakan berbagai ujian sebagai peringatan dan amaran Allah untuk menguji keimanan dan keyakinan manusia.

Sejak dari perkenalan itu. Betul-betul terjadi kepadaku seperti angau. xpenah aku mcm ni. Macam orang sllu cakap.
Makan tak lalu.. Lgsung xde selera
Tidur tak lena.. Aku jd susah nak tidur..
Masa ni aku kat kmpung dgn mak ayah aku. Diaorg tgk aku byk berubah, betul2 berubah. Mcm org mabuk angau. Adik beradik aku mula dok usik aku..
Entah mungkin kot dia jodoh aku. Masa tu aku impikan perkenalan ini berakhir dengan ikatan yang suci. Dia llaki pertama y aku knal. Dari aku knl dia masa tu. Agak alim jgk selalu pesan suruh jaga solat dan tahajud. Bce quran.

Sebulan perkenalan itu, satu malam dia excident seorg dri terbabas dgn motor besar dia. Aku hanya tahu apabila keluarganya menghubungiku dan mengatakan dia koma tidak sedarkan diri. Tu pun melalui msg je. Katenya kakak dia. Aku call tp xangkat. Byk kli aku call. Aku takut bimbang sangat2. Klu ikutkan hati nak je aku pegi tengok dia.
Tapi mak aku tak bagi sebab jauh sangat lagipun aku dengan dia xde apa2 lg. Masa tu allah saje yg thu.
Aku buat solat hajat tak putus-putus.. Aku baca al-quran sdekah pada dia. Air mata aku jgn ckp mengalir laju jer. Aku doa mohon supaya allah menyelamatkan dia. Malam itu dia sedar dari koma. AKu sujud syukur pada allah

Pada waktu itu barulah aku tahu sebenarnya dia adalah duda anak satu. Tu pun kkak dia bgthu. Msg jgk. Aku call lg kkak dia tp xangkat jgk.
Lps dia sedar dia mintak nk bckp dgn aku. Aku bckp la sbb kesian. Dia kata dia xbgthu dia duda sbb dia takut aku tolak dia. Aku betul2 pasrah. Bermula dr tu dia sllu call aku.

Keluarga aku mula xsetuju sbb dia duda tkut nnt ad mslh lain. Tp dah tgk keadaan aku mcm org mabuk angau. Diaorg paksa supaya keluarganya datang merisik dahulu sebelum aku dipostingkan klu betul2 serius. Ketika itu dia masih lagi dihospital. Xblh bergerak lg. Dia hanya menghantar keluarganya menemui keluarga aku. Pada hari yang dirancang smua keluarga aku balik dan diaorg sibuk memasak untuk tetamu yang akan datang. Byk makanan. Jiran aku kat kmpung ni rapat dgn kluarga aku. Apa2 mesti diaorg thu.diaorg pon dtg sama.
Tp btul2 xsangka sampai ke malam tetamu yang di tunggu tidak sampai2. Berpuluh-puluh kali aku telefon dan meseg namun tidak dibalas.. Dia, kluarga dia smua xdak respon. Kluarga aku mula marah, bising dan menyuruhku untuk terus putuskan hubungan.

Aku berkurung di dalam bilik malu dengan keluarga aku. aku betul2 sedih. Tiba-tiba dia telefon sedih2 Mintak maaf. Dia ckp dia nak pinjam 2k sbb emegency telah terjadi pada dia. Dia lari dari hospital. Beg dompet brg2 dia semua dekat kluarg dia. Dia mintak tlg dgn aku sbb kluarga dia xnk tlg marahkn dia.
Waktu itu aku xkerja tapi sbb kesian kan dia. Aku beritahu mak ayah aku dia nk pinjam duit. Mak ayah aku berat hti nak tlg. Tp last diaorg tlg jgak tu pun sbb aku dok mnangis mintak suruh tlg dia. dia jnji nk byr dgn cepat.

Bermula dengan itu blh dikatakan ada sahaja masalah dia mgadu dgn aku dan mahu meminjam duit dari aku dan berjanji dan bayar secepat yang mungkin.. Dari situ apa yang terjadi aku xcerita dah dekat keluarga aku.. Mreka sibuk menyuruh ku putus sbb diaorg curiga dgn llakk tu. keluarga aku mula siasat latarbelakang llaki tu.
Mati2 aku backup dia sbb aku syg sgt2. Aku kesian sbb dia xsmbuh lg. Pada waktu itu apa yang kluarga aku ckp suruh tinggalkn dia. aku tidak endahkan.. Aku sudah mabuk khayal. hti aku sellu memanggil2 nama dia. Dia org pertama y aku knal.

Aku mula hilang arah. sbb nk tlg dia aku pinjm duit dgn kwn2 aku. Pada waktu tu sahaja jumlah duit yang aku pinjam dari kawan-kawanku sudah mencecah 13k. Kawan2 aku pulak byk yg dah kerje. Diaorg pecayakan aku smpai aku nk pinjm 2k pon ad yg bg wlpun aku xkeje lg.
Awal julai aku dipostingkan di kepulauan borneo. lagi jauh. Rentas laut cina selatan. Namun aku masih lagi tak bertemu 4mata dengannya.
Masalahnya terus berlarutan..
Katanya gara-gara kemalangan itu katanya pekerjaan terjejas. Dia nk try bt keje lain. Bila aku dah start keje aku buat loan peribadi untuk tolong dia..

Aku ada sorg kwn y special sikit.
Pernah dia tegur aku. Dia pandai berubat. Dia kate aku byk berubah xmcm dulu. Wlpun aku xcrita, dia thu pasal llaki tu. Dia ckp llki tu pergunakan aku. Dia tipu aku.
Yekee aku mula xsedap hati.
Aku jd curiga aku tny dia tp dia menggunakan nama allah dan alquran bersumpah xpenah tipu aku. Aku mabuk pecayakan dia. hti aku berlagu nama dia. aku Sggup berkorban utk dia. Klu dia suruh serahkan nyawa pon aku sanggup. Aku abaikan je teguran kwn aku.

Allah tlg aku.
Entah mcm mne aku blh tahu dia betul2 tipu aku. aku betul2 marah sakit hati. Aku tinggalkn dia. Berbln2 xbrhubung. Hati aku sasau mcm org gila. Aku jd btul2 tak terurus.Xsenang duduk. Siang mlm aku tringtkn dia. Hti aku asyik memanggil namanya. xlalu mkn. tdo xlena. aku Smbung balik. dia marah aku tingglkn dia. dia kata klu aku tingglkn dia lg. dia akn kacau bilau kn hidup aku. tp mcm tu jgk dia sllu mintak pinjm duit dgn aku.
Klu aku xtlg xbg duit mcm2 dia kata kat aku. Dia hina aku.
Dia penah kata aku betina sial. Sbb aku hidup dia jd mcm tu. Sbb aku byk mslh dtg dekat dia.
Aku btul2 rase trhina hati aku terguris dgn kate2 dia. Tp hti aku ttp bertahan sbb aku rase aku xblh kehilangan dia.

Dlm tempoh tu wlpun aku thu dia tipu aku. Aku xblh bt ap2. aku terlalu lurus bendul ikut ckp dia. Byk kali aku cb tinggalkn dia. Tp aku jgk yg jd gila. hidup aku merana. masa tu aku rase betul2 mcm org bodoh.
aku bg pluang bg pluang hrp dia blh berubah. Berkali2 aku bagi peluang.
Smpai la dia beritahu ibu dia meninggal dan minta duit untuk uruskan jenazah. Aku xbyk soal terus bagi, ni soal kmatian. Aku xtny kluarga dia sbb kkak dia y msg aku dlu tukar nombor fon.
Lama jgk dekat dgn sebulan bru aku thu dia tipu aku.
Allahuakbar ank jenis apakah dia sggup guna nama mak utk duit. Masa tu aku dah xblh tahan. Betul2 marah. mmg aku rase dia ni xguna. pandai dia tipu aku. setiap kli pengurusan jenazah, pg kubur, bt sijil kmatian, khairat kmatian smua dia hntr locatian dgn gmbr dkt aku. cara dia bt aku btul2 pcya. ..

Aku bagaikan lembu dicucuk hidung.. Nasihat orang aku tak hirau. Aku hanya mempercayai kata-katanya. Dlm tempoh tu aku penah brjumpa dia tp sekejap saje. Aku xblh pndg muka dia. Tp hti aku xblh tingglkn dia. Aku gila.

Siang mlm aku berdoa. Hnya allah saje y tahu derita hati aku.
aku dirawat, lebih dari 2orang ustaz. Kata mereka aku dipukau. Aku akan jd ikut ap yang dia ckp. Dia hanya mempergunakan aku untuk kepentingan dia. wallahua'lam.

Tidak mahu aku bercerita panjang. Aku menanggung beban hutang lebih dari 300k disebabkan dia.. satu sen dia xpenah cb ganti bayar balik duit aku.
Duit gaji, loan peribadi, kad kredit, duit kawan-kawan ku semua dikebas. Wlaupun aku bekerja aku tidak pernah merasa duit gaji aku semuanya dia habiskan..3 kali aku bt reloan pinjman gara2 dia.
Aku ikat perut menahan lapar, puasa. Aku menumpang simpati kawan-kawan. Aku dihina dikeji dicaci dipulaukan kerana berhutang sekeliling pinggang.. Aku hilang sahabat dan orang sekelilingku.
Hati aku tidak pernah tenang dengan hutang yang berlambak. aku bt ap saje kerja untuk cuba bayar hutang kawan2 aku. aku rela menjadi orang suruhan semata2 untuk membayar hutang.

Nasib aku agak baik kerana aku berjauhan dengan keluarga. Sejak dari hritu y kluarga dia xjd dtg rmhku. satu pun aku xcerita dekat mak aku.
sejak dri tu aku jd pandai menipu.
aku jarang balik kmpung. klu dpt elak aku akn elak. Dah lama aku tak balik kampung. Stiap kali cuti macam2 alasan aku berikan kepada keluarga aku. Aku malu aku sedih. Aku xblh beli appun buah tgn. Aku ckup bimbang mak tgk aku krus kering bagaikan mayat hidup.
pernah ayh aku sakit nk guna duit.
Aku btul2 rase mcm ank xguna. Sbb xblh tlg kluarg sndri. Aku xdak duit. Satu sen pon aku xdak.Aku bgthu dia mintk tlg dgn dia tp dia bt xthu.

Hanya allah saja yang tahu betapa hancur dan sedihnya hati aku. Tika tidur airmata aku selalu mengalir kdg2 sampai termimpi2. Aku ckup2 takut. Aku trauma dgn ap y terjadi dlm hdup aku. Dpn org aku sembunyikan kepiluan hati aku dan berlagak biasa berlagak biasa di tempt kerja. aku hnya mmpu Senyum. Semuanya aku pendamkan.. Xbgthu sape2.

Aku pun manusia biasa.. Aku bukan malaikat. Tipu lah aku tak marah..
Namun ku sedar segalanya tidak boleh diundur. Tidak aku minta diuji begini..
Jodoh ajal maut itu rahsia allah.. Tidak aku sangka dia datang sebagai ujian kepadaku.
Sblm aku knl dia. Tidak pernah sebelum ini ku berhutang wlpn seringgt. Aku lg sggup brlpar dr brhutang.Dan hutang lah paling ku takut. sekarang hutang menjerut diriku.

aku teringin nk mcm org lain.. mcm kwn2 aku.
Keje penat2 nk beli hdiah utk mak ayah. Beli makanan sedap2. belanja diorang. bawak pg jalan2 sane sini. bila org lain balik bercuti aku hnya mmpu duduk terkurung dlm bilik. aku cuma mmpu bermimpi utk rase smua tu.

Dulu sblm knl dia aku mmg dah sakit dan mmg sllu sakit. Aku xpenah bgthu sape2 wlpun kluarga aku. masa aku di U. aku dlm dunia aku. Dunia y penuh dgn ketakutan. Masa aku bljr d U dlu kwn aku ad yg pggil aku gila. Dunia aku mesteri xsama mcm org lain. Ap yg aku nmpak tak sama mcm org lain nampak. Ap yg aku dgr org lain xdgr. berckp sorang2. Smpai laa aku drawat.
alhamdulillah.

Dlm hidup aku, aku pling xsuka susahkn org lain. Slagi aku blh tggung. Aku akn bertahan. bg aku, aku lg thu ap y aku lalui. aku xnk libatkn org lain.
Aku pernah sakit sampai xblh bangun nk bergerak wlpun mggerakkn jari. Aku hny mmpu pejam celikkn mata aku. Penah jgk aku jatuh. Bila aku rase badan aku lain mcm letih aku akn asingkn dri aku dri kwn2 aku.

Masa tu waktu tghari hri gotong-royong tempt kerja aku masa praktikal, aku btul2 xterdaya nk tggung. Aku smbunyi blakang pokok tempt org xnmpk. Sedar2 dah pukul 6, semua org dah xde. aku xblh bangun nk bjln. aku merangkak cari paip air segarkn dri. alhamdulillah allah selamatkn aku.

Mcm mne sakit pun aku. Aku akn tahan. aku xkn bgthu sape2.
tp kdg2 dtg perasaan putus asa dlm dri aku. Penah jgk berkali2 aku cb bunuh dri. Alhamduillah allah selamatkn aku. Hidup ni hnya cobaan. Ada org y lg susah dri aku. setiap ujjan yg dtg ada sebab tersurat dan tersirat. Aku ckup2 bersyukur allah msih bg lg pluang.

Sebenarny aku xnk cerita smua ni. Tp aku beranikan diri.
Sebab semalam ku temui seorang yang sama nasib dengan aku.. Ditipu lelaki yang bertopeng hanya menginginkan duit semata bezanya dia berkahwin punyai anak dan terabai.

tlg doa kn aku. moga aku terus kuat bertahan. aku nak setelkn semua hutang2 aku. mulakan hidup baru.
aku nk kumpul duit pg mekah bawak mak ayah aku sekali.

bg aku kesusahan kesempitan kesengsaraan tu sebenarnya mengajar erti kehidupan yang sebenar supaya kita menghargai setiap apa yang ada.

– awan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

16 Comments

  1. Prempuan tu bkn kakak dia tp partner sykt penipuannye. Lamanya kamu biar diri tertipu. Lepas ni doa byk2 dan kuatkan hati utk jd org yg btaubat,,nnt Allah tolong kamu.

  2. Pelik betul penangan cinta ni…tak pernah jumpa n kenal lelaki tu lah selalu terperangkap dalam cinta..lelaki mcm tu selalu ambil kesempatan je..cubalah fikir seluas2 sebelum ambil tindakan bodoh mcm tu..

  3. 300k tuh.. Hanya untuk seseorg yg takde depan muka.
    Mmg betul2 kena pukau ni. Ni mmg pengajaran buat perempuan, jgn sesekali suka2 pinjamkan duit tuk lelaki baru kenal. Klu setakat rm100 dua tu ok la. Bila depan2 mata nampak dia dlm kesusahan. Tapi da sampai beribu pun nak tolong? Tu gila namanya. Tolong buat laporan polis, mesti ramai lg yg terkena.
    Apa2 pun, semoga tabah hdpi ujian ni. Semoga Allah permudahkan.

  4. Semoga kuat menghadapi ujian ini… semoga Allah permudahkan urusan awak untuk membayar hutang tersebut.. ada masalah jangan tanggung sendiri.. jangan mudah percaya pada orang. .. semoga awak dapat jodoh yang baik. . Insya Allah..

  5. pegi berubatla… cerita kat family … minta family bawak berubat.. dah tau kita bukan malaikat…kita manusia..ada keluarga.. ko ni dah tau masalah ko tp tak cuba cari pertolongan dan selesaikan… nak tggu hutang 1 juta ke baru nak carik pertolongan? berubahla… mintak Allah tunjuk jalan… takut dgn masa lalu tp takde penyelesaian…. jadilah dewasa ..carik solusi utk setiap masalah sambil berdoa dan solat minta Allah tunjuk jalan… Wallahualam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *