Trauma Sumpahan Karma

Salam hai saya Nono (bukan nama sebenar). Dalam masa terdekat ni banyak berita tentang orang ketiga dalam rumahtangga. Jadi aku terpanggil untuk kongsi kisah aku beberapa tahun dulu.

Dulu waktu aku belajar di institusi tinggi, aku sorang pelajar yang sangat taat pada guru. Dan kebanyakan pensyarah memang selesa untuk minta tolong apa2 dengan aku.

Dipendekkan cerita, ada seorang sir yang memang rapat dengan kami sekelas. Dia banyak bantu kami untuk catch up semula pembelajaran yang terlepas. Rajin buat kelas untuk kami waktu cuti sem juga.

Aku pun jalani kehidupan kampus macam orang lain. Budak innocent yang baru nak kenal dunia. Sir ni memang selalu contact aku untuk sebarang urusan kelas.

Tapi waktu betul2 lepas selesai final exam, aku rasa dia makin selalu contact aku perkara di luar skop guru dan pelajar. 

Contohnya tiba2 dia bagitau nak pergi kursus dan nanti balik dah tak sama lagi sebab batch kami dah tak da kat kolej (dah cuti sementara tunggu konvo). Dia tanya2 apa perancangan aku lepas habis, nak kahwin ke?

Aku memang tak ada cintan cintun so memang tak ada plan kahwin. Lepas soalan sir yang tu, aku si budak noob ni fikir yang dia nak carikan calon untuk aku.

Makin lama dia makin berani. Missed call aku pukul 3 pagi, update2 status whatsapp macam2 ayat rindu dia, tak sabar jumpa dia.

Aku pun pelik. Dalam hati paling kecik, eh aku rasa dia nak carikan aku someone, tapi kenapa ayat2 dia ni macam dia yang nak kat aku.

Tak mungkin. Sebab sir ni orang yang sangat aku hormat. Aku rasa kerdil. Lagipun dia dah kahwin. 

Alhamdulillah aku walaupun noob tapi tak pernah call dia balik atau reply mesej yang berbaur aneh. Sebab bagi aku, urusan aku dan dia dah selesai.

Sampai lah satu hari, hari jumaat waktu solat jumaat. Tiba2 ada satu nombor tak dikenali masuk mesej.

“Assalamualaikum, ni Nono? Saya isteri sir. Saya harap Nono lepas ni jangan lagi ganggu sir. Sampai hati buat saya macam ni. Saya tengah sarat mengandung anak ke 6 tau tak.

Kenapa selalu mesej2 sir? Awak dah habis belajar kan? Apa awak nak? Saya tak sangka awak muka je baik tapi ganggu suami orang. Tengok satu hari nanti awak kahwin, suami awak buat awak macam ni jugak baru awak tau apa perasaan saya.”

Tercengang aku macam terkena petir. Blur. Sebab aku tak tau apa2. Aku nangis je. Mak datang tenangkan aku. Aku syak sir delete semua mesej dia, tinggal mesej aku je. So nampak macam aku yang terhegeh2. 

Mula2 aku takut ilmu aku tak berkat kalau aku bagitau yang sebenarnya, tapi sampai tahap aku kena hina, sebab banyak lagi mesej isteri dia hantar marah2 lepas tu, so aku kuatkan hati untuk bagitau dan defend diri aku.

Aku tak salahkan 100% juga pada isteri sir. Ye la kan, sarat mengandung. Anak ke 6 pulak tu, siapa tak emo tengok suami duk missed call2 anak dara orang jam 3 pagi.

Dalam sebulan berlalu, aku ada urusan dekat ipt. Sir tahu aku pergi sana, jadi dia ajak jumpa. Aku tak pernah cerita benda ni pada sesiapa classmate sebab aku tak nak buka aib dia.

Tapi aku cari juga sorang kawan yang paling aku percaya (kelas lain) untuk teman aku jumpa sir. So waktu tu semua terungkai. 

Katanya dia memang ada niat nak buat aku jadi no 2, nak aku didik anak2 dia (ayat ni aku sedih dengar. Rasa macam dia tak yakin ke isteri dia didik anak?).

Dia minta maaf atas kekasaran isteri dia terhadap aku. Aku end kan benda tu dengan tenang dan baik. Nampak macam sir pun redha.

Aku ingat dah settle, tapi setelah beberapa bulan berlalu, tiba2 dia mesej aku semula dan dia tanya betul ke tak ada perasaan pada dia?

Aku tak nak biadap sebagai anak murid selama ni aku berkias2. Tapi kalini aku dah fed up hidup dalam ketakutan sumpahan isteri dia, aku pun beritahu terus terang yang memang takde apa perasaan. 

Apa yang aku buat sepanjang di ipt hanya lah khidmat murid kepada seorang guru. Tak lebih dari tu. Katanya ayat aku pedih. Tapi aku betul2 lagi pedih rasanya seolah2 dilabel penyondol.

Aku trauma nak kahwin. Macam terdengar2 ayat isteri sir dulu. 2 tahun juga aku hold untuk kahwin walaupun dah ada calon.

Tapi alhamdulillah jodoh dah sampai, allah bagi kekuatan. Allah hantar lelaki baik untuk aku. Alhamdulillah bahagia dalam rumahtangga dah 5 tahun ni. 

Doakan kami dikurniakan zuriat satu hari nanti, dijauhkan dari perkara yang tak baik dan bahagia sampai syurga. Semoga doa yang baik2 juga untuk semua.

Aku jugak harap sir bahagia dengan isteri dan anak2 nya sampai bila2.

Ingatlah, suami2 memang allah halalkan poligami tapi buat lah dengan cara yang baik. Jangan curang, tikam belakang isteri. Ingatlah pengorbanan isteri.

Sekian,

Nono (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *