Trust No One
Assalamualaikum admin & pembaca.
Trust no one. Kau tahu kenapa aku cakap macam ni? Sebab aku dah penat dikhianati. Baru2 ni aku saja travel sorang² ke Lombok masa cuti wilayah baru2 ni. Aku saja nak cari ketenangan. Pantai sana lawa, siapa nak pergi honeymoon memang aku suggest sangat la. Berbalik pada kisah aku, masa aku kat sana aku fikir2 ingat balik, nasib aku ni di mana2 aku pergi mesti di khianati. Setiap orang ujian berbeza2, ada orang asyik sakit jaa, ada orang asyik putus cinta jaa dan part aku asyik dikhianat jaa. Dari aku sekolah menengah rendah, matrik, uni and now zaman kerja.
Sekolah menengah:
Aku dikhianat kawan baik aku sendiri. Depan aku di baik bagi sokongan, bila belakang aku di bertepuk tangan keseronokkan atas kejatuhan aku. Dia tak nampak kejam, dia taknak aku jadi teruk tapi dia tak boleh tengok aku lebih dari dia. Kalau dari segi paras rupa dia menang, dia lagi lawa ayu lembut pemalu berbeza aku ceria peramah aktif dan sedikit kasar. Jadi aku lebih dikenali di sekolah berbanding dia. Biasalah budak perempuan selalu share masalah dengan kawan baik, kadang2 minta pendapat. Aku selalu buat begitu, dalam baiknya dia bagi semangat dan nasihat tanpa aku sedar kadang2 pendapat yg dia kasi membuatkan ramai orang benci dan mengutuk aku. Aku jadi down ramai berkawan dengan aku tapi dah tak seperti dulu.
Matrik:
Aku ada suka seorang lelaki ni dekat matrik. Aku bagitahu kawan aku, agak rapat juga sebab kami modul yg sama dan roommate. Aku ni jenis kalau minat lelaki akan pendam jaa dan share ngan kawan aku. Kawan aku ni pegi bagitahu lelaki tu yg aku suka dia. Malunya! Terus renggang hubungan aku dengan lelaki itu. Aku sendiri tak pasti apa tujuan dia beritahu lelaki itu.
Di universiti:
Pakwe aku dirampas kawan coursemate aku. Kami agak rapat tapi bukan best friend. Aku tak pasti cerita apa yg dia telah buruk2 kan aku sampai pakwe aku sanggup bercinta dengan kawan aku tu. Kantoi depan mata aku siap makan bersuap2. Aku dengan pakwe aku pegang tangan pon tidak pernah inikan pula makan bersuap. Kami putus. Dengan perempuan tu aku dah tak percaya even dia minta maaf kat aku. Aku malas nak bergaduh2 dengan perempuan disebabkan sorang lelaki. Lelaki tu bukan suami aku pon.
Kerja:
Aku orang baru dekat company X. Company yg aku kerja ni agak terkenal juga. Setiap tahun akan ada 1 event wajib di Sabah. Hanya 3 orang staff biasa yang akan terlibat dan selebihnya adalah manager, general manager, S/u bos n bos. Dan setiap tahun akak ketua admin ni akan terlibat dan 2 orang lagi akan bersilih ganti bergantung pada nasib masing2. Ketika itu aku baru berkerja 10 bulan. Aku tidak pernah mengampu atau bodek bos mahupun manager2 cuma sifat aku yang ceria di ofis dikenali ramai. Aku tidak pasti kenapa event wajib di Sabah itu aku terpilih dan ketua admin itu tidak perlu ikut. Aku sudah menolak, pelbagai alasan aku bagi. Bukan aku tak mahu cuma aku mahu menjaga hati ketua admin jaa. Tapi bos kata no more alasan. No! So aku pon ikut jela ke Sabah. Bila aku balik kerja semula, aku dibenarkan claim milage and ot. Dan di sign oleh bos kedua. Then bila submit kat admin, kena cut! Ketua admin dengki. Dia cut semua milage n ot aku atas reason yg aku tak mampu bidas. End up, aku sakit hati, aku pergi bercuti kt Lombok ni kasi tenangkan hati. Apply cuti lama sikit sampai raya cina nanti. Macam mana aku boleh dapat cuti panjang, tak perlu pikir. Hihi
So, kesimpulannya jangan percaya orang dan sesiapa sahaja. Lagi tinggi kepercayaan kita pada manusia then dikhianat lagi pedih rasanya. Trust no one. And one more, nobody care about yourself melainkan your haters! Jangan cerita masalah pada orang sebabnya 70% akan cakap kesian tapi tak peduli apa2 pon dan 25% tengah bertepuk tangan gembira dengan kejatuhan kau. Dan 5% is your family, depends pada manusia. Sapa yg baik dengan family Alhamdulillah siapa yg tidak, pandai2 lah campak 5% tu pegi mana sama ada ke 70% or 25%
– Paranoid?