Bismillahirahmanirahim. First sekali aku nak menumpang hanya untuk meluahkan perasaan. Aku bukan student UIA, hanyalah student IPTA biasa.
Alkisahnya bermula masa aku kecik lg. Parents aku masih muda. Beza umur aku dgn parents aku adalah 20 tahun.. Dan aku masih lg belum mencapai umur 19 tahun.. Masa kecik tu, diorang cakap yg diorang sayang sangat dkt aku. Sbb aku diorg kahwin. Masa memula dulu, blur la. So mcm bahagia je bila diorg cakap camtu. But after awhile, baru faham apa maksud diorang. Time tu parents aku dah di ambang perceraian dah pun.. Masa tu aku mula benci diri sendiri. Ye la, sbb aku, diorg kahwin. Tp end up dlm perceraian. Siapa tak terasa? (Masa kecik dulu la fikir huhu).. Masalah kewangan dan curang lah faktornya. Bapak aku dulu susah cari makan. Tp awek keliling pinggang. Pasaipa? Zaman tu adalah zaman Yahoo! messenger huhu. Aku ada dua adik perempuan… Sorg 18, sorg lg 17.. Masa mak aku pergi tinggalkan aku, aku baru 8 tahun… Aku sedar yg aku anak sulung. Tanggungjawab aku besar. Aku kena jaga adik2 aku sbb aku tahu keluarga aku bukan mcm keluarga org biasa.. Hak penjagaan takde siapa nak. Aku dan adik beradik, duduk dgn atuk dan nenek belah ayah di Ampang. Ayah aku, ada hubungan dgn seorang perempuan dan dapat dua org anak dgn perempuan tu. Tp sejak diorg lahir, aku sangat rapat dgn diorang. Infact, aku yg jaga diorang. Aku tak tahu mcm mana perasaan diorang kalau one day diorang bebetul faham maksud anak luar nikah tu. But hidup dalam keluarga yg sangat open, adik2 aku tu mcm okay je. Tapi, after diorang baru lahir, ayah aku gigih sgt kerja. Dari drive kereta proton, skrg dia dah mampu upgrade. Apa yg adik aku nak, semua dia berikan. Kalau kami adik beradik mintak, hm bukan main susah nak dapat. So aku jd berat mulut nak mintak dia tolong. Kalau minta pun nanti kena ungkit walaupun dia tolong sekali out of beribu kali kita tolong dia. Berat sebelah sangat. Apakan daya..
Ok, krisis jd semakin perit bila aku rapat dgn bapak aku dan menjadi org tgh antara atuk dan daddy. Diorg bertengkar dah 4 tahun tak bercakap. Daddy tak suka atuk. Atuk tak suka aku rapat dgn daddy. End up after spm, aku keluar dari rumah atuk tanpa rela, pindah rumah daddy. 7 bulan selepas duduk dgn bapak aku, aku jd separuh gila.tiap hari kena jerit maki hamun. Tgk setiap hari kasih sayang dicurahkan sepnuhnya kpd adik aku dua org, dan alasan bapak aku adalah, dulu masa aku&adik beradik kecik, dia tak mampu. Kalau dia mampu mesti dia buat benda sama. Padahal skrg boleh je dia make it up. Aku dah tahap tak sabar nak sambung study nak berambus. One day aku dapat tawaran study kat ipta. Aku suka course tu. Tp bapak aku tak suka. Dia disapproved. Dan suruh aku kerja instead of study. Buat business. Aku taknak sbb tak tahan nak hadap maki hamun dia. And aku tak sure nak buat business apa lg. At least biarla aku dptkan diploma dulu. So aku mintak tolong mak aku dan aku berjaya jugak masuk study.. Time tu barang aku dah slow2 pindah masuk rumah mak aku..
Two years ago aku sangat terkilan dgn mak aku. Dia sanggup ikut kawan dia beraya di Penang. Dia ada anak2. Time tu arwah nenek masih hidup. Dia langsung tak balik. Alasan dia biasanya takde duit. Aku jenis pendam. One day, mak aku tanya aku soalan yg paling bangang jugaklah. “Apasal perangai gf daddy mcm tu?” Dia tanya aku soalan tu banyak kali. Aku mmg tahu kenapa perangai perempuan tu mcm tu. Dahlah the whole day aku panas hati dgn kawan dia yang agak kurang ajar lah. Dkt open house boleh tanya soalan 18sx time makan. Adab tu mmg tak ada. Pastu duk mengarah aku ambik makanan. Malam tu jugak aku melenting. Semua perasaaan marah aku yg aku pendam selama aku hidup, aku lepaskan. Depan dua kawan dia pulak tu. Lepas malam tu, mak aku baru faham dan dia cuba untuk ada masa dengan anak2. Bday aku dia sambut. Walaupun tak berduit, at least dia jumpa. The following year beraya di rumah atuk (yg jaga aku)…
Aku ingat mak aku dah berubah.. Cuti sem kedua, aku sepatutnya balik rumah mak aku. Bila aku contact, dia cakap dia takde mood. Aku tak boleh balik rumah dia sbb dia bergaduh dgn bf dia. Aku kena faham situasi dia. So, aku terpaksa menumpang rumah daddy balik. Plan aku nak bekerja, kelaut. Aku rasa sakit hati sangat. Sepanjang cuti sem tu aku jumpa dia dua tiga kali je. Just because dia ada conflict dgn bf dia. Dah nak habis cuti sem, mak aku tak tanya pun kewangan aku mcm mana untuk masuk sem baru. Mungkin sbb dia dah stress adik aku baru masuk uni. Bnyk pakai duit. Takpelah kot. Aku tak mintak. dan dia tak bg. Pepandai lah aku hidup. Sepanjang awal sem sampai cuti raya, mak aku mcm ntah. Perangai dulu balik. Dia takkan contact selagi anak dia tak contact. Aku pun tak pasti mana anak. Mana mak. Ok fine. Tak kisah jugak. Balik raya, aku balik rumah atuk aku. Sbb kan last year belah mak aku (nenek dan atuk tiri) aku meninggal selepas raya, aku makin hargai atuk dan nenek aku yg belah ayah. Diorg besarkan aku kan? Few days before raya aku call mak aku. Tak angkat. Banyak kali missed calls tak angkat. Busy kot. Ok. Tunggu. Tp takde return call pun. Risau la. Tp last seen whatsapp ada je duk tukar dp. Duk tukar status. A day before raya aku call. Tak dapat. Aku whatsapp, dia reply. “Takde mood.” Ok. Takde mood je hidup mak aku ni. Bila dia nak ada mood? Bila aku dah takde kot dalam hidup dia? Aku terus call. Dia ada kat rumah, bila tanya nak beraya tak, dia ckp dia takde mood raya. Kitorg rayalah sendiri. Aku tahap terkilan level 999 dah time tu. Tapi tgk dia upload gambar dkt ig, ada gambar masak rendang. The following day selfie dkt ampang. Muka elok je happy. Bila atuk aku call tanya bila nak datang “oh demam.” Ok. Mintak masa nak spend dgn anak sendiri pun aku perlu beg ke?
Bila aku discuss dgn adik aku yg 18 tahun, dia kata mak aku elok je whatsapp dia semua. setiap hari pulak tu. Aku dah makan hati. Aku asyik terasa yg mak aku mmg taknak aku dari dulu. Ye lah. Dulu dia cerita dia duduk try nak gugurkan aku. Makan nenas lah. Jumpa doktor la. Tp tak dapat sbb aku dah 4 bulan dlm kandungan. Skrg layan aku pun mcm sampah.
Sorry mummy. I hope yo’d find your happiness. One day I’d go away. I wont do the same to my future kids, i promise you that. Because I know it’d kill them deep inside. Its hard to show to everyone that I’m strong while I’m not.
Kepada semua ibu2 dan bakal ibu, please dont do this to your kids. It can drive them crazy. Anak itu amanah Allah. Jaga.
Bukan nak mengaibkan… But sometimes I cant bare it anymore. Aku cuba busykan diri untuk lupakan hal peribadi. Aku seorg yang pendam perasaan. Maaf kalau mesej ini menganggu fikiran ramai orang.
– Unwanted Anonymous
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit