TTC Yang Tak Mahu Berusaha

Tajuk agak mengelirukan kan. Tapi tu laa hakikatnya. TTC ni memang orang trying to conceive. Tapi untuk part aku, aku takut dah nak berusaha.

Aku pernah buat confession sebelum ni, suami aku berlaku curang. 99% komen minta aku tinggalkan suami aku. Tapi.. Aku masih bersama dia dengan peluang kedua yang aku beri.

Sejak pada kejadian tu trust aku beri hilang sekelip mata. Mana dia pegi, siapa dia jumpa aku memang ragu. Sehingga satu hari, dia hilang sabar dengan aku sebab aku terlalu mengongkong dia.

Kami bergaduh teruk. Dia palau aku berminggu lamanya. Dia tak kisah aku pegi mana, balik pukul berapa, apa yang dia kisah? Minta aku Jalan kan tanggung jawab seorang isteri saja bila perlu.

Rutin hidup aku dengan dia tak sama. Aku bekerja office hours. Subuh bangun siap2 terus pegi tempat kerja. Kadang2 malam baru sampai rumah. Manakala dia kerja waktu flexible. Ada time ada job busy. Time takde job memang tak buat apa.

Tapi dia punya busy masa takde job lagi busy dari PM. Setiap hari keluar melepak sampai 2 3 pagi. Balik main phone scroll tiktok, pukul 4 5 pagi baru tidur. Subuh tak payah tanya, memang kelaut.

Aku balik kerja dia takde dah kat rumah. Aku keluar kerja dia masih tidur. Duduk je satu rumah tapi seminggu tu susah nak jumpa and berkomunikasi. Whatsapp ada bila memerlukan atau ada urusan.

Aku ada baca confession, ‘Isteri dijandakan setiap malam’ situasi nya 100% sama je dengan aku. Bezanya aku ni belum ada rezeki anak lagi.

Sebenarnya dengan financial aku sekarang, aku mampu nak buat IVF.. Aku mampu kalau aku nak..

Tapi aku takut, bila ada anak nanti dia berperangai macam tu lagi.. Pukul 2 3 pagi baru balik melepak. Aku takut nanti bila ada anak dia tak boleh nak commit jaga anak. Hidupnya happy dengan kawan2 dia luar sana.

Kadang2 rasa sedih, macam hidup sorang2. Ada dia macam takde. Kadang2 fikir kalau ada anak, mungkin tak sunyi. Tapi bila fikir balik, aku takut tak mampu nak jaga anak tu sorang2 kalau dia memang jarang ada kat rumah.

Umur makin lama makin meningkat. Kadang2 tertanya2 jugak, adakah hidup orang yang takde rezeki zuriat ni memang macam ni. Lelaki selalu keluar melepak dengan alasan bosan kat rumah. Habis aku ni sorang2 kat rumah rasanya macam mana.

Kadang2 punya lah nak cari waktu bersama, aku sanggup je berhabis beribu untuk pegi bercuti overseas. Aku tak ungkit apa yang aku buat. Aku cuba harap dia nampak apa yang aku sanggup buat untuk kami.

Entahla, Kadang2 rasa give up nak terus kan perkahwinan ni. Aku banyak hidup seorang diri. Setiap kali ada event company, family kawan2 lain, suami diorang semua join. And aku selalu sorang2 macam orang tak kawin lagi.

Tapi kalau bab2 berkawan mintak tolong situ sini, keluar negeri pun dia sanggup teman. Tolong bagi nasihat terbaik untuk aku harungi dilemma ni.

From,

– D (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Situasi awak macam hampir sama dengan saya. Rasa diri sendiri je yg beriya. Urusan nak TTC pun buat & hadap sendiri sorang2. Selalu sorang2 pergi mana pun. Kenduri ke, perjumpaan family atau kawan2 ke. Suami pernah curang jugak. Perkahwinan baru 4 tahun setengah. Tiba2 dia yg ceraikan saya. Hakim siap cakap kat saya “Puan, lepas ni cari suami yang lebih baik ya.”

    Pada tt, banyak red flag dah tu. Ada anak tak janjikan suami akan berubah. Fikir masak2 & cari kebahagiaan sendiri.

  2. Kes puan sama mcm saya dan bekas suami. Sy menyesal sbb baru kuat utk buat keputusan bercerai dgn dia selepas 13 tahun dan selepas sy disahkan ada mild depression. Bazir masa. Sbb dia takkan pernah berubah. So better puan g mahkamah dan fail kan cerai. Muda lagi boleh usaha cari suami yg lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *