Assalamualaikum. Aku Puan S berumur 39 tahun. Sudah berkahwin 10 tahun. Suami aku pula berumur 30 tahun. Ya suami aku muda 9 tahun dari aku. Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan.
Sedikit sebanyak tentang aku. Aku dilahirkan dari keluarga yang banyak buat urusan perniagaan. Bapa aku mempunyai sebuah perniagaan membuat, membaiki dan menambah baik rumah atau bangunan.
Ibu aku berniaga kuih tradisional. Mana kala adik- adik aku ada yang bekerja swasta dan ada juga yang buat perniagaan sendiri seperti perusahaan cuci pakaian dan seorang lagi ada yang jual nasi ayam ditepi jalan.
Lumrah berniaga, kami dulu pernah merasa susah bila perniagaan bapa aku mengalami kerugian besar, namun itu tak pernah buat dia putus semangat untuk meneruskan lagi perusahaananya.
Yang aku nampak, bila ayah aku mengalami kesusahan ibu aku banyak membantu tidak pernah mengira duit yang ibu aku berikan demi menjaga kami sekeluarga.
Tetapi mereka tidak pernah mengatur urusan hidup anak-anak mereka termasuk aku. Cara mereka banyak mengajar aku erti hidup.
Dijadikan cerita, aku berusaha sehingga berjaya membuka sebuah kedai menjahit pakaian.
Mengenai suami aku, dia seorang anak bongsu dari 3 beradik. 2 lelaki dan 2 orang perempuan. Dia bekerja sebagai pekerja kilang sahaja.
Tetapi Alhamdulillah, aku tak kisah pun semua itu. boleh kata kami berkahwin atas dasar kasih sayang antara kami.
Awal perkahwinan kami semuanya baik sahaja. Namum lama kelamaan aku rasa mula tidak selesa dengan keluarga belah suami aku. Kakak ipar aku berkawan dengan aku didalam ‘facebook’ manakala abang ipar aku tidak.
Seperti biasa aku suka mengemaskini facebook aku tentang apa sahaja yang aku buat. Tetapi ada sesuatu yang aku tidak senang. Seperti contoh aku sekadar mengemaskini yang aku dan suami makan di sebuah restoran.
Tiba-tiba suami aku akan dapat panggilan dan abang dia bertanya korang makan disitu ke.
Kalau aku memgemaskini pergi ke sesuatu tempat, tidak berapa lama mesti abang ipar aku akan menelefon bertanya korang pergi disitu ke pergi disini ke.
Mula-mula terasa biasa. Tetapi lama kelamaan pertanyaan itu ditanya dengan nada kurang senang. Aku pon tidak tahu kenapa.
Suami aku mula rimas terasa seperti dikongkong walaupon tidak dinyatakan. Kemuncaknya berlaku dimana, aku berniat nak meluaskan lagi ruangan kedai jahit aku.
Jadi aku telah menyewa sebuah kedai yang lebih besar ditengah bandar.
Disini, abang ipar dan kakak ipar aku mula menyuruh suami aku menghalang aku berbuat demikian. Alasan mereka tempat yang aku berniaga sekarang sudah cukup bagus.
Aku berasa agak marah bila suami aku memberi tahu perkara ini.
Aku nekad, segala usaha aku yang aku usahakan aku tak pernah guna sesen duit dari sesiapa, jadi aku berhak menentukan segala perbuatan aku. Aku bernasib baik suami aku sependapat dengan aku.
Perkara ini tidak hanya berhenti disini. Mereka menjadi semakin melampau.
Nak dijadikan cerita, perniagaan aku terpaksa diberhenti seketika kerana banjir besar telah berlaku dikawasan tersebut maka merosakan segala peralatan aku.
Jadi aku perlukan masa untuk mencari mesin-mesin jahit yang telah rosak.
Datang abang ipar aku terus berkata ‘itulah aku dah cakap, korang berlagak nak kedai besar kat tengah bandar’ dengan nada yang betul-betul menyakitkan hati aku.
Aku diamkan saja, tapi suami aku sudah hilang kesabaran terus berkata ‘kalau setakat nak cakap macam ni lebih baik balik saja’.
Kakak ipar aku? Diam saja dia disebelah. Seperti sebelum ini, dia selalu menyampaikan kepada abang ipar aku.
Bila abang ipar aku bertanya kami dia diam nampak suci konon tidak mengambil pusing.
Sikap abang ipar aku yang terlalu ‘tulus’ selalu berkata Kak Ina bagitau korang pergi sana, korang pergi sini atau korang makan disitu yang membuat aku tangkap memang sikap kakak ipar aku yang terlalu busybody dan suka menyampai.
Akhirnya aku buat keputusan, aku ‘block’ semua media sosial dari Kakak ipar aku. Cukup sampai disini sahaja perkongsian antara kami.
Suka atau tidak kami terpaksa menyekat mereka dari cuba memasuk campur urusan kami.
Pesanan aku untuk diluar sana, adik beradik yang cuba campur tangan urusan adik beradik lain yang terutamanya sudah berkawin bukan satu perbuatan yang bijak. Jika tersilap langkah boleh menyebabkan penceraian.
Aku percaya, perbuatan ini perbuatan salah sama sekali.
– Puan S (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit