Aku orang biasa-biasa. Mama jual kuih. Abah penjawat awam. Tidak dibesarkan dgn kemewahan. Di didik dgn akademik dan ilmu agama yg cukup. Alhamdulillah. Anak sulong. Pahit manis dlm keluarga aku dah rasa. Zaman susah zaman senang. Aku dah lalui. Ok. Cukup la intro kan?
Apa yg aku nk confess ni pasal "trend" zaman sekarang. Aku pun berhijrah ke negeri org jugak. Aku pun bergaya jugak. Tapi gaya zaman sekarang makin pelik. Mcm confess yg sebelum ni aku baca pasal "hipster". Aku rasa bukan setakat "hipster" tapi dah "hipsterokk". Gaya budak sekolah mahupun lepasan sekolah makin pelik. Gaya hidup bebas keluar/lepak. Di sini aku tertanya tanya "macam mana mak bapak depa bagi depa keluaq lepak time mcm ni". "depa cakap apa dekat mak bapak depa sampai mak bapak depa izinkan". Dan mcm mcm lagi. Aku pun keluar jugak. Berkawan mcm org lain. Tapi budak zaman sekarang dah lain.
Lagi satu. Dulu aku jalan jalan kat mall susah aku nak jumpa org cantik/hensem. Tapi sekarang dah lain. Susah pulak nak jumpa org yg tak cantik. Setuju tak kalau aku cakap cantik/hensem skrang semuanya tipu. Dulu org cantik/hensem mmg sbb dia dah mmg cantik/hensem. Skrang ni yg cantik/hensem siap berlagak lagi. Skrang ni mcm org dah brlumba lumba utk nk jadi cntik/hensem. Nak capai goals yg entah apa apa. kadang kadang aku kesian tgk org sekeliling aku yg aku kenal. Keluarga susah. Tapi dia.. Berbelanja besar utk cantik/hensem. Nak bergaya. Holiday sana sini dgn kawan kawan. Gajet hebat hebat. Org tgk depa nampak depa hebat. Tapi.. Hakikatnya keluarga?
Aku tak nampak jelas apa yg org org macam ni nak sebenarnya? Nak org nmpak dia hebat? Kaya?
Aku mohon/merayu.. Kalau ada pembaca yang mcm ni. Tolong la. Tolong. Ukur baju dibadan sendiri. Jgn rosakkan lagi minda generasi akan dtg.
Zaman sekarang dah susah nak cari yg tulen. Kalau pegi mall sekarang mostly nampak semua flawless, kacak, hipster, kaya. Bersepah sepah bersama kawan kawan dia yg hebat.
Kita dah jarang nak nampak org yang org itu adalah dia. Kini.. Semuanya dipenuhi dgn yang tipu belaka.
Sekian dari aku yang suka memerhati.
– pemerhati