Tulis Biar Faham
Salam adik-adik sekalian..akak nak ingatkan satu je benda penting yang mungkin adik-adik terlepas pandang..
Masa exam, tolong tulis menggunakan tulisan yang boleh difahami..butir2 diri terutamanya matric nombor tu, sila tulis betul-betul, biar jelas..jawapan pun, tulis betul-betul..akak tau korang tak cukup masa..nak fikir jawapan lagi, nak kira2 lagi, tekan calculator bagai..tapi, tolonglah lecturer kalian jugak..diorang nak bagi markah kat kalian, tapi kadang2 susah nak faham ape yang kalian tulis.
Akak pernah marking paper exam..MashaAllah tulisan..hampir 70% tulisan akak tak faham..akak juga tolong seorang professor ni marking paper..prof selalu sebut pasal ni..dia cakap, "How can I help the students..you tengok tulisan dia..question number pun tak tulis.."
So. Tips untuk jawap exam:
1. Tulis dengan jelas. Matric No, Section No, Nama leturer etc. Jawapan pun kena jelas dan elok. Tak perlu cantik..tapi jelas dan kemas.
2. Sila buat perenggan untuk soalan2 yang perlukan jawapan yang panjang.Highlight/ Gariskan point pada setiap perenggan.
3. Kalau soalan yang melibatkan pengiraan, please show your workings. Walaupun jawapan tak betul, markah akan tetap diberikan untuk workings.
4. Tolong tulis Question No. pada setiap helai jawapan. Memudahkan urusan pengiraan markah.
Itu je kot setakat ni. Tolong la ye adik2..tolong diri sendiri dengan mudahkan urusan pensyarah kalian..Happy2 selalu ye..Akak tengok monyok je semua kat dewan exam tu. Rilek2 je. Baca bismillah sebagai permulaan..keluar dewan, sebut alhamdulillah :)
– Akak