Tulisan Buat Mereka Yang Geram Dengan Pelajar Perubatan

Assalamualaikum. Post ini agak panjang. Buat sesiapa yang berminat boleh baca okay.

Kucing Tak Berapa Hensem dah buat post panjang yang meluahkan kesemua ketidakpuasan hati dia terhadap pelajar perubatan/ doktor. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/geram-dengan-pelajar-perubatan/).

Apa yang Kucing tu cakap sikit je betulnya, lebih banyak posting berbaur emosi mungkin cinta dia ditolak seorang pelajar perubatan. Rasanya Kucing takde adik-beradik yang belajar medik kot. Tak pernah nampak betapa struggle nya nak habiskan 5 tahun medical school dan 2 tahun housemanship.

Buat Kucing, anda tak faham kenapa kami para doktor kontrak bising di media sosial mutakhir ini. Saya ada buat post panjang kat akaun Facebook saya tapi memandangkan saya bukan lah FBfemes/ twitfemes/ instafemes, post saya itu tiada dalam capaian anda.

Berikut merupakan post asal saya di Facebook:

Sekarang ni tengah hangat isu doktor kontrak. Bagi yang tertanya-tanya kenapa lah doktor yang ‘gaji besar’ ni bising pasal isu berkenaan, marilah baca penjelasan saya.

Bermula Disember 2016, kerajaan perkenalkan sistem kontrak dalam kalangan House Officer (HO) gred UD41. Kebanyakan 1st batch HO kontrak graduate dari medical school sebelum Jun 2016. Menunggu posting selama 6 bulan pastu baru start HOship. Kebanyakan mereka dah pun tamat latihan housemanship pada Disember 2018.

Saya tergolong dalam kalangan 3rd batch HO kontrak (intake Mei 2017). Saya belajar kat medical school selama 5 tahun dengan biasiswa JPA kemudian graduate dari UKM pada Ogos 2016, hanya 2 bulan lewat dari 1st batch itupun sebab UKM buat ProExam lambat. Jadinya saya menganggur 9 bulan sebelum start posting pada Mei 2017.

Disebabkan ramai dalam kalangan kami berstatus kontrak, kami pun bersungguh-sungguh masa HOship sebab taknak extend. Kang bagi effect pulak kat pelantikan tetap. Iyelah masa tu harapan tinggi.

Habis HOship kalau prestasi masa HO gempak mungkin boleh diserap sebagai MO permanent. Saya tak terkecuali. Tak pernah extend selama 2 tahun HOship. Viva on time, pass logbook on time. Beberapa kali jadi HO leader. Takde masalah disiplin. Masa tu harapan menggunung rasanya boleh diserap sebagai MO permanent ni.

Akhirnya, 2 tahun yang menyeksakan pun berlalu. Saya tamat HOship pada Mei 2019. Sementara tunggu penempatan sebagai MO, kena ‘float’ dulu kat hospital yang buat HO tu.

Pada bulan Jun 2019, 1st batch HO kontrak dapat status penempatan sebagai MO. Tapi yang sedihnya, hanya sebahagian daripada mereka dapat jawapan penempatan. Itupun bukan semuanya permanent. Ada yang sambung MO kontrak pulak dah.

Mana yang dapat permanent tu gembira lah selepas berhempas pulas kat medical school dan 2 tahun HOship pastu diserap sebagai permanent. Tapi mana yang kekal kontrak masih tak jelas kenapa mereka kekal sebagai kontrak? Apa kriteria yang digunapakai?

Batch saya (3rd batch HO kontrak) baru dapat jawapan PENEMPATAN SEMULA sebagai MO selepas ‘float’ selama 5 bulan. Masalahnya status kami bukan penempatan tetap/kontrak tetapi penempatan semula. Kami pun tertanya-tanya apa nasib kami? Kena sambung ‘float’ kat hospital lain pulak ke?

Oh ye selama 5 bulan ‘float’ tu gaji masih lagi gred UD41 ye walaupun kerja takde beza pun dengan MO permanent gred UD44. Bahkan sebenarnya lebih rendah dari gaji HO sebab elaun fleksi dipotong.

Tetiba baru-baru ni, KKM buat sidang media yang mengatakan takkan ada permanent post sebagai MO dah pasni jadi HO kontrak sekalian stay jelah sebagai kontrak ye. Tahniah buat semua doktor yang terus dilantik tetap masa HO dan juga buat 1st batch yang sempat jadi permanent tu ketahuilah anda sangat bernasib baik hanya kerana anda lahir dulu dan grad medical school lebih awal daripada kami.

Banyak sangat sebab kenapa kami semua bising. Antaranya:

1.Kami berhempas pulas untuk perform selama 2 tahun HOship tetapi kami tak diserap jadi permanent sedangkan ramai je HO permanent extend HOship bertahun-tahun tapi sebab dah permanent kan jadi tak boleh buat apa lah.

2. Gaji kami gred UD41 tetapi kerja kami tiada beza dgn MO tetap gred UD44 malah ramai antara kami buat kerja lebih teruk daripada yang gred tinggi sebab adatlah junior mesti kena buat kerja lebih sikit kan. #sarkastik

3. Kami dinafikan hak untuk apply biasiswa kerajaan bagi sambung Master sebab kami hanya kontrak.

4. Jawapan KKM adalah kami boleh ambil parallel pathway (exam untuk jadi pakar) yang mana kosnya cecah puluhan ribu dan ditanggung sendirian berhad. Tetapi bagi yang minat nak jadi pakar bedah, tetap kena ambil Master.

5. Kami MO kontrak WAJIB berkhidmat selama 2 tahun dengan kerajaan sebelum kontrak ditamatkan. selama 2 tahun ni jadi hamba jelah kan kerja macam %^*# tapi gaji lebih rendah.

6. Khidmat kami selama 4 tahun dengan kerajaan (2 tahun HO, 2 tahun MO) adalah sia-sia sebab kami tak layak dapat pencen.

7. Kriteria pemilihan MO tetap vs kontrak terlalu vague. Asalkan anak somebody mestilah confirm dapat permanent kan.

8. SPA dan JPA usulkan untuk batalkan 2 years compulsory service sebab tak mampu sediakan tempat di KKM tapi MMC tak setuju dengan alasan junior MO still need supervision. Selepas 2 tahun barulah kami boleh cari kerja lain luar drpd KKM berdasarkan kenyataan menteri. Kita tak tau nasib ekonomi Malaysia dua tahun akan datang. Tak mustahil doktor pun tiada kerja pada tahun 2021.

9. Hati kami mungkin sedikit terubat sekiranya diberikan kelonggaran untuk keluar daripada perkhidmatan awam tanpa perlu tunggu tempoh 2 tahun compulsory service. Sekurang-kurangnya kami mampu cari kerja lain luar daripada KKM serta-merta tanpa perlu risau mengenai nasib kami pada masa akan datang.

Kesimpulannya, kami para doktor kontrak ditindas yang mana kami dikerah habis-habisan tapi gaji dan keistimewaan sebagai penjawat awam tetap tu tak dapat. Secara jujurnya, saya sendiri pun rasa sedih dan tawar hati nak kerja bersungguh-sungguh.

Sebelum ni dah kerja elok-elok tapi tetap diperlakukan begini. Jangan cakap pasal ikhlas ye sebab anda tak berada di tempat kami. Macam mana nak ikhlas kalau kerja teruk-teruk kat hospital kerajaan, tanggungjawab lebih besar tapi gaji lebih rendah daripada HO. This is called modern slavery.

Kami tak compare pekerjaan kami dengan pekerjaan lain. We just want to fight for our rights within our profession. Ini untuk masa depan generasi akan datang jugak.

Belajar medik susah-susah, HOship teruk-teruk, end up tak dapat kerja tetap. Haha kelakar kan.

P/s : pemegang biasiswa JPA pun tak dijanjikan kerja tetap.

Glosari:

HO = house officer

MO = medical officer

SPA = Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

JPA = Jabatan Perkhidmatan Awam

MMC = Malaysian Medical Council

– MO Kontrak Yang Tersakiti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *