Malam ni hati aku hancur gila , ya.aku sudah bertunang 5 bulan yang lalu , dan akan khawin bulan 1 ni.tunang aku seorang niqabis , pelajar agama dan aku hanya bertemu dengannya hanya 2 kali.satu kali pertama kenal di pondok , kedua ketika sesi nazor dan tunang.
Hari ini , terpecah berita dia mengandung. Ya ! Dia mengandung 3 bulan! Esok aku final exam! Kau bayangkan hancur gila hati aku sekarang ni , otak aku macam dah takda darah , badan aku mengigil geram tapi aku tahan untuk tidak menangis , tidak mahu spoiledkan exam esok.aku mula fikir dia cuma tunang sahaja , seorang niqabis , dan hanya 1 daripada bilion wanita.ya , aku tenangkan diri aku .
Hati aku pecah , serius pecah.dia mengandung dan hari ini baru aku tahu latar belakang keluarganya.abangnya seorang duda usia muda (22tahun) mengislamkan bekas isterinya lalu bila mengandung dia tinggalkan.alasan? Mahu enjoy uisa muda.kakak dia pula ada skandal dengan laki orang , padahal kakak dia juga sudah berlhawin dan anak 3, ini semua dia cerita.kakak dia lagi satu pula pun begitu , sudah berkhawin lebih 4 kali.aku sedih gila sampai aku nak hempas fon ni.
aku jaga diri aku di sini , di uia ni , akhirnya , dia tidur dengan lelaki lain.ya , aku sudah hancur , jiwa aku mati.aku takut jiwa aku mati dengan agama ini , dengan imej yang tunang aku bawa ni , aku mungkin akan streotypekan semuanya.
Doakan aku final exam esok , kepada korang semua , cek dahulu latar belakang keluarga seseorang yg kamu ingin khawini secara islamik.aku telah melalui jalan yg sunnah , tapi ini yang aku dibalas , siapa mahu rasa berdiri di tempat aku berdiri sekarang ni? Aku akan bagi kau rasa kalau mahu.
Aku mula perlahan-lahan rasa jiwa aku mula mati dari dalam.terhadap perempuan , agama dan kehidupan.
– Tunang cik niqabis
nak cari yg suci aje, mana ada zaman skrgn ni, kena sporting la sikit, bimbing dia ke arah jln yg benar
mana ada??ramai je kawan ak termasuk ak yg still jaga diri..xpenah kapel apatah lg sentuh laki..btw,kalau perempuan tu bertaubat nasuha, memg x salah laki tu lupakan dosa dia n terima dia untuk bimbing dia..
kesian kat hang psl x jumpa pompuan yg suci..alahai..
Kenapa agama? Agama xajar semua tu. Yang salah bukan pakaian tapi tingkah perempuan tu ..
bro jgn cepat sgt nk streotype kn org. ntahlah,tp i rase mcm ada slh u sikit aje..sblm u bertunang dgn dia,ad x u htr pengintip utk mengintip dia tnp dia tahu yg dia kena diintip? klu u dh buat cmtu,tp still jd jugak mcm ni,mcm ad benda yg x kena aje.sb cara islam,sblm u tunang,u kena tw bebetul psl org tu,dn kena htr perisik tw.kena tw smua ap aib dia, dn klu ad org cite psl aib dia time tu pn,x menjadi ngumpat,sb dibenarkan.
dn x adlah u rse dikhianati kan.
allahu a’lam. simpati kat u, moga ALLAH kurniakan u pasangan yg lbh baik. solat hajat lah bebanyak,minta kat ALLAH bebanyak ye bro.
Jangan salahkan diri sampai matikan hati, anggaplah ni ujian untuk test ikhlas awak dalam beragama. Silap itu ada pada manusia itu senditi. bukan pada Allah dan islam.
Cuba jangan salahkan dia bro. Apa apa tak akan jadi kalau Allah tak bagi jadi. Jadi ini ujian untuk kamu. Ujian yang akan mematangkan dan menguatkan. Dia pun, itu juga ujian untuk dia. Ada keluarga sebegitu, ujian juga untuk seluruh ahli keluarga dia. Jadi, bro jangan fikir bro sahaja.
Pasal pakai niqab, anggaplah itu lumrah manusia yang sedang merangkak belajar untuk jadi lebih baik. Ada betul kadang ada salah. Mungkin dia sudah mahu berubah tapi payahnya menahan nafsu membuat dia tergoda. Maafkanlah salah dia. Jangan salahkan niqab kerana niqab itu tidak salah. Yang salah mereka yang memakainya yang mempunyai hati berbagai warna.
Seandainya bro sudah tidak dapat terima dia, maafkanlah dia dan doakanlah Allah kurniakan jodoh terbaik buat bro.