Tunang #2

Aku perlahan-lahan telah mempelajari redha dan melepaskan , meninggalkan apa-apa yg tidak bermanfaat pada diriku , dan mengangkat kembali wajahku kepada tuhan , memohon maaf pada jiwa-jiwaku yg tadinya perlahan-lahan mati.

Hari ini selepas sahaja exam , aku sujud pada tuhan , aku menengadah dan bersyukur aku masih hidup.aku telah khilafkan diriku sendiri atas apa-apa yg menimpa aku semalamnya.

Aku dengan tenang menasihati diriku untuk terus hidup , tidak menangisi apa yg pergi malah sebaliknya melihat apa yg tinggal.kelak jika yg tinggal itu juga pergi , nanti aku menangis lagi.

Aku telah mulai sadar akan detik-detik nafas hari ini yg menghentak-hentak dadaku yg semalamnya sempit seolah mendaki ke langit , aku mula membuka kembali tubuhku dan menjahit rabaknya separuh aku ini dengan doa-doa.

Aku mula melangkah dan melupakan , dan makalah aku mula bersalaman dan melambai kepada masa lalu , aku sudah cukup belajar tentang redha.kerana akhirnya cepat atau lambat , kita pasti sedar bahawa kita berseorangan.

Aku memerhati burung dan asyik bertanya akan sayap mereka , kalian bisa saja terbang dan tinggal di bumi yang lebih subur namun kenapa kalian tidak tinggalkan tanah ini? Lalu aku melihat diriku , kenapa aku tidak tinggalkan sahaja tunang itu dan kesakitanku.adakah aku begitu dangkal? Ya , aku mula bertanya lalu aku hidup sebagai apa?

Hari ini aku memohon maaf kepada kedua pihak keluarga , aku telah memilih jalanku sendiri untuk timbah ilmu dengan lebih banyak.cerita tentang malam pertama tidak lagi aku ingin tuliskan dalam puisi-puisi ku yg fikirnya aku ingin dendangkan kepada wanita yg aku lihat sebagai bidadari itu , bidadari yg akan melahirkan bukan dari air mani salur kencingku sendiri.

Aku mula sedar bahawa aku tidak cukup matang lagi untuk bernikah , jika alasannya hanya untuk perkara diranjang dan di instagram dengan caption #relationshipgoal.

Hari ini aku mendiagnosis diriku , memberi ruang untuk mindaku bermeditasi , dan rabak tubuhku berlevitasi.

Selamat tinggal tunang niqabisku.
Ini bukan soal niqab atau baju ketat.
Apa yg aku hanya ingin sampaikan , kita golongan akhir zamannya ummat.

Selamatlah melahirkan ,
Marriage can wait , education can't.

– Tunang cik niqabis

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *