Assalamualaikum warga IIUM Confession, terima kasih admin jika disiarkan. Aku Bunga (bukan nama sebenar), umur 27 tahun.
Lelaki tu aku gelar Daun, umur 28 tahun. Daun sangatlah sayang aku, dan sifat matang dan penyabar dalam semua urusan dia buat aku tertarik dan bercintalah kami.
Awal-awal perkenalan, memang aku niat ‘take thing slow’, tapi habis kenal hati budi si Daun, aku terus pasang hasrat nak percepatkan langkah seterusnya, ‘kahwin’.
Mula dari situ, sentuh sahaja bab ni, kami kerap sangat bergaduh. Tapi si Daun, tak pernah sekali putus asa dengan aku.
Marah, merajuk, gertak macam mana pun, dia tak pernah marah malah gelak, dan pujuk aku dengan senyuman.
Lalu cair lagi hati aku, jatuh cinta betul dengan si Daun,
Memang aku nak sangat hidup dengan si Daun, ada di sisi bila dia sedih, bangga bila dia berjaya, tolong bila dia jatuh, ‘susah senang sama-sama, hujan ribut redah sama-sama’ gituh.
Tapi, sejak satu kejadian di tempat kerja awal tahun ni, dia dah berubah.
Dia betul-betul, kecewa, dia betul-betul jatuh. Sampaikan, dia menghilangkan diri, chat tak berbalas, sampaikan aku geram, block dia semua tempat, minta putus. Datanglah dia lagi, memujuk aku balik.
Sejak situ, dia sangatlah lain. Tak pernah dia biarkan aku suram-suram, tapi sekarang, layan tak layan, abaikan perasaan aku.
Aku sangatlah sedih dan terasa. Sebab aku sentiasa bersedia nak mendengar segala keluhan masalah dia ketika tu.
Dan lepas aku confront kami gaduh besar, dia bagi alasan kurang bercakap sebab tak ingin bergaduh semua, kali ini, kami betul-betul dah putus…
Sedihnya aku tidak terkata. Tidak pernah sekali aku maksudkan untuk putuskan hubungan dengan dia.
Aku sayang dia sangat2 dan sentiasa menanti nak jaga dia sebagai suami yang sah, sebagai imam aku.
Aku sayang dia, dan dia mengaku dia masih ada sayang tapi pilih untuk melepaskan.
Lepas kehilangan, aku rasa sunyi sangat, aku nak kejar kejayaan, tapi aku rasa gelap sebab apa aku nak sebenarnya adalah si Daun, pelindung aku. Ada Daun melindungi, aku berani nak capai apa-apa pun.
Namun sekarang… semua dah hilang, aku telah pujuk Daun, aku tahu dia down sangat asbab kejadian majikan tidak menghargai dia dan rasa teraniaya disebabkan gaji dan workload yang tidak seimbang.
Kata-kata dia jelas ke aku, ‘andai berjodoh insya Allah’.
Apakah makna dia disitu? Perlukah aku tunggu dia atau berjalan terus seperti yang dia katakan pada aku?
Tolonglah aku, aku buntu, apa tindakan aku perlukan sekarang dan apa Daun betul-betul putus asa dengan aku?
Bunga yang layu,
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit