Hanya orang yang bermudah-mudah sahaja yang menganggap belajar kos agama ini mudah. Tidak perlu serius dan fokus. Natijahnya, yang masuk ambil kos agama tinggal yang jenis ini la. Belajarnya malas dan fahamnya hanya ala kadar. Tidak ada kualiti dalam belajar dan tidak cuba memahami dengan baik.
Jika ketika belajar kita main dan tidak faham, selepas habis belajar apa yang kita harap kita boleh sumbang kepada masyarakat? Hanya sekadar jadi imam? Baca doa di majlis dan kenduri? Tekong tahlil? Kalau belajar kita sekarang pun masih banyak lompongnya, bagaimana ceramah kita di hadapan orang awam kelak, masih ada kualitikah? Ambil peluang belajar ini untuk belajar. Bukan tidak boleh main dan bersuka, tapi biarlah juga selari dengan belajar kita.
– sahabat