UIA KUANTAN – 12:18 AM

UIA KUANTAN

Salam.
.
I daripada UIA Kuantan. I nak tanyalah korang semua. Apa yang korang students Gombak fikir pasal kami ea? Haha. I tanya sebab ada lah sekali tu, I duk borak dengan member Gombak, lepas tu terkeluar la statement dia. "UIA Kuantan kan study je kat sana". Haha, I tergelak. Sebab, cubalah dia datang sini, tengok aktiviti kami. Ada beberapa jenis students yang I identified wujud dekat Kuantan ni :
.
1) Program – Hidup tak pernahnya kosong dengan program. Sentiasa ADA di mana-mana program pun. Haha. Bezanya sama ada dia ni komiti ataupun peserta.
.
2) Movie, anime, running man, FB, Ig, Twitter etc. – Golongan ni, menggigil kot badan kalau tak dapat access dengan benda-benda ni semua, even sekejap. Dah macam rukun hidup pulak. Hahaha.
.
3) Biz-man – Yang ni, golongan-golongan yang busy dengan bisnes. Tak kisah la topup ke, makanan ke, tudung ke, hand sock ke, cikedut ke, Qokutale ke, Herba life. Busy tapi 'berisi'.
.
4) Sportcom jom! – Ni best. Setiap petang or almost, mesti gi bersukan. Suka I tengok orang yang petang-petang naik basikal, jogging, nak ke Sportcom. I tengok pun rasa sihat haha. Serious I salute dengan makhluk-makhluk sebegini.
.
5) Diskusi – Ni selalunya orang-orang yang kritikal la. Orang-orang yang ikut usroh, yang non-conformists and non-partisan pun ye jugak. Suka kaji isu, baca buku ilmiah, suka diskusi, suka fikir idea baru, suka kritik pun ye jugak hahaha. Ni pun style je. Kena hashtag gini #forabetterMalaysia.
.
6) Ala sweetnya!!! – Yang ni I menyampah kadang-kadang. Haha. 24/7 cakap pasal indahnya kahwin muda. Selalunya sisters la. I okay je dengan kahwin muda ni (I dah kahwin btw). Cuma yelah, pick another topic please? Hehe.
.
7) Chipsmore – Ni paling win. Ni golongan yang selalu ghaib. Selalunya, 3rd and 4th year. Sebab ada attachment hahahahahahahahahaha. Kadang maujud, kadang la maujud. Hihi.
.
9) Kutub – Golongan belajar kitab, taalim, daurah, nadwah semua-semua la. Btw, kutub tu plural for 'kitab'. Haaaa lupa lah tu Bahasa Arab. Yang ni best jugak, sebab selain ilmu duniawi, diorang pun dapat jugak ilmu ukhrawi. Hee.
.
Okay sekarang ni, I nak cakap. Dekat UIA Kuantan ni, bukanlah semuanya terperuk dalam bilik, study. No okay. Kami ni ada life jugak. Cuma yelah, bila tang exam, kuiz, presentation tu..nampak la 'rajin' sikit. Haha.
.
Dan sebenarnya, you guys yang dekat Gombak pun sama je kan. Ada je wujud golongan-golongan seperti yang dekat atas tu kan? So..takdelah beza banyak sangat pun we all dan you all. Yang penting, kita semua warga UIA yang perlu bawa nama UIA dan bawa islah kepada masharakat. Tanggungjawab tu, okay?

– Melur

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *