Kepada Mystery Man

Salam, aku paham sangat perasaan ko bro pasal makcik ko. Aku ni student UiTM (personally aku lagi suka baca IIUM Confessions daripada UITM Confessions). Aku lagi sedih melihat masyarakat sekeliling pasal UiTM.

1) Impression saudara mara aku, peh UITM mcm universiti low class. Ye tahu la yuran murah tapi still under Universiti Awam. Sepupu aku pun macam tak pandang kalau aku grad dari UiTM berbanding UA lain.

2) Cikgu sekolah aku dulu pun perli perli kenapa pilih UiTM. Memang aku dapat matrik beb, tapi abah aku tak kasi ke Matrik. Abah aku actually pegawai pendidikan di sebuah negeri pantai timur, so kebaikan keburukan pasal matrik ini dia arif sangat. Dia yg lagi sokong aku ke UITM daripada cikgu kondem aku tu.

3) Kawan kawan. Beb aku ni mantan budak SBP, tapi tukar sekolah. Pernah aku terdengar daripada bebudak SBP atau alumni, statement "Budak SBP paling teruk g belajar UiTM or masuk maktab jadi cikgu". Weh itu zaman 90an boleh la cte sebab SBP tak banyak macam hari ini. Sekarang dekat 80 buah, dah macam nilai SBP tu terhakis sebab bilangan berlambak cam hari ini.

Itu belum sentuh lagi masyarakat suka sentuh pasal benda tak elok pasal UiTM. Kaki buat video lucah la, sosial la, tah pape perangai bila masuk alam pekerjaan la…eh kepada masyarakat di luar sana, aku nak cakap, "iman dan taqwa tidak semestinya diwarisi daripada nama universiti"…

aku bukan nak generalise masyarakat Melayu, tapi sebahagian berfikiran di takuk lama, masuk UiTM ke UIA ke Universiti Awam di Malaysia = tak hebat, oversea = hebat, belum tentu ya…cukuplah kita menggapai impian untuk berjaya dunia dan akhirat…peace!

– Ini plak kisah budak UiTM

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

125 Comments

  1. Dulu dapt tawaran u…tp aku pilih uitm sebb paling murah….sendiri tau la kalau duit semua dari poket sendiri….baru tau mcm mane….x kisah lah dapt rezeki belajar kat kane pon….yang penting lepas makan basuh pinggan….lepas buang air flush…masuk simpang bagi signal…jangan rembat meggi kawan….naik kete kawan topup minyak jangan buat2 tido….dah hutang kawan bayar balik jangan kawan pulak mengemis mintak hak sendiri…..ptptn bayar kalau x lepas pointer dan tanam anggur yang berbuah jangan tanam yang x berbuah…..

  2. Saya belajar kt unikl pastu ade la sedara saya duk ckp ‘alah swasta semua org boleh masuk’. Oii tkde qualification tkleh masuk gak u mana2. Pastu duk bangga2 kan anak dia sbb study kt ipta so tk menyusahkan, yuran murah and kira anak dia bijak nk mampos sbb dpt ipta. Sy dpt ipta tp nun jauh di sarawak sana mmg takla sy nkgi. Whatever ppl say towards you, don’t ever give a sh*t.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *