Bismillah.
Alhamdulillah aku dilahirkan sempurna sifat cukup takde cacat cela. Walaupun awal permulaan kehidupan aku, aku dilahirkan dalam suasana mak abah aku baru nak mulakan hidup, sebab aku anak sulung dan parents aku kahwin betul2 lepas grad. Jadi zaman tu kerja tak banyak. Tapi Alhamdulillah. Makin lama sampai la adik beradik aku dah 5 niha, kehidupan makin senang. Maksudnya takla sesusah dulu. Sangat susah jugakla dulu.
Masa aku sekolah rendah, abah selalu kata. Nanti exam dapat nombor 1 tau, aku takla faham sangat apa pentingnya. Sebab nak hadiah ke sebab nak naik pentas? Abah tak pernah explain. Alhamdulillah lah darjah 1 darjah 2 always top in class. Tapi lepas tu aku asyik main. Senang cerita kecik2 aku degil la. Akhirnya kesedaran dan berkat doa parents aku, aku pun bangkit masa darjah 6 dan skor 5A UPSR.
Masa pmr, aku masuk sekolah harian biasa, tapi kelas depan la sebab result konon comey la. Pastu aku sama malas belajar. Tapi nak katanya doa parents aku tu memang mempermudahkan la jalan aku. Tapi waktu tu aku mana sedar semua ni. Aku masih degil dan suka melawan. Tapi rezeki aku lagi, aku skor 8A PMR dan dapat pulak SBP. Masuk SBP aku slow2 berubah, aku rasa banyak jugak la benda aku tak sedar aku jadi sedar. Oh sejak habis UPSR, abah tak pernah pulak kata dapat no 1 ye. Aku baru faham kot, abah bukan nak sangat pun aku no 1 etc, tapi abah nak aku usaha untuk kejar yang terbaik. Dan aku belajar walaupun aku masih malas sikit2, berkat rajin dhuha waktu rehat dan doa parents, Alhamdulillah aku skor 9A SPM.
Dipendekkan cerita, lepas plkn yg mana aku jadi makin kental dan hati aku kuat nak menempuhi hidup akan datang, aku dapat masuk asasi ipta first choice aku. Impian akulah sejak dulu. Rezeki. Aku struggle masa asasi tapi tak la 100% mungkin takat 75% haha. Berkat doa parents aku lagi, aku dapat cgpa 3.8 . Wah happynya sebab sejak dulu sebenarnya effort aku suam2 kuku. Tapi Allah bagi je semua. Aku yakin bukan sebab aku, tapi sebab doa parents aku.
Sebagai orang yg selalu dapat apa dia nak, aku jarang merasa ujian Allah yg macam result teruk ke, tak dapat naik pentas ke. Nak katanya aku always top lah weh. Tapi satu saat ni. Saat antara terpenting dalam hidup aku. Aku tak dapat ipta untuk degree. Waktu tu dunia aku gelap. Aku tak faham. Aku dah okay dah kan? Result aku cantik kan? Apa salah aku? Aku down teruk gila la senang cerita. Aku rasa takde harapan da weh! Aku nak jadi apa masa depan nanti?
Memang terukla. Lepastu aku back to Allah. Aku duduk lama2 atas sejadah. Aku tanya kenapa. Aku tau aku bukan nabi Allah nak jawab direct. Tapi aku rasa tenang bila aku tau aku berdua dengan Allah. Dipendekkan cerita, member semua dah daftar dah nak masuk. Aku masih tak kemana2. Parents aku buat macam2. Aku kan anak sulung. Dia punya stress tu ya Allah. Anak sulung tak dapat buat apa2 dah ke.
Akhirnya, ada satu hari aku duduk depan facebook. Tiba2 naik notification kawan aku tanya nak tak masuk ipts ni satu kos ni. Kos baru lah. Risiko gila kot. Dah la ipts. Tak pernah dalam family aku makcik2 etc masuk ipts. Aku dah terbayang pelik2 pasal ipts. Pengaruh tv la ni. Yela kan, aku takde pilihan. Tapi takkan membuta je pilih. But by the end, aku istikharah dan akhirnya hati aku tetap nak ke ipts ni. Family aku memang risau la. Maklumlah ipts kan.
Jangan salah faham. Tanggapan parents aku tentang ipts memang negatif. Sebab kami taktau. Kami taktau wujudnya ipts dan sebenarnya banyak yang better dari mana2 ipt lain. Lepas aku masuk ipts tu, aku notice sangkaan aku meleset. Tak macam dalam tv. Suasana dia tenang. Suasana dia sangat buat aku selesa. Pendek cerita, akhirnya aku sejak duduk ipts nilah, mula bertudung labuh, lebih menjaga hati, dan mula belajar lebih banyak dalam erti syukur.
Dan aku dah tahun akhir farmasi ni, dan cgpa aku always dean's list. Alhamdulillah. Pengajaran nya dari aku lah, walau mana kita berada, kita yang bentuk diri kita, dan corak diri kita, tak kisah lah suasana macam mana pun. Doa banyak2. Betulkan niat. Belajar kerana Allah. Jangan malas. Yakinlah perancangan Allah itu sentiasa lebih manis dari perancangan kita sendiri. InshaaAllah mana2 pun akan berjaya. Selamat masuk universiti adik2.
– Cik cinta
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Rakyat minta rosmah jgn bermuka2..
?
Motifff????
Dia nk ckp dia diuji Allah jgk walau sikit hehehe…masih boleh dikongsi jgk tu hehehe…alhamdulillah la, org lain lg byk tuhan uji..hehehe
x phm la
Alhamdulillah.. Back to nature..
Doa ibu bapa serta restu.. Tawakal & ikhtiar akan membuahkan hasil.. Bukan sekadar merenung masa depan dgn harapan & cita2 tinggi tanpa usaha..
nak bg tau korang dia dpt dean list. ko hado?!
rasa semangat balik baca benda ni
Typical thinking orang malaysia yg ipts ni semua tak elok. Tak jugak. Atas pilihan dan atas diri sendiri jugak. Pilihan tu makesure course yang amik tu diiktiraf dan scope kerja luas, yang atas diri sendiri tu pasal sosial, kalau kau tak reti nak jaga diri, lupa aim utama nak masuk universiti tu sebab apa, makanya kelaut. Dan banyak2 lah jugak doa dan tawakal pasal rezeki kau nanti. Sekian.