Salam. Hai admin, mohon tuk approve this little sharing from me. :)
Salam semua. Seronok saya baca kisah kisah kat sini tentang gemuk, sejarah hitam, masalah famili, berkulit gelap, cinta, masalah kawan, masalah sekeliling, masalah belajar, masalah diri sendiri, malah masalah rumah tangga pun ada dan ada juga yang berkongsi kisah gembira mereka.
Kepada sesiapa yang sedang mengalami ujian berat dan masalah yang membebankan. Ayat ni untuk awak.
“Apakah manusia itu mengira, bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, sehingga Allah mengetahui orang-orang yang benar dan pendusta.”
(Q.S. al-Ankabut [29]: 2-3)
Allah sudah terang lagi mengatakan, ujian untuk memantapkan iman. Mana mungkin, kamu mengatakan kamu beriman tapi kamu tidak diuji, bukan? Analoginya, awak cakap awak bijak, mestilah awk kena amik exam untuk buktikan? Keputusan result, kita tolak tepi. Even dalam kehidupan seharian kita pun, sudah terbiasa dengan peperiksaan, exam, kuiz dan sebagainya. Gembiralah awak diuji. Ujian akan meningkatkan tahap keimanan awak. Ingat, syurga itu mahal. Sesusah mana pun, sabar dan senyum.
Bentuk ujian allah.
“…Sungguh akan kami uji (iman) kalian dengan kesusahan dan (dengan) kesenangan. Dan hanya kepada Kamilah kalian akan dikembalikan…” (Q.S. al-Anbiya’ [21]: 35)
“Dan sungguh akan Kami uji (iman) kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, kehilangan jiwa,buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Q.S. al Baqoroh [2]: 155)
Allahu, ujian allah ada kesusahan dan ada kesenangan. Tapi saya nak share pasal ujian kesusahan dahulu.
Kepada awak yang mengalami masalah gemuk, berkulit hitam, mempunyai masa silam yang hitam dan sebagainya. Jangan terasa diri awak tidak berguna, keji, kotor dan sebagainya pemikiran yang negatif. Allah campakkan rasa takut, rasa terhina agar awak kembali kepada-nya. Awak beruntung, sebab allah dah terang2 jelaskan kpd awak,yg awak sedang diuji. Kenapa nak masih nak mengalah, kenapa masih nak merungut dan salahkan takdir allah? Awak kena bangun dan hadapi? Susah? Ingat, allah sentiasa ada.
…Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata: “Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepada-Nya…” (Q.S. al-Baqoroh [2]: 155-156).
Sejauh mana awak sesat. Sejauh mana awk terpesong, ingat sentiasa ada jalan pulang. Sentiasa ada. Jangan pernah berputus asa daripada rahmat allah.
Ujian kedua, kekurangan harta. Awk, semiskin-miskin awak, selagi awk masih ada iman walaupun senipis kulit bawang ataupun sekecil atom, awak tetap kaya di mata allah. Jangan kecewa dan tertekan kerana matlamat kehidupan kita bukan di dunia, tapi di akhirat. Tahu, kita, awak sy kalau dipanjangkan umur akan hidup insya allah, 63 tahun (hayat nabi muhammad s.a.w), tapi awk jgn lupa syurga itu selama lamanya. Dunia ni hanya pensinggahan, akhirat jua yang abadi. Berusaha, allah sentiasa ada. Bersangka baik, mudah mudahan, allah akan membuka pintu rezeki awk.
Ujian kehilangan jiwa. Kehilangan orang tersayang. Putus cinta, breakup. Ditinggalkan. Anak diabaikan. Ibubapa diabaikan. Sabar.
“Ya Rasulullah, manusia mana yang paling berat menanggungkan bala’ (ujian iman)?”. Jawab Nabi: “Para Nabi, kemudian yang seumpamanya. Kalau seseorang ringan (lemah) dalam din (agama)nya, maka ia diberikan cobaan sesuai dengan kadar din-nya. Dan kalau agama seseorang kuat, maka kadar ujian iman yang Allah berlakukan terhadap dirinya berat. Senantiasa seorang hamba menerima bala’, sehingga dosanya hapus…” (H.R. al-Bukhari)
Awak, kalau awk rasa ujian awk berat. Berbanggalah sebab awk dalam golongan yang kuat agamanya. Nabi kesayangan kita pum di uji dengan kehilangan ibu bapa, datuk juga isterinya yang paling dikasihi. Jadi sabar awk, saya tahu awk kuat. Putus cinta? Jangan sedih sebab lelaki dan perempuan masih boleh dicari, tapi kehilangan ahli keluarga tiada ganti. Ada masalah dengan keluarga, kawan. Berdoalah. Kerana permulaan untuk memiliki sesuatu adalah berdoa. Lagipun, berdoa adalah senjata agama kita. Awak kena kuat. :)
– My name is HAWA
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Terbaik !!!
Bagusssss sgt2…terbaik..
Sy lebih gemar kalau huraikan dari sudut sirah/ sejarah orang2 yg pernah alami sebagai sebuah motivasi…lebih jelas dan universal..
Mmg x salah guna ayat quran..tpi bukan semua orang sama keimananya…dia dah fham dan tau akan wujudnya ayat ni..tapi die masih meragui..masih mempersoal…scra x langsung nanti die akan x percaya pada quran..cnthnya…aku dah sabar dri dulu tpi knp dlam jiwa aku ni x gembira pun…
buatnya pulak ayat yg kita sebutkan..di salah tafsir dan faham pulak oleh pembaca..nanti mula x percaya ayat quran..boleh rosak akidah…lain lah masyarakat kita ni jenis semua nya bergetar hati bila bce quran….hakikatnya masyarakat kita trlalu kurangnya ilmu..
Apa pun sy stuju dengnn post ni…dan stu usha yg baik untuk memotivasikan org lain..komen sy melihat dri sudut pndg yg lain demi menutup pintu2 yg tertutup dibuka