“…Sungguh akan kami uji (iman) kalian dengan kesusahan dan (dengan) kesenangan. Dan hanya kepada Kamilah kalian akan dikembalikan…” (Q.S. al-Anbiya’ [21]: 35)
Ujian kesenangan. Ujian yang paling banyak ditempuhi oleh kita sekarang. Tak percaya, awk buka facebook, bukak instagram.
Situasi pertama
Gambar sepasang suami isteri berlatarkan hotel mewah bersama caption "dinner bersama suami tercinta pada hari anniversary yg ke 2 kat hotel. Terima kasih hubby, awk sgt romantik".
Situasi kedua
Gambar seorang lelaki bersama kereta mewah "alhamdulillah, setelah lama berusaha. Akhirnya berbaloi"
Situasi ketiga
Gambar selfie seorang perempuan yang cantik "ootd for today. Im not beautiful"
Situasi keempat
Gambar yang menunjukkan anak mereka dengan caption. "permata hati ibu, semoga membesar dengan baik dan solehah"
Situasi kelima
Gambar yang menunjukkan percutian yang mewah seronok dengan caption "travel lah selagi muda"
Cukuplah 5 situasi sy bagi, sebenarnya bnyak lagi. Jadi, apa kaitan ujian allah dengan semua gambar tu?
Ujian kesenangan adalah berkaitan dengan hati.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
Apa masalah hati? Pernah dengar riya', sum'ah, ujub dan takabur? Itulah penyakit hati.
Awak pernah tak terfikir, seorang perempuan yang lawa mengupload gambarnya dan mndapat ribuan like. Comment, awak cantik, awk lawa, timbul didalam hatinya walaupun sebesar zarah, "argh, aku lawa, cantik, ramai yang puji". Ketahui, itu ada sifat takbur dan ujub. Sama seperti, situasi yang lain2.
Hadis:
"Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari sifat kesombongan."
Awak2, ingat walaupun pada pandangan mata awk dia senang, kaya, perfect, keluarga sempurna, dia juga turut diuji. Selagi kita bergelar hamba, selagi itu keimanan kita diuji. Cuma yang bezanya ujian setiap hambanya berbeza. Jangan mengeluh, sedangkam manusia rambut pun warna berbeza, warna mata berbeza, fizikal bebeza apatah lagi bentuk ujian allah.
Tapi ingin saya tegaskan disini tak semestinya situasi di atas, kawan2 yang semua yang mengupload gambar tersebut mengalami penyakit hati, kita juga mungkin mengalami penyakit hati. Iaitu dengki, iri hati, hasad dan seterusnya. Jaga hati awak. Kalau awak rasa dengki, seeloknya, tutup facebook, instagram dan bukak al quran. Hitung nikmat allah yang allah bagi. Bukak surah ar rahman. Dengar ayat dia, baca maksudnya. Tak menangis? Ulang selalu, insya allah satu hari kamu akan menangis dengan sendiri. Semoga allah menjaga hati awk.
Kesimpulannya. Awk yg gemuk, hitam, pendek, bermasalah, kecewa dan semuanya. Bersabarlah. Ujian allah tanda allah sayang. Yang terpesong jauh. Kembalilah. Walaupun sukar, berdoalah, suatu hari nanti allah akan tunjuk jalan. Kepada yang kehidupan yang sempurna dan bahagia, bersyukurlah dengan nikmat allah. Dekatkan diri kamu, dan janganlah sesekali merasa sombong atau bangga. Kerana semuanya milik allah.
Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al Quran Surat An Nahl ayat 18 (16:18))
Sesungguhnya yang baik dtg daripada allah, yang buruk datangnya daripada kelemahan diri saya yang serba kekurangan. Semoga perkongsian ini, dapat membuka hati2 awak semua. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Semoga kita semua bertemu di alam syurga, kerana matlamat utama kita adalab dalam mencari redha allah. :)
– My name is HAWA
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Ya allah, setepek kena kat confessor before ni, yelah. Kekdg yg duk x suka tgk org upload bagai tu yg ada penyakit hati. Aku pon x mampu nk travel bagai, nak upload semua bagai, tp bila aku tgk org upload bagai, aku mcm x kesah pon. Kakdg happy je sbb dorg dlm keadaan happy.