Tulisan ini sekadar renungan untuk kita kongsi bersama.
Kita manusia dikatakan terlantar ke bumi kerana dosa ibu dan bapa kita Adam dan Hawa.
Sampai di bumi kita diberikan ujian. Kenapa? Sebab itulah tujuan kehidupan kita. Kita diuji untuk melihat siapakah yang paling baik amalnya.
Syurga ada tingkat-tingkatnya. Ada 7 tingkat syurga. Dan setiap tingkat untuk kebaikan berbeza. Kita akan dimasukkan ke syurga yang sesuai dengan amalan kita di dunia.
Contoh syurga paling tinggi untuk para syuhada yang mengorbankan jiwa raganya untuk jalan Allah. Begitulah juga syurga lain, diberikan kepada orang yang memenuhi kriteria yang ditentukan.
Biasa kita dengar ungkapan Kenapa aku diuji.
Kenapa aku?
Kenapa tidak orang lain?
Ye. Kenapa kita diuji? Kenapa bukan orang lain.
Kita balik pada Quran. Dalam al Quran ada mengatakan kita akan diuji dengan sedikit kebaikan dan keburukan.
Ingat itu ada dua bentuk ujian.
Pertama kebaikan.
Kedua keburukan.
Dua-duanya ujian.
Ada orang diuji dengan sakit. Sakit sepanjang masa. Tapi tidak bermakna dia tidak juga diberi kebaikan. Dalam sakitnya ada juga benda baik yang dia dapat contoh ahli keluarga yang pengasih, sahabat yang baik dan sebagainya.
Ada orang diuji dengan kemewahan. Mewah serba serbi tapi juga diuji dengan keburukan.
Contoh kaya raya, cantik , pandai tapi susah dapat jodoh. Ada saja halangan. Contoh paling dekat sorang selebriti tu… hahaha. Saje tulis macam ni kalau serius sangat nanti korang bosan.
Jadi bolehlah kita simpulkan ujian itu akan terkena kepada setiap manusia. Selagi dia hidup bernyawa selagi itu dia diuji.
Ada orang tak nak kahwin. Banyakkan confession tak nak kawin sebab takut ujian kahwin.
Tapi dia terlupa hidup sorang pun ada ujiannya. Bukanlah hidup single tu bahagia sepanjang masa. Ada up downnya juga. Contoh masa sihat, oklah boleh jaga diri sendiri. Bila sakit?
Orang yang dah kahwin lagi berat ujiannya. Ujian dengan pasangan, dengan anak dengan mentua. dengan ipar duai. Ujian tetap ada.
Ada yang buat confession tentang dapat mentua yang baik, suami yang pengasih, boss yang best. Itu sisi baik yang dia kongsi. Yang buruknya? Mungkin ada dan memang ada. Cuma dia tak kongsi je.. hahaha.
Kadang hati terguratkan bila baca confession yang muluk-muluk. Seronoknya hidup dia. Dia tak ada ujian ke? No. Dia ada ujian cuma mungkin dia memilih untuk sorokkan ujian tu dan kongsi yang indah-indah sahaja.
Artikel ni ada dua sisi. Satu lagi tentang dosa. Ya. Dosa. Jangan fikir aku tak ada dosa. Aku dah cukup baik. Aku alim, solat cukup, sedekah banyak, dan banyak lagi kebaikan aku dah buat.
Dalam banyak sifat baik kita, biasanya ada satu sifat buruk dalam diri kita. Sifat buruk tu kadang menyerlah sangat, kadang tersembunyi. Kadang korang senang nak kontrol. Kadang cukup susah. Betul tak?
Jangan fikir tak ada orang masjid yang panjang tangan. Tak ada orang alim yang kaki porno. Ada, ada. Sebab dia manusia biasa. Ada sisi jahat dalam diri dia.
Dalam diri kitapun sama. Ada sisi jahat dalam diri kita. Tapi macam mana kita kawal nafsu kita, keinginan kita dan sisi jahat kita tu.
Sebab itulah sekali lagi nak bagitau sebab tulah syurga ada tingkat-tingkatnya. Tentulah kita nak masuk ke syurga di tingkat yang paling tinggikan.
Tapi mampu ke kita kawal nafsu kita. Hawa nafsu ni dimasukkan ke dalam neraka jutaan tahun pun tak dapat ditundukkan.
Bila tak diberi makan baru nafsu itu menyerah. Nak bagitahu apa tu? Bahawa nafsu tu dapat dialahkan dengan banyak berpuasa.
Pertama bila berpuasa badan kita lemah. Jadi nafsu nak buat keburukan dan kejahatan akan berkurang.
Satu lagi bila berpuasa takkanlah kita nak buat benda tak elokkan. Mesti kita fikir ruginya aku, berpuasa tapi masih tengok porn. Berpuasa tapi masih ambil hak orang.
Jadi sedikit sebanyak puasa tu akan membendung korang dari buat yang tak baik.
Banyak dah yang aku tulis. Sori ye aku lebih mesra. Banyak lagi aku nak tulis tapi aku dah penat menaip ni. Nanti kalau rajin aku tulis lagi pasal dosa. Kongsi kongsi ilmu yang sedikit sebab aku nak cari saham akhirat.
Sayang korang semua. Semoga kita bertemu di Jannah.
– Insan nan kerdil (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit