Ujian Itu Penguat !

Assalamualaikum.
Dalam hidup nie,pastinya semua orang pernah merasakan saat-saat yang getir dalam hidup.Diduga bertubi-tubi.Ujian datang tanpa henti.Hanya airmata yang mampu merawat luka.Tapi,pernah tak kita terfikir dalam setiap ujian yang Allah beri tu terkandung berjuta hikmah?

Allah tarik satu persatu yang kita sayang,sebab Dia berkenan nak gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.Allah sengaja guris sedikit hati kita,agar kita belajar erti tabah.Agar kita menjadi lebih kuat dari sebelumnya.Namun,Allah tak pernah biarkan kita sendiri dalam mendepani ujian yang diberi.Allah sentiasa sudi menjadi teman yang paling akrab.

Dulu kala,aku seorang yang lemah.Lembik.Mudah mengalirkan airmata.Saat hati disapa cinta,Allah tarik kembali cinta itu dari aku.Kerana apa? Kerana waktu tu,aku letakkan kekasih aku lebih tinggi dari aku letakkan Allah di hati. Kalau kekasih suruh solat,cepat-cepat aku melompat atas sejadah.Tapi,bila Allah panggil aku..selamba je aku duduk lepak ber’fb’.Seolah-olah Allah itu tak penting.Apa saja yang kekasih aku suruh,semua aku turutkan.Opsss,’maruah’ terkecuali ye! Bangun tahajud,solat sunat semuanya aku turutkan tanpa bantahan.Asalkan suruhan tu datang dari kekasih yang aku cinta.Konon boleh bawak ke syurga.

Namun,dalam sibuk berkasih sayang tu..hati aku masih lagi tak tenang.Seolah-olah ada benda yang tak kena.Aku tahu,punca ketidaktenangan hati aku adalah kerana hubungan aku dengan kekasih aku.Tapi sengaja aku pejamkan mata.Sampailah kekasih aku bertemu dengan orang lain,dan diakhirnya dia tinggalkan aku.Menangis tak berlagu aku time tu.Segera aku muhasabah balik diri aku.Segera aku berlari semula ke pangkuan Pencipta.Aku sedar,ini semuanya salah aku.Tapi dalam sedih aku,aku mendapat suatu ketenangan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.Ketenangan tu dimiliki bila aku dekati Pencipta dan tinggalkan apa yang Dia larang.Allah tahu aku cepat alpa,kerana itu Dia segera cabut cinta manusia dari hati aku.Agar apapun yang aku lakukan adalah kerana Allah.Bukan kerana manusia.

Si dia pernah menjadi asbab untuk aku berubah.Dan kini,alhamdulillah Allah menjadi asbab untuk aku kekal dalam perubahan aku.Allah tidak mahu aku terus-terusan hidup dalam maksiat.Allah tidak mahu perubahan aku bersifat sementara.Kerana itu,bila Allah ambil semula hati aku..Allah mahu jiwa aku terubat dengan kerinduan hanya pada Dia.Kini,setiap kali aku diuji..aku menjadi insan yang lebih bersyukur.Allah takkan uji melainkan Dia tahu kita mampu laluinya.Allah takkan uji kalau bukan kerana cinta.Allah uji kita kerana Allah rindu nak dengan rintihan kita.Allah rindu nak kita bercakap-cakap dengan Dia.Allah rindu nak lihat airmata kita mengalir keranaNya.Jadi,gesalah hati kita untuk kembali rapat dengan Allah.Apa yang sedang kita lalui kini,adalah kerana kasih sayang Allah.Kerana itu,hidup ini sangat indah bila kita hidup kerana Allah.

Suka kita,duka kita semuanya pemberian Allah.Bumi juga akan hilang serinya jika tidak ditimpa hujan.Begitu juga hati.Akan hilang serinya bila tidak ditimpa ujian.Percayalah,diakhir ujian yang kita sedang lalui kini..pasti akan terbit pelangi sebagai penyeri.Cuma satu,sentiasalah positif dengan Allah.Insha Allah hati pasti akan berbunga bahagia !

Syukran admin sudi approve..^_^

– Melati

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *